Siapa suka makan Dim Sum, angkat tangan! Konfem awal-awal aku akan tangkap jika diaju soalan sebegini. Cumanya, agak sukar untuk dapatkan Dim Sum halal dan sedap. Jadi, kalau aku terjumpa restoran yang menyediakan dim sum halal, pasti aku terjah dan cuba!
Jadi, beberapa minggu lepas, isteri aku ada bercerita hal lunch bersama rakan se’ofis’ di Restoran Let’s Dim Sum di Kota Damansara. Kebetulan, seminggu selepas itu, aku berkesempatan cuti untuk setelkan beberapa urusan peribadi. Alang-alang, aku ajak isteri aku cuti separuh hari juga! Untunglah, hari tu bos belanja, hari ni the big bos yang belanja pulak! Hahaha..
Selepas solat Jumaat, aku ajak dia ‘lunch date’ di Let’s Dim Sum sebelum ‘movie date’ hehe
Restoran Let’s Dim Sum terletak betul-betul opposite road ke Giant Kota Damansara. Waze jer..Tak pun kau cari Rumah Makan Terlajak Laris milik Dato’ Aliff Syukri, dua tiga lot kedai je dari restoran tu. Aku pun tak perasan sebelum ini.
Baru beberapa bulan beroperasi kot..
Ruang restoran ini agak terhad, tapi sewaktu kami sampai, masih ada seat yang kosong. Selepas tu, banyak je seat yang kosong sebab waktu ‘office lunch hour’ dah tamat. Sebelum order, aku dah rasa best sebab layanan staff kat sini best! Rasanya ada sorang Chinese supervisor (ke bos?) yang friendly gila. Siap aku nak ke tandas pun, dia bukakan lampu..;-)
Menu Sedap Di Let’s Dim Sum Kota Damansara.
Ada beberapa menu yang menarik perhatian dan selera aku di sini. Paling menarik perhatian di Let’s Dim Sim ini sudah semestinya set platter. Ada 3 set platter dengan harga berbeza: Pau Platter, Famiy Platter dan Deep fried Platter.
‘Presentation‘ dim sum untuk set ini juga menarik. Selepas buat pesanan, dim sum ini akan dibawa belayar terus ke meja kau orang.
Set Family Platter – ‘Presentation’ Menarik.
Kapal layar parkir betul-betul mulut kau orang, tunggu nak suap masuk mulut jer. Kali ini aku pesan set Family Platter. Namanya set family, tapi aku sorang je yang habiskan. Atas kapal layar tu ada dim sum prawn dumpling, chicken crown dumpling, shanghai dumpling, siew kow soup dumpling, yin choi mai.
Pada aku, beza dim sum sedap dengan tak sedap ni, selain daripada dim sum tu sendiri, dia punya kicap dan sambal tu nak kena sedap. Kat sini series sedap hoi..kena dengan selera aku. Tak sama dengan restoran dim sum halal yang lain. Eh betul ke orang panggil kicap dan sambal tu?
Ini All Day Dining menu yang isteri aku pesan. Mi Wantan. Ada gak aku try sikit, sedap gak rasanya. Hari ini aku tak selera plak nak cuba mi wantan ni. Selera aku lebih ke arah ke dim sum.
Let’s Dim Sum – Sijil Halal.
Ada yang tanya ada sijil halal ke menu di Let’s Dim Sum ni. Jangan risau, makanlah tanpa was-was. Semua pembekal dim sum di sini mempunyai sijil halal. Burpp..
Alamat Let’s Dim Sum Kota Damansara:
Ground Floor, No 43, E, Pusat Perdagangan, Jalan PJU 5/20,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
“this blog i really loved it and i wish i can read it more and more from you
sagatoto</
AM dim sum.. pantang tgk kedai atau restoran halal yg jual dim sum confirm AM masuk.. AM nak terjah la menu2 kat sini nnti hujung bln bersama geng kaki makan.. hehehe.. x sabar nak makan dim sum yg JMR sarankan nie
kte suka makan dim sum..wah..boleh la try ni lagi un tak jauh kat depan giant kota damansara je ni..yang penting dim sum halal kan..
tak pernah rasa dimsum lagi..serius..tengok orang asyik makan je..lama-lama teringin..nanti nak carilah dimsum ni..macam sedap je
dim sum best.
aida sgt minat dim sum, JMR.
di melaka ada 1-2 kedai yg menarik.
most of the time, aida beli frozen.
makan sendiri kat umah.
platter tu menarik. memikat hati 🙂
kemain dim sum nya, siap naik kapal tu. Sekali sekala pekena dim sum sedap jugak kan. tapi tu la, susah nak jumpa restoran yang halal. Ni dah jumpa ni boleh la pergi nanti.. hehe
Susah nak cari dimsum halal Dan kalau halal selalunya mahal sikit. Sukanya tengok food presentation kat sini. Lagi berselera nak makan.
wayhhh i meman suka makan dimsum sebab luar dia steam dalam pula dia letak macam macam seafood lah ayam lah.. tapi penyediaan dia kalau tak mahir memang ambil masa… tu sebab i lebih suka pergi makan je la hehehe
Uniknya cara hidangan dim sum tu, atas kapal lagi..nak belayar terus ke mulut ke tu..hehehe.
Tengok wantan dia pun menaikkan selera betoi. Kalau lalu sana leh lah singgah nant
Xpernah try lg dimsum
Dia mcm dumpling ke abg jamar?
Muka seriusss naw tu bila bini snap gambar hahaha.
Tapi harga nampak berpatutan je tu . Blh cuba bwk suami pg sana ni.
Waaahh… sedap sedap nih menuya. Dim Sum. Kapan kapan jika kesini saya akan coba. Doakan ya.
The dimsum is plated so nicely, I can’t to visit this place with a good friend of mine, he’ll definitely enjoy this.
So delicious. Now i can enjoy dim sum together with my muslim frens. This way we will not miss out the fun
Mar suka sangat Dimsum! kalau boleh nak cuba buat sendiri kat rumah hhu tapi nak try yg tu dulu laaa.
I love to eat Dim Sum and most Malays love it too. Good to be halal so that I could enjoy the meal with my Muslim friends.
Eh…eh..awak ni JMR…sajer jer kan goda orang..kita dah la peminat dim sum..terus terasa2 kesedapan dim sum ni ha…bestnyaaaaa
Suka Dim Sum, Wantan Noodle tu pun suka. Kena pergi juga la sesambil usya Dato Aliff punya Rumah Makan tu….Nak dapatkan Dim Sum halal ni payah juga. Dah dapat yang halal ni alhamdulilah…
Kedai ni nampak cantikndan kemas. Suka tgk wantan mee dia sebab bampk sedap giler. Nanti blh rekomen kat member terutama yg minat giler dgn dimsum
wah dimsum naik kapal tuh, hebatlah kawan. nampak menarik ni menunya. nak kena cuba gak nanti kena singgah sini gak lah
it’s been a while since i last taste dim sum.. guess it’s time to plan for a dim sum meal really soon..