Cuti Hari Raya Haji / Aidiladha makin dekat. Cuti raya agak panjang, 3 hari kan? Ada peluang, memang wajib balik kampung.
Biasanya bila bercakap bab balik kampung, perbelanjaan balik kampung memang perlu diambil kira. Paling penting, kos pengangkutan wajib disediakan secukupnya. Kalau tak, tak sampailah di kampung tu. Selain itu, kos untuk tol dan makanan juga perlu.
Aku tertarik dengan perkongsian rakan Facebook, Faridzul Asyraf yang berkongsi idea perbelanjaan pengangkutan balik kampung beliau sebagai weekend husband. Beliau di KL, isterinya menetap di Kedah.
Option balik KL-Sungai Petani
Mula-mula, Balik dengan kereta
- Minyak tol anggaran RM280-300
- Kelebihan bebas nak bergerak ke mana2 sini
- Keburukan penat drive ajelah
Lepas tu, Balik dengan bas (sewa kereta)
- Tix bas including sewa kereta RM220-250
- Kelebihan boleh bergerak bebas
- Keburukan kadang2 kereta sewa xavailable
Sekarang, Balik dengan bas (grab)
- Tix bas including duit grab RM170-200
- Kelebihan jimat duit, ada driver. Haha
- Keburukan kadang2 grab susah nak dapat
Actually kita boleh downgrade lifestyle tapi dalam masa sama memberi kemudahan kepada kita.
Menarik pilihan yang beliau ada. Cuma, pilihan ini sesuai untuk perjalanan bagi seorang.
Aku membandingkan pilihan yang beliau ada dengan aku. Perjalanan balik kampung aku, melibatkan isteri dan 2 anak lelaki aku. Bilangan akhir adalah 4 orang.
Tiket bas ke Besut, Terengganu, berharga lebih kurang RM50/pax. Untuk 4 orang, aku perlu membayar RM200. Badan pun tak penat memandu dari KL ke Besut yang mengambil masa selama 8 jam, paling cepat. Di kampung, aku boleh menggunakan kereta milik Umi aku untuk bergerak dari satu point ke satu point. Nak guna Grab, perkhidmatan mereka sangat terhad. Secara kasar, menaiki bas untuk balik kampung adalah lebih jimat.
Kenapa tak naik flight? Untuk makluman, harga tiket flight ke KB/K.Terengganu boleh mencecah harga yang tak masuk akal apabila tiket musim perayaan. Katakan RM200 X 4 orang, RM800. Dah tu, someone perlu ambil aku sekeluarga di lapangan terbang yang terletak sejam perjalanan dari rumah Umi. Pada aku, ianya bukan langkah yang bijak, melainkan pada situasi kecemansan.
Jadi, kenapa aku tak menaiki bas?
Situasi setiap daripada kita tidak sama. Tidak semua boleh dinilai pada wang ringgit.
Secara total, aku lebih selesa balik kampung menggunakan kenderaan sendiri kerana ianya lebih selesa. Jadi, aku terpaksa korbankan sedikit wang untuk membayar petrol, tol, maintenance kereta dan penat badan. Tetapi anak isteri lebih selesa. Pertama, tidak perlu berkejar-kejar ke stesen bas. Kedua, barang keperluan diri boleh dibawa lebih banyak dan tak perlu mengheret beg berat ke parking bas.
Aku dan keluarga juga enjoy setiap momen perjalanan kami. Boleh berhenti di mana tempat makan yang berkenan di hati. Boleh berhenti menikmati kedamaian pantai di sepanjang perjalanan di pesisir pantai Terengganu. Anak-anak juga lebih selesa bermain di dalam kereta tanpa perlu dikawal sepanjang perjalanan. Tiada istilah downgrade hidup apabila membuat keputusan yang melibatkan wang ringgit dan keselesaan keluarga.
Istilah “Tepuk dada, tanya poket” ni kadang-kadang kita boleh pakai. Tapi sebagai ketua keluarga, ada kalanya poket atau saku ini terpaksa kita korbankan untuk keselesaan anak dan isteri. Setuju?
Pada aku balik naik motor lagi suitable, minyak jimat, tol tak kena, trafik jem takde, speed trap tak kena, cepat sampai boleh pecut sampai 300km sejam, tak de merangkak mcm siput macam kereta bila dah jem.