March 28, 2024

Hotel Imperial Heritage, Melaka. Berbaloi Atau Tidak?

Yey! Kali ini aku ingin kongsikan satu lagi tempat penginapan atau hotel menarik di Bandaraya Melaka. Sebelum ini aku ada kongsikan beberapa hotel di sekitar bandar Melaka seperti Hotel Equatorial, Hotel The Pines, Hotel Wana Riverside dan Hotel Holiday Inn. Untuk trip kami ke Melaka pada bulan lepas, Hotel Imperial Heritage menjadi pilihan penginapan 2hari 1malam kami.

Hotel Imperial Heritage Melaka terletak di Taman Melaka Raya.

Kat mana tu?

Hotel Imperial Heritage Melaka – Lokasi Strategik.

Alamat hotel je macam tu, tetapi lokasi sebenar terletak di Jalan Merdeka, berdepan dengan Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan berdepan juga dengan Hotel Equatorial. Pada aku, lokasi ini sangat strategik. Dari kami check-in, membawak ke check-out, kami tidak menggunakan kereta, free-carbon!. Dari hotel ke tempat menarik sekitar bandar Melaka, kami hanya berjalan kaki sahaja.

Nak ke Bandar Hilir boleh, nak ke Kota a’Famosa pun hanya beberapa minit berjalan kaki. Hal makan jangan dirisaukan. Keluar sahaja pintuk utama hotel, bersepah kau orang boleh dapat kedai makan best-best. Itu belum kira makanan segera seperti McDonald, KFC, ada di mana-mana. Nak aneka pilihan masakan asam pedas, jalan kaki sahaja ke bandar Hilir.

Tepuk perut tanya selera, kedai makan asam pedas mana satu menjadi pilihan anda!

IMPERIAL HERITAGE HOTEL

Hotel Imperial Heritage Melaka – Bilik Luas, Bersih.

Kami check-in pada jam 3 petang. Ruang lobi hotel ini agak kecil berbanding hotel lain yang pernah aku stay. Mungkin disebabkan design hotel ini yang ‘mengurus’ tetapi ‘meninggi’. Barisan agak panjang untuk check-in, mungkin ramai yang mengambil kesempatan bercuti di Melaka sempena cuti panjang Hari Merdeka ni.

Mujurlah staff bertugas efisyen. Tak sampai setengah jam ‘Q’, urusan check-in kami selesai. Dapat bilik di level 10. Menghadap pemandangan Melaka Raya.

Bilik luas. Tahap kebersihan berada di tahap memuaskan. Cuma, semasa check-in, pemanas air tidak kelihatan di tempat yang sepatutnya. Aku call staff housekeeping yang bertugas, tetapi hampir 3 jam baru staff diorang hantarkan. Tu pun selepas 2,3 kali call tanpa apa-apa respon. Elok sahaja aku keluar bilik, aku terserempak dengan supervisor diorang, terus aku minta pemanas air. Dan dan tu juga dia bagi..haaa tepok!

AMENITIES HOTEL MURAH

Pasal amenities hotel ini, memang standard la kan. Cukup lengkap. Cuma, perkara pertama yang aku selalu ‘alert’ adalah hal parkir hotel.

Parkir Hotel- Kritikal.

Di Hotel Imperial Heritage Melaka ini, aku rasa parkir hotel sangat terhad. Lengkap aku pusing parkir hotel semasa check-in, penuh ok. Akhirnya dapat di kawasan tanpa bumbung. Dan aku ambil keputusan taknak keluarkan kereta untuk sehinggalah check-out tengah hari esok harinya. Ternyata keputusan aku tepat. Aku tengok sebelah malamnya, memang full house dengan kereta bersusun dah tak ikut kotak parkir. Fuh..

Ruangan kerja yang selesa bagi aku. Sambungan internet pun boleh tahan laju. Macam aku cakap tadi la, facilities & amenities di hotel memang memuaskan.

IMPERIAL HERITAGE HOTEL MELAKA

Danish well-behaved masa mula-mula masuk bilik. Tetapi untuk 5,6 minit je. Elok je aku nak lelapkan mata, Danish & Dayyan dah mula aktif dan berlari di sekeliling bilik ni. Since aku kepenatan, memang aku biarkan sahaja. Jangan lompat atas perut sudah, mahu aku bertukar jadi raksaksa nanti.

PEMANDANGAN MALAM DI MELAKA

Pemandangan waktu malam dari bilik kami. Aku perasan sejak akhir-akhir ini, pengunjung yang berkunjung ke Melaka makin meningkat. Nak-nak bila cuti hujung minggu yang panjang. Kali ini nasib kami baik, tak terperangkap dalam kesesakan lalulintas bandar Melaka. Dengar cerita, minggu selepasnya, tak silap aku semasa cuti Hari Malaysia, lebih teruk sesaknya.

BUFFET BREAKFAST IMPERIAL HERITAGE HOTEL

Hotel Imperial Heritage Melaka – Buffet Brekafast.

Dah menjadi amalan aku, sebelum tempah mana-mana hotel, aku akan baca review daripada mereka yang pernah menginap di hotel tersebut. Point penting selain daripada hal bilik, sudah semestinya hal ‘buffet breakfast’. Tempahan bilik aku di sini termasuk pakej sarapan pagi untuk 2 orang. Dayyan dan Danish tak dikira, lagi pun 2 orang tu makan sosej dan nugget je..haha..

Pada aku, aku berpuas hati dengan buffet breakfast di sini. Lagi pun, semasa kami menginap di Hotel Equatorial sebelum ini, dari jauh aku dah nampak tempat buffet breakfast Hotel Imperial Heritage ini yang terletak di bahagian luar (outdoor). Nampak menarik jer. Dah pasang niat, trip ke Melaka seterusnya akan kami menginap di sana plak. Alhamdulillah, ini harinya.hahah..

HOTEL BEST DI MELAKA

Untuk buffet breakfast di sini, makanan disediakan di kafe yang terletak bersebelahan dengan swimming pool. Ada 2 bahagian, indoor dan outdoor. Memandangkan, jam 8.30 pagi pon dah panas, aku ambil tempat di bahagian outdoor, tetapi di bawah bumbung. Berkonsepkan gerai makanan, boleh tahan juga kuantiti menu di sini. Ada roti canai, ada asam pedas, roti jalan, mi goreng, nasi lemak, sosej, nugget, roti dan pelbagai lagi. Menu standard untuk sarapan pagi di hotel la kan..hehe

SARAPAN PAGI DI HOTEL

Weh, aku pun tak pasti apa yang sedap sangat roti canai yang brader ni buat. 4 keping aku telan untuk pagi tu. Rangup ok roti canai dia. Dah tu, kuahnya aku campurkan kuah dhal dengan asam pedas Melaka. Letak sambal sikit. Pergh..pekat-likat resipi kuah roti canai aku ini. Mungkin ini yang menambahkan lagi selesa aku kot.

BUFFET BREAKFAST

Kan aku dah cakap, memang patut dua orang ni makan free..dok telan nugget dan sosej je. Roti jala tak terusik pun. Dayyan lak macam terpegun dok dengan Danish bercerita dalam bahasa pelatnya itu. Tapi tak lama pun diorang bertahan dok elok macam ni. Masing-masing dah tak sabar nak terjun swimming pool.

HOTEL IMPERIAL HERITAGE MELAKA

Hotel Imperial Heritage Melaka – Swimming Pool Saiz Tadika.

Haha..aku taknak bercerita banyak tentang pool di hotel ini. Kalau hal pool ini, bukan menjadi pilihan la. Cinonet je. Kat sebelah tu, ada dua lagi kolam kecil, untuk jakuzi rasanya. Bayangkan, ada seorang budak gemuk tiba-tiba jer terjun tiruk macam kat kolam 2 meter, bergegar kolam tu hoi..Kalau nak berseronok di swimming pool, secara peribadi aku lebih sukakan di Hotel Equatorial. Tak percaya? Bacalah sharing aku yang di sana pula ye.

Jadi, Berbaloi Atau Tidak Menginap di Hotel Imperial Heritage Melaka ini?

Aku tempah bilik deluxe family ini dengan harga RM150, termasuk breakfast for 2. Beli secara terus di website imperialheritage.com.my sebba aku rasanya lebih berbaloi berbanding beli daripada OTA. Pada aku, menginap di sini boleh dikatakan berbaloi kerana 2 sebab; Lokasi streategik & roti canai yang sedap..

haha..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

19 thoughts on “Hotel Imperial Heritage, Melaka. Berbaloi Atau Tidak?

  1. assalam tumpang tanye..hotel imperial ni ade akses kad ke dr lif naik ke bilik sbb takut budak2 main turun naik lif cmtu je..huhu

  2. Murahnya.. bokleh trt book nanti kalau nak gi Melaka. Lagi best sebab dekat dengan tempat tarikan dan tempat makan-makan. Tak payah bazir masa drive dan hadap traffice light, hehe.

    Thanks for sharing

  3. Sis kalu ke melaka tak pernah tido hotel. Cr chalet je. Next time nk try tido hotel lak. Sis tak kisah pool sb x suka swimming tp anak sukalah. Dia ok le kalau ciconit cam tu..hehee

  4. not bad jugak tgk hotel ni yea, bilik nampak selesa dan cantik. makan2 pon mcm okay jee dlm tu. just pool je la nmpk kesian betul kecik cmtu je hehe. tapi okayla kena la dgn harganya kot, murah jugak tu RM150 deluxe room siap breakfast!

  5. Ok la tu ada roti canai sedap penyedap hati hehe.
    Kemudahan kira ok dah kan. Bila tengok saiz pool tu kurang sesuai pula. Budak-budak ok lah nak berendam

  6. Menarik jugak tempatnya, boleh tengok view bandar Melaka. lokasi pun strategik. Tapi bab parking tu yang susah sikit tu. Baru-baru ni kinah ada menginap satu hotel di Terengganu pun masalah yang sama, ruangan parkir yang terhad.

  7. Hehe.. sebab roti canai sedap tu jadi teruja jugak la nak bawa family stay sini. Nk jalan melaka pun mudah kan, tak payah bawa kereta.

  8. Senanglah ada hotel kayak gini di Melaka. I lni bisa sy jadikan rekomendasi hotel deh jika suatu hari berkunjung lagi ke Melaka. Suka tu kamarnya kayak luas yah

  9. tgk gambar yg akhir, baru aida tahu lokasi hotel ni, JMR. tak pernah stay. org melaka kan hi hi hi hi… terkenangkan dulu kat bwh tu ada khadijah’s kitchen. lom sempat try, now dah tutup.
    tapak hotel ni dulu kala adalah port best makan-makan tau. time aida sekolah hingga la nak beranak sorang. then, semua peniaga dipindahkan ke lokasi yg kami tak pasti. especially the yong tau foo.
    murah nyer??!! boleh rekomen kat kawan2 ni. but melaka, weekend, this area. wow, penuh ya Allah. kami org melaka tak masuk ke sini weekend hi hi hi hi…

  10. Macam best je hotel Imperial ni..nanti next trip ke Melaka boleh la check in sini…tapi pool kecik ngan parking limited boleh buat naik darah tau..mana plak nak parking…bilik tu siyes luas giler

  11. spacious hotel to stay, not sure if they have connecting room for family or not. Wanna go Melaka with family for staycation shall check this soon .

Leave a Reply to Kinah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *