Cerita hujung minggu yang lepas..since laki bini takde hal/appointment/jemputan pape, kami decide untuk lari sebentar daripada ‘debu-debu kotaraya’, lari menuju ke hutan membelok ke pantai. Ini last minit plan. Mujurlah famili ada bilik di Best Western Prima Inland Sea Resort dan tiada penyewa pada hari tu. Panjang hoi nama resort ni, baru tukar, sebelum ni Tiara Beach Resort, pendek dan senang nak sebut. Tak tahu pehal diorang ubah nama ke panjang bebenor, ni mesti ada kes nak lari isu pape ni ye? ahak..hahahaa..
Kami gerak dari rumah MIL di Port Klang selepas amik stok BARANG BABY COMEL lebih kurang jam 12.30 tghari. Hujung minggu kali ni memang best, jalan clear, cuaca best dan orang pun tak ramai bila kami tiba di Pantai Teluk Kemang, lebih kurang jam 2.30petang. Rasanya ni first time baby Dayyan Harith ke sini, sebelum ni kami datang berdua je. Singgah makan tengah hari di gerai tepi pantai, sebelum check in di Bilik C-5-21, Best Western Prima Inland Sea Resort. Nama je check in, tapi since kita owner, so segala pasang cadar, bantal, housekeeping, kita buat sendiri ye..hahaha.. Macam mana rupa resort ni, boleh ke ENTRI TIARA BEACH RESORT aku sebelum ni. Takde beza walaupun namanya kini jauh berbeza..
Dayyan stress sebab kena tinggal, tapi still wat muka rilex hoi!
Memandangkan cuaca best, tak panas sangat, tak mendung sangat, lepas siapkan bilik, tukar baju pampers segala bagai Dayyan Harith, kita terus ke kolam besor ye. Oh ye..lupa lak, nak kena tag sebelum masuk kolamm. Demm, pengurusan baru, tag pun baru. Kalau harga beli kat kaunter, RM35 seorang untuk satu sesi dan RM55 seorang untu dua sesi. Mahal nak mampos hoi, kolam mandi je pun, bukan ada roller coaster bagai. Ko ingat aku nak beli? Takde maknanya, aku haktuih kat depan kaunter tu, then ada chare dia nak dapat murah. Takleh citer kat sini, nanti kantoi. Tapi sesapa pegi sini, nak tag murah, boleh PM aku..kahkahkah..
Ni first time Dayyan masuk pool, biasa swim swim dalam bath tub je. Dalam bath tub boleh la tunjuk belang, tapi bila first time masuk kolam untuk kids, air takat lutut dia je kot, muka dah cuak. Pandang kiri kanan, mesti dia dah pikir macam-macam kan. Aku lepaskan diri, then undur setapak ke belakang. Dia dah mencebik, then meraung..hahaha..kami dah boleh expect water confidence dia untuk pertama kali ni. haha..nasib baik tak beli floating device yang rege RM79.90 tu, dia tak nak guna sangat. Beli floating bentuk tortoise tu je, RM14.90 je kat Teso..haha rugi rugi..nasib baik dia boleh gak nak swim dengan syarat kena pegang tangan dia. Kalau tempat dalam sikit, siap kaki dia peluk lengan aku..gayat air anak aku ni kot..
Tengok tu, aku kena pegang sentiasa menatang kepala hijau tu, kalau tak, memang mencebik si Dayyan ni. Tak macho la bro takot air. Sekali sekala aku selam dalam air, pun tercari-cari mana pegi bapak dia. then, bila aku timbul balik, agah agah buat-buat bersin, ter kekekekek dia gelak.
Saat terindah, bila tengok anak gelak macam tengok bapaknya ni badut. Hilang sumer stress dunia. Ini yang dikatakan kegembiran anak, kebahagiaan kami. Hari pertama dalam kolam, cam takot-takot lagi. Hari kedua, macam dah confident sikit, tangan pun dah boleh gerak-gerak cam swim. Aku ingat nak je lepas dia diving dalam kolam kejap, tapi Mommy Dayyan tak bagi lak..selamat ko nak..hahaha..
Yang bestnya kat taman air di Best Western Prima Inland Sea Reasort, kat tengah-tengah kolam ni macam ada pulau yang berpantai. Boleh berjemur kalau korang nak..kolam ni dibuka dari jam 8pagi hingga 7petang, tutup kejap jam 1~2petang.
Orang cakap, anak lelaki ngan bapak, susah nak kamceng bila dah besar. Itu orang cakap la, belum tentu kitorang lagi. InsyaAllah, kami akan jadi best friend forever.
Kitorang amik dua sesi. Tapi setiap sesi tu kejap je berendam dalam kolam ni. Baby 8 bulan tak elok swim lama-lama kan. Bahaya paru-paru berair. Next time la datang lagi, tu pon kalau dapat tag murah. Kalau tak, better gi Sunway Lagoon je..haha..
Petang Ahad kita check out by ourself..haha..bukak cadar & housekeeping sendiri. Ada rezeki lebih, nak beli resort room kat pulau mana-mana lak, takyah nak kena beli tag mandi laut kan..hehehe..
Lepas lunch di Asam Pedas Kasih Ibu, kami lepak jalan-jalan tepi pantai Teluk Kemang. Oh ye, asam pedas kat kedai ni memang terbaik. Nanti aku buat entri pasal asam pedas ni lak. *lapairliur..
Best lak guna tele-zoom 70-200mm ni. Bersusun banana boat yang so kalerful. Korang pernah naik? Aku? Belum..aku takut banana tu yang naik atas aku nanti..hahaha..
Best gak jadi budak-budak. Bila lapar, menangis, bila ngantuk, tidur, bila hepi, gelak. Takyah pikir masalah dunia..hehehe..tapi bila tengok anak sendiri gelak hepi, sedikit sebanyak, kurang gak masalah dunia kat kepala ni. Betul tak ayah-ayah mak-mak semua? Alhamdulillah..
Puas hati dapat spend masa di hujung minggu bersama Dayyan Harith ni. Semoga dia terus membesar dengan sihat, bijak, cerdas dan jadi anak yang soleh. amin..
punya la fikir kat mana pulak Best Western Prima Inland Sea Resort ni…rupanya Tiara Beach Resort ke..? Dulu pernah la pergi sana…not bad la…tapi pelik kenapa dorang tukar nama yang agak susah untuk nama tu melekat dalam kepala ni…huhu
Dari mula sampai abis aku cari gak gambar awek PD…. hehehehe….tapi nasib baik ada Dayyan …terhibur gak aku….