April 20, 2024

Tips Galakkan Anak Makan Sewaktu Bersahur

23 April, Dayyan dah genap 6 tahun. Jika Ramadhan tahun lepas, Dayyan sempat gak berpuasa beberapa jam, tahun ini nak kena “paksa” dia berpuasa untuk jangka masa lebih panjang. Alasan dia, lapar sebab tengok kawan-kawan makan..

Amalan berpuasa bagi anak-anak perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bila bercerita tentang puasa dan raya, anak-anak begitu teruja untuk turut berpuasa.

Apa yang menjadi masalah adalah apabila bangun bersahur. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak memang susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Dayyan boleh bangun, tapi susah dan tiada selera makan. Tahun ini aku dan isteri dan siap sedia untuk “memujuk” Dayyan bangun dan makan sahur.

Aku kongsikan beberapa tip berikut boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa amalkan:

  • Sediakan masakan panas untuk bersahur. Biasanya, masakan panas boleh menambahkan selera anak-anak.
  • Masakkan makanan kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dahulu apa yang anak-anak anda ingin makan sewaktu bersahur.
  • Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat merasa jemu dengan masakan yang sama setiap hari.
  • Sediakan masakan berkuah seperti sup kerana ianya lebih mudah dimakan dan mengenyangkan
  • Elak menyediakan masakan yang pedas dan berempah. Ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa di siang hari.
  • Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur.
masterchef junior
Pasta, salah satu makanan kegemarab Dayyan.

InsyaAllah, 6 tips ringkas ni jika diamalkan sedikit sebanyak membantu anak-anak untuk makan sahur.

Yang menjadi cabaran kami sekarang adalah untuk kejutkan dia bangun sahur. Bukan bangun dan sambung tidur di meja makan…haha..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *