July 2, 2020

Menu Apa Yang Sedap Di Restoran Mangkuk Ayam Dpulze?

Kalau tanya aku, kat mana tempat makan best di Cyberjaya, pasti aku tergaru-garu kepala. Sebab utama, aku jarang-jarang pergi ke area sana. Tapi aku boleh bagi satu jawapan kepada soalan itu. Setakat hari ini, Restoran Mangkuk Ayam di Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya yang betul betul aku boleh rekemen untuk korang mencuba menu-menu istimewa yang ada di sini.

Aku bukan sekadar rekemen daripada bacaan di Google. Ini berdasarkan pengalaman aku mencuba hampir kesemua menu istimewa di Restoran Mangkuk Ayam. Ikutkan selera aku, semua sedap! Nanti aku ceritakan menu mana yang paling berjaya menarik perhatian aku. Oh ye, keistimewaan restoran ini, bukan hanya menu sahaja yang sedap tahu. Suasana di sini pun best, selesa, harga berbaloi dan ada free flow popcorn lagi ok.

Menu Restoran Mangkuk Ayam.

Menu di sini berasaskan masakan tradisi di Malaysia. Ada variasi nasi lemak, mee kari, asam laksa dan macam-macam lagi.

Kenapa restoran ini dipanggil “Mangkuk Ayam”? Cuba perhatikan setiap mangkuk dan pinggan yang digunakan untuk hidang masakan mereka? Semuanya ada gambar “ayam”. Bukan itu sahaja, hiasan di dinding restoran ini pun dipenuhi dengan dekorasi bermotifkan gambar ayam.

Nasi lemak bungkus

Restoran ini dibuka dari jam 11 pagi. Dah agak lewat untuk bersarapan tetapi kau orang masih boleh dapatkan nasi lemak ini sebungkus sebagai sarapan pagi.

Kalau nak terus makan tengah hari pun boleh. Pilih sahaja menu di booklet menu yang disediakan. Selain menu ala carte, ada juga set Combo dengan pilihan air percuma. Pilih sahaja air Teh O Ais Limau atau Sirap Bandung.

Rasanya tak perlu aku membebel panjang di sini. Jom aku kongsikan beberapa menu yang sedap di Restoran Mangkuk Ayam, Dpulze Cyberjaya ini. Jaga-jaga dengan air liur kau orang yang meleleh tu!

Siapa yang takde selera makan nasi, bolehlah pilih menu berasaskan sup. Ada mee kari, ada kuew teuw sup ayam, ada asam laksa. Nak yang ringan ringan, bolehlah pesan mee rojak ayam. Nampak sedap gak tu.

Asam Laksa

Kepada peminat laksa ikan seekor yang terkenal di Langkawi, bolehlah mencuba asam laksa di sini, siap dengan isi ikan yang dah dibuang tulangnya. Portion mangkuk ayam ni takyah cakaplah, sangat banyak. Isi dalam asam laksa pun meriah terutama hirisan nenas.

Kuew teow Sup Ayam
Aneka nasi lemak – Nasi lemak rendang daging, nasi lemak ikan tongkol, nasi lemak ayam goreng
Nasi Indo Siam Ikan

Tak pasti pula kenapa dipanggil Nasi Indo Siam Ikan. Dia macam nasi lemak tapi ada lauk sampingan ikan goreng garing. Ikan goreng garing dan rangup macam ni, pada aku, makan dengan nasi putih panas-panas dengan kicap pun dah berselera gila.

Mee Rojak
Nasi Air Special Kelantan

Aku ada bertanya pada staff Restoran Mangkuk Ayam ni, tokey diorang ni berasal dari Pantai Timur ke? Sebab menu nasi air memang terkenal di Besut Terengganu. Setiap kali aku balik kampung, pasti menu nasi air ni menjadi carian jalan-jalan cari makan kami. Rasa menu di sini dengan yang original di sana memang sama! Tu yang aku tertanya-tanya, dari mana diorang dapat resipi terbaik ni?

Jadi, aku istiharkan menu nasi air special Kelantan ini menjadi feveret no.1 aku di sini. Yey!

Tauhu Sumbat

Tauhu sumbat ni pun layan juga. Gaya macam ni lah menjadi kesukaan aku. Tauhu rangup dan bahagian dalam tu tak kering sangat. Ala-ala “juicy” gitu. Cicah pula dengan sos pedas pedas manis.

Dah kenyang pekena menu-menu sedap tu, korang boleh cuba pencuci mulut yang sangat nyaman ini. Ais mango. Bawah tu ais kisar yang dicampur dengan isi mangga. Kat atas ais kisar tu, terdampar sekeping isi mangga yang manis. Serius korang kena cuba menu pencuci mulut ini. Sambil-sambil bagi perut kekenyangan tu lega sekejap, sambil-sambil borak dengan kawan-kawan, memang kena pesan menu ni!

Seperti yang aku cakap awal-awal tadi, Restoran Mangkuk Ayam Dpulze Cyberjaya ni sangat sesuai dijadikan tempat gathering bersama kawan-kawan atau famili. Tempat sangat selesa. Dah tu ada Popcorn percuma disediakan. Sambil berborak sambil mengunyah popcorn. Syok kan.

Setakat nak muat 10-20 orang dalam satu-satu masa, takde hallah. Tak percaya? Tengok gambar kat atas ni atau jemputlah datang bawa kawan-kawan dan lepak di sini!

Alamat Restoran Mangkuk Ayam Malaysia – P10, D’Pulze Shopping CentreCyberjaya

Facebook : Restoran Mangkuk Ayam Malaysia

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Menu Apa Yang Sedap Di Restoran Mangkuk Ayam Dpulze?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *