Normal lelaki atau para suami tak suka ke kedai menjual peralatan dapur. Kalau terpaksa pergi pun, mungkin sekejap sahaja. Cari apa yang patut, pilih, bayar dan terus pulang.
Betul tak?
Akulah salah seorang daripada mereka itu. Memang terasa rimas apabila menemani isteri ke kedai peralatan sebegini.
Tetapi, lain pula apabila aku ke outlet Sentai di SS2 Petaling Jaya. Outlet ini menawarkan pelbagai barangan peralatan dan perkakasan keperluan memasak di dapur, restoran mahu pun untuk kerja-kerja katering.
Outlet Sentai SS2 Petaling Jaya ini terletak di sebuah bangunan 2 tingkat. Dua dua tingkat ada dipamerkan pelbagai item dengan jenis dan jenama berbeza. Antara item yang ditawarkan di sini adalah tableware, barware, glassware, kitchenware, mesin pemprosesan makanan , oven, buffetware, pisau dan sebagainya.
Sebaik sahaja masuk ke outlet ini, aku mula teruja dengan item-item yang ditawarkan di Sentai. Ada kelengkapan dapur seperti sudu, garfu, pepper salt mill, over yang berjenama terkenal. Produk trend terbaru daripada beberapa jenama juga boleh didapati di sini.
Untuk makluman, Sentai merupakan ejen kepada beberapa jenama hebat dalam industri F&B seperti Marlux, Jido, Unox, Efay AHbuffet dll.

Selepas berkunjung ke Sentai ini barulah aku tahu ada kasut khas digunakan untuk mereka yang bekerja di dapur-dapur restoran atau hotel. Kasut berjenama AHbuffet ini merupakan kasut anti-slippery yang boleh mengelakkan pemakai terjatuh apabila melalui permukaan licin. Harga kasut ini sekitar RM150~RM180 yang aku kira berbaloi dengan tahap keselamatan yang diperlukan.
Boleh dikatakan, apa sahaja peralatan yang berkaitan dengan dapur atau memasak boleh di dapati di sini. Sebut apa sahaja yang sedang kau orang cari.
Pisau? Chopping Board? Senduk pelbagai saiz? Bekas air? Penimbang tepung? Sudu garfu? Semua ada di Sentai ini.
Siapa Patut Datang Ke Sentai?
Sekiranya tempat kegemaran kau orang adalah dapur, ‘wajib’ datang ke Sentai. Ini syurga anda. Aku pasti, sepanjang berada di Sentai, kau akan rambang mata untuk memilih item-item yang berkenan di hati.
Ambil masa dan jangan fikir banyak, pasti kau akan teringat-ingat sekiranya datang ke sini tetapi pulang dengan tangan kosong.
Pemilik restoran atau kedai makan juga patut datang ke Sentai untuk mendapatkan peralatan dapur untuk perniagaan mereka. Selain daripada peralatan memasak, mereka juga boleh mendapatkan perkakasan untuk dekorasi restoran mereka seperti chalk board, bill board dan sebagainya.

Susun Atur Yang Kemas.
Dua jam berada di Sentai ini, aku takdelah rasa rimas. Aku perasan, di Sentai ini, segala peralatan yang dipamerkan di sini disusun atur dengan kemas. Tidak seperti di kebanyakan kedai peralatan F&B lain yang tidak disusun dengan mata dan agak berterabut. Isu sebegini akan membuatkan pelanggan terasa rimas dan ‘stress’..haha..tetapi di sini aku selesa.
Aku dapat melihat yang krew di Sentai menggunakan segenap ruang dengan bijak untuk mempamerkan peralatan yang dijual. Contohnya seperti di bawah ini. Pertama kali aku melihat senduk atau sudip sebesar itu. Menarik!
Sentai Tawarkan Harga Berpatutan.
Di Sentai, ada dua kumpulan harga yang berbeza.
Satu, peralatan berjenama dengan kualiti yang dijamin hebat dijual dengan harga yang sedikit tinggi. Biasanya peralatan ini digunakan secara komersil seperti di restoran atau kafe hotel. Kebanyakan jenama ini terletak di tingkat bawah di outlet ini.

Kedua, peralatan atau perkakasan yang biasanya digunakan untuk domestik akan dijual dengan harga berpatutan, sesuai untuk kegunaan di rumah. Ada jenama yang turut boleh didapati di tempat lain, dijual dengan harga yang lebih rendah di sini. Ada juga jenama yang hanya dijual di sini tetapi tetap dijual dengan harga yang rendah. Semua ini boleh didapati di Tingkat 2 di Sentai SS2 Petaling Jaya.
Staff Mesra Pelanggan.
Di outlet ini, hanya 3 staff yang ditugaskan menjaga operasi. Walaupun hanya tiga orang, tetapi mereka tidak penat untuk melayan pelanggan dengan mesra dan sentiasa membantu. Jangan risau, sekiranya kau orang inginkan sesuatu tetapi tidak tahu di mana untuk dapatkannya, boleh sahaja tanya staff di sini. Pengalaman mereka dalam industri F&B bukan sehari dua tau.
Ok, I’m done!
Tadi kan aku dah cakap, datang sini memang aku membeli. Cukuplah tiga item yang aku rasa isteri aku tak kisah sangat warna dan rupa. Nampaknya, aku nak kena bawa isteri ke sini untuk rasai sendiri pengalaman ke Sentai ini.
Kepada kau orang yang memilik kedai makan atau restoran, ha elok sangatlah datang ke Sentai ini. Aku pasti kau orang akan dapat idea segar untuk memantapkan lagi restoran dan perniagaan sedia ada.
Kata staff Sentai, En.Han, harga untuk pelanggan yang membeli secara borong masih boleh ‘kawtim’!! hehe..
Pendek kata, kepada sesiapa sahaja yang sedang mencari peralatan atau perkakasan F&B seperti tableware, barware, glassware, kitchenware, food machine, oven, buffetware, knives, silalah datang ke outlet Sentai di SS2 Petaling Jaya!
Promosi di Sentai.
Sentai sentiasa melakukan promosi sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan mereka.
Untuk tidak terlepas daripada sebarang promosi hebat, boleh LIKE FB: Sentai
Alamat Outlet Sentai SS2 Petaling Jaya:
SENTAI Showroom Kitchenware
NO 227 Jalan SS 2/24
SS2 47300 Petaling Jaya
Tel : 017-735 8909 (ivan)
Waktu perniagaan :
Isnin- Sabtu (10am – 7pm)
WAZE: Sentai SS2
Wah!! Menarik barangan yg ditawarkan.. kalu dah tersusun camni, AM pun confirm nak masuk n terbeli kan?? Hahaha.. kasut tue cam menarik.. agak2 leh guna utk hiking x?
Fuyoooo.. dtg, amik dan bayar.. betul pantas ni.
hidup kena pantas..kalau tak rabak poket..haha
Pergh ni kaum hawa masuk memang lama duduk dalam ni..cantik pulak barang dia ni..macam-macam peralatan ada..bgus ni..boleh pergi usha
Tengok gambar pun dah rasa nak gi shopping peralatan dapur kat sini. Banyak nya pilihan dan semestinya orang perempuan akan rambang mata nak pilih kat sini.
baru pertama kali dengar nama Santai nie. Nampak pelbagai betul barangan yang dijual ya. mak-mak pasti suka datang ke sini. bolehlah nanti sy bawa ibu saya ke sini
Aduhh.. Perempuan kalau masuk taknak keluar ni.. Design dia cantik2… Ini kalau bawak mak or mak mertua kompem la rambang mata… Adoiii.. Brg2 cmnila yg kita cri… Lps ni le PJ nk ke sini la.. Borong mana yg boleh.. Haham.
Kalau pergi kedai ni masa awal bulan gaji mesti shopping sakan ni. Maklumlah kelengkapan dapur yang lawa lawa semua ada
Pelik betul orang lelaki tak suka pi beli barang dapur, hehe. Emi ni jenis yang suka pergi tempat2 macam ni. Tapi pi sorang tak syok. Kena berteman baru best. Suka tengok susun atur barang2 kat kedai ni. Kalau emi ke sini, sure lama tak keluar2 haha.
Sis pernah masuk sini..dlm this year jugak masa nak cari barang2 utk open house..mmg rambang mata..nak beli sikit terus berderet..hehehe
Sejak jadi mak – mak ni memang suka gak tengok barang dapur , lagi2 barang cute n unik gitohhh , if ke sana leh la singgah
senanglah ada tempat macam Sentai ni. nak beli perkakas dapur, semua ada. cantik-cantik pulak tu. memang rambang mata nak memilih la jawabnya kalau datang Sentai hehehe
aduh ni kalau bawak mak kesini mesti dia suka. Suka perkakas dapur jenis moden mcm ni. Nk kene dtg ni. Thanks sharing this.
Menarik tu, kalau nak meniaga dan juga nak hias rumah lawa lawa di dapur boleh lah cuci mata dan shopping di sini. lengkap semua ada
Wahhhh ini kalau saya yang pergi, boleh habiskan masa berjam2 dalam ni. Saya memng suk sngt pergi tempat macam ni. Malah boleh terima walaupun tak membeli apa2..terapi yang baik dapat pergi kedai macam ni hahaha
Wah..kena pergi ni! Maklum lahhh boleh tambah-tambah peralatan kat kedai saya ni ha. Hehe..alasan je untuk kedai tu sebenarnya padahal memang diri sendiri gile nak beli barang2 camni haha..thanks for info insyallah nanti sampai haha
Aduii…seronoknya kalau ada 1 dekat Penang ni..for sure saya akan duk bertapa belek one by one nanti..hahahha…
Bukan main lagi kan..boleh la buat deco2 kitchen skli
Sentai kita ingat tadi Santai hehehehe ok juga barang-barang daripada negara Jepun kan best kita suka terutama barang memasak ni hehehe walaupun kat dapur tu dah penuh macam-macam barang ada wakakakaka..
Terus baca tanpa tgok gambar gara- gara takut terberkenan dan terpengaruh..jahat tau entry ni…sukati je dia kuar time SA tgh stress..confirm la SA terjebak nanti..takpe…SA baca je..tak tengok gambar..
banyak nya products products yang bagus untuk dibeli… jom, nak pergi shopping sini lah.. thanks for recommendation..
wah memang berbaloi tengok macam high quality la sudu bekas semua tu, sekarang ni i nak beli apa pun bahan untuk dapur i nak focus pada yang safe for microwave.. heheheheh nanti i go cek this place sentai