September 19, 2020

Mr Teh Tarik Eating House

Pejam celik, pejam celik, dah masuk hari raya AidilAdha yang kedua. Aku rasa ramai lagi yang amik peluang ni untuk melakukan ibadat korban termasuklah pakcik&makcik aku. Ayah&ummi tak buat tahun ni sebab anak-anak dia tak balik kampung, katanya tak meriah kalau pakat tak balik. InsyaAllah tahun depan ‘mesti’ balik..weehoo..

here wo go..

Ni lebih kurang entri teringat le. Minggu lepas, selama seminggu aku beroutstation di Singapore, pagi-pagi mesti lepak bersarapan di Mr Teh Tarik Eating House di Geylang Serai Rd. Itu je tempat halal yang terdekat, bukak 24hrs dan harganya sangat berpatutan. Oklah kan teh tarik kat situ SGD1 je..

 

Hari-hari aku pekena rotai canai ngan teh tarik. Menu lain, tak berapa nak kena sangat ngan anak tekak nih. Kecuali on the last day, kat sini ada set nasi lemak+ayam goreng+telur mata dengan harga SGD3..sangat-sangat ok kan kalau nak dibandingkan dengan harga nasi lemak ayam di KL, kompom2 RM4 ke atas. Sedap pon sedap. Kalau membeli kat sini, memang aku suka membandingkan dengan harga di Malaysia, hmm sekadar membandingkan ‘nombor’ pada harganya, bukan ‘matawang’ ye sebab aku rasa ‘nombor’ yang tertera di harga barang takkan jauh beza dengan di Malaysia..kihkihkih..

 

 

Selamat bergumbira di hari raya!!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Mr Teh Tarik Eating House

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *