December 14, 2024

Mee Raja Napolean di minggu-minggu akhir hamil

Ops..ni bukan entri tips atau petua untuk menghadapi saat-saat minggu akhir kehamilan. 

Orang tua cakap, keinginan isteri hamil, seboleh-bolehnya diikutkan sahaja selagi tidak melanggar hukum syarak. Bagi aku yang hanya ada masa di hujung minggu sahaja untuk spend time bersama si isteri lebih-lebih lagi sekarang ni hanya menanti masa untuk bersalin, tak salah melayan kehendak isteri untuk menelan menu-menu makanan yang dia hajati.

 

Puan Nunu dan Traffic Light Special.

Sejak akhir-akhir ni, kerap lak datang ke Murni Discovery yang terletak di Sunway Mas Commercial Centre ni. Tempat ni memang menjadi pilihan sebab kepelbagaian menu dengan harga yang berbaloi dan potion yang banyak.

 

Tara..ni la yang aku maksudkan, Mee Raja Napolean pilihan wife aku. Rasanya ini first time cuba. Biasanya order Mee Raja. Mee Raja ni cam mi sanggul. Digoreng dengan lauk pauk yang pelbagai, ada ketam, udang, sotong, fishcake dan ayam. Untuk menu ni, ditambah dengan Napolean; sosej yang dibalut dengan kepingan ayam salai dan isi ayam dan digoreng dengan serbuk roti. Untuk pertama kali makan ni, Puan Nunu komen tang Napolean tu kurang rasanya sebab isi ayam selepas digoreng tu menjadi liat&keras. Jadi agak susah untuk dikunyah dan ditelan. 

 

Napolean..kenapa dipanggil Napolean ye?

Untuk suami si Puan Nunu ni, since ada sedikit problem&underpressure pada hari Sabtu lepas, cara paling baik untuk bertenang ialah dengan melayan Lamb Chop bersos blackpepper..korang patut cuba sos blackpepper kat sini. Terbaik antara terbaik di KL ni..hehehe..cuma untuk order kali ni, lamb yang aku dapat, agak banyak tulangnya. Kena kerja keras sket nak potong daging-daging kambing tu..hehehe..Sos blackpepper+lamb yang agak juicy memang berjaya menenangkan aku tika tu..

Sebelum makan kena baca bismillah & doa makan ye..

Murni Discovery-20April2013

Burpp…alhamdulillahh…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Mee Raja Napolean di minggu-minggu akhir hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *