Bagi penggemar tegar KOPI, Vietnam, antara negara yang menyediakan kopi sedap.
Rasanya bukan sahaja kepada penggemar kopi tegar, yang kurang gemar juga akan mencari kopi Vietnam HALAL sekiranya berkunjung ke bandar Ho Chi Minh terutama di sekitar Ben Thanh.
Pergi sahaja ke area sana, pasti korang akan terjumpa peniaga yang menjual HALAL KOPI VIETNAM hanya menggunakan motosikal. di belakang motor, ada satu kotak yang memuatkan ais, susu pekat dan peralatan menjual lain.
Harga adalah RM3 untuk secawan, tapi aku lebih suka membayar menggunakan matawang Vietnam,VND15,000 secawan..(Rate aku dapat, VND10,000=RM1.82)..lebih berbaloi kan..hehehe..
Betul ke sedap HALAL KOPI VIETNAM ini?
Bagi aku biasa biasa sahaja. Mungkin ada yang kata rasanya berbeza, disebabkan penggunaan susu pekat yang rasanya sedikit masam berbanding susu pekat yang ada di Malaysia.
Buktinya, ada kawan aku yang beli sekotak susu pekat yang dijual oleh penjual kopi ini dan bawa pulang ke Malaysia. Katanya, kopi ais yang dibuat menggunakan susu pekat tu, sebijikkk sama rasa dengan KOPI VIETNAM yang dijual di Ben Thanh..hehehe
Apa-apa pun, rambut sama hitam, nafsu lain-lain kan..
pergh rindu giler aku dengan kopi vietnam
Apa bezanya Kopi Vietnam dengan Kopi kita ni? Teringin juga nak rasa… Lagipun ada status halal membuatkan kita rasa yakin nak minum…
ada sedikit perbezaan bro.hehe..kena cuba sndr baru tahu beza dia hehe
Arghh..silap kirim beg! patutu kirim kopi dn susu pekat tuhhhh…agagaga..
Rindu dengan kopi vietnam? boleh datang ke Baling & Co. Bangi
owh..bangi ek..nak kena try la nnt..
hahah.susu tu kejap je habis kan