Setiap orang mahukan keuntungan maksima apabila terlibat dalam pelaburan unit trust.
Namun, tidak ramai yang tahu menguruskan pelaburan dengan baik. Pelaburan Unit Trust adalah pelaburan yang rendah risikonya. Tetapi masih ramai yang tidak berani untuk mula melabur. Kebanyakan hanya berani apabila melihat rakan-rakan melabur dan meraih keuntungan.
Pada masa itu, barulah mereka bermula untuk melabur. Tetapi itu belum menjamin mereka memperoleh keuntungan seperti rakan lain yang dah tersenyum lebar (raih untung!). Untung hari ini, esok belum pasti.
Nilai pelaburan pada masa depan tiada siapa yang pastikannya dengan tepat.
Yang pasti, 5 Kesilapan ni perlu pelabur tahun sebelum melabur dalam Unit Trust untuk mengurangkan risiko kerugian dan menambah kebarangkalian untuk untung.
5 Kesilapan Melabur Dalam Unit Trust.
#1 Portfolio Pelaburan Tidak Diurus Dengan Betul.
Pernah dengar istilah Inggeris, “Do not putt all egs in one basket”. Bukan hanya pelabur Unit Trust yang perlu fahami perkara ini, malahan semua jenis pelabur perlu mengamalkan disiplin ini.
Portfolio Management, Risk Management, Asset Allocation perlu diurus dengan baik. Tanpa pengurusan yang baik, duit pelaburan bernilai ratus ratus ribu mampu hilang begitu sahaja. Contohnya, pelabur ada modal RM50,000. Adalah lebih baik sekiranya beliau melabur di dalam beberapa fund berbanding melabur kesemua jumlah itu di dalam satu fund. Kenapa?
Pada pelabur yang masih belum memahami, bolehlah bertanyakan ‘ejen’ anda. Jadikan ini sebagai topik perbincangan semasa duduk semeja untuk cop jari borang.
2# Buy High, Sell Higher.
Normal bagi syarikat Unit Trust mempromosi fund/dana dengan menyatakan keuntungan lumayan yang telah fund tersebut rekodkan tahun sebelum ini.
“Return 40% Untuk Dana XXX Kami Pada Tahun Lepas”
Nak beli fund tu juga ke? Boleh sahaja. Tak salah pun sebab ada yang berpegang dengan konsep, “Buy high, Sell Higher”. Itu pun sekiranya harga makin naik. Ye la, anda membeli fund tersebut berdasarkan pulangan pada tahun sebelumnya kan. Dengan harapan, tahun-tahun selepas itu, fund tersebut terus memberi pulangan yang best.
Ini tandanya kita TAK BACA disclaimer “Past performance is no guarantee of future results.”yang ditulis dalam dokumen-dokumen rasmi seperti brochure yang dikeluarkan oleh syarikat Unit Trust.
3# Harga Tinggi Beli, Harga Jatuh Jual.
Siapa tak ‘excited’ bila melihat fund yang ditarget makin meningkat harganya.
Turun naik harga adalah perkara biasa dalam mana-mana pelaburan. Tiada pelaburan yang berterusan memberi untung. Ada ketika, harga tinggi akan turun ke bawah, dan sebaliknya. Normal.
Menjadi pelabur yang bijak, kena tahu dan faham bila masa yang sesuai untuk beli, bila masa yang tepat untuk jual bagi meraih untung. Jangan terlalu ikutkan emosi ghairah dan takut.
Ghairah apabila harga naik, dan ketar lutut apabila harga turun. Ini yang sangat perlu dijaga.
4# Beli Unit Trust Yang Tak Sesuai Dengan Diri Sendiri
Secara umumnya unit trust ni ada beberapa jenis.
- Melabur dalam saham medium to small-cap
- Melabur dalam saham bluechip
- Melabur dalam bond / sukuk
- Beli money market
- Kombinasi semua di atas
Ingat kata-kata yang ramai orang sebut ni:
“High risk, high (potential) return”
Unit trust kategori yang fokus beli saham medium to small-cap ini selalunya yang disebut sebagai fund yang mempunyai higher risk berbanding fund yang beli bond / sukuk.
Jadi, kalau untung pun fund dalam kategori ini yang dapat bagi return paling banyak. Dan kalau rugi pun selalunya inilah kategori fund yang bagi rugi paling besar. Fair tak?
Kalau kita bukan pelabur agresif, sebenarnya kita tak sesuai beli fund yang macam itu. Sebab tu tak sanggup tengok ‘kerugian’ yang sedang berlaku.
Masa berbincang, fokus kepada berapa yang kita sanggup rugi dulu dan bukan nak nak kejar untung aje. Sanggup rugi cuma 5% tapi berharap dapat return 30% ?
Berbincang… eh bincang dengan siapa? Baca seterusnya.
(Kredit: Pak Di)
5# Salah Pilih Ejen Yang Pasif.
Ejen pasif bukanlah ejen yang asyik tidur. Tetapi ejen yang tidak memberi input kepada pelabur di bawah kendalian mereka. Eh, bukan ejen sambilan (part-timer) sahaja, ada juga ejen full-time yang tidak membantu pelabur untuk lebih memahami asas pelaburan.
Ada kira-kira 60,000 ejen Unit Trust di Malaysia. Selain membeli dana Unit Trust melalui ejen, pelabur juga boleh membeli dana Unit Trust menggunakan platform online. Mereka ini dikenali sebagai pelabur DIY (do-it-yourself).
Membeli dana Unit Trust melalui ejen mempunyai kos-kos tertentu dan ianya berbeza dengan menggunakan platform lain. Bagusnya, menggunakan ejen, anda mempunyai hak untuk mendapat ‘ilmu’ dan info daripada mereka. Jadi, sekiranya anda mendapat ejen yang pasif, kejutkan mereka. Dapatkan hak anda sebagai pelabur di bawah ejen tersebut.
Dah faham tentang 5 kesilapan? Jika YA, bagus.
Dan kalau kau orang masih belum ada ejen yang aktif, bolehlah hubungi no di bawah ini:
Ejen UT: 017-2101282
Tak pernah lagi melabur dalam unit trust. Tapi seronok juga baca tambah ilmu mana tahu 1 day rasa nak melabur kan. Kena baca semua tips ni. Thanks
nak buat unit trust kena ada komitmen tak boleh suka-suka je konon nak kaya pada masa akan datang kalau tersilap langkah boleh merana… ugh.. apa pun terima kasih konsgi informasi ni mungkin pada masa akan datang ku cuba usahakan untuk buat unit trust
Saya tak la pandai dalam bab ni. Tak.pernah buat pelaburan. Tapi ada je dengan bab bab pelaburan ni.
Masa zaman kerja dulu pun ada juga bos buat pelaburan. Tapi tahu sikit sikit je la..
Kena study jugak bab-bab nak melabur sama macam menabung jugak.. Kena displin. Ada banyak..jenis pelaburan yang kadang-kadang mengaburi mata.. Jadi kena pandai ambik perhatian dan buat pilihan terbaik. Bagus info yg dikongsikan.
Pernah melabur tapi tersilap pilih agen, dia pun baru nak belajar dan tak tahu apa-apa so Rawlins terpaksa alihkan investment kepada agen yang senior.
Bangusnya perkongsian pasal unit trust. Moga pasni ramai yang buat keputusan yang bijak bila melabur. Cam Nina suka kong term. Tolak Kwsp jer…. Hehee
Bahaya kalau melabur dengan orang salah, boleh jahanam duit. Sebelum melabur, fikir dulu, cek dulu, ok ke tidak. Nak melabur bukan sikit, banyak oo
melabur merupakan satu aktiviti yg banyak beri benefits sekiranya mahir dan punyai ilmu. sy masih kurg ilmu mengenai pelabruan. Yes, memang nak sgt memiliki rumah pada usia muda tanpa bantuan parents. isnyaAllah satu ahri nanti
Ya. Memang kena berwaspada ketika melabur dalam unit trust. Saya tau berapa rakan yang wang pelaburan mereka semua telah habis…gara-gara ejen yang tidak bertanggungjawab.
tq for sharing , kena banyak membaca dan orang fahamkan bab ni ,, sebab susah faham adohaaa
Orang kata “high risk, high return”. Tapi tak semestinya betul. Most of the cases, memang kita perlukan ilmu dan bertanya orang yang pakar bab kewangan ni. Kalau cukup ilmu, fund manager yang bagus, inshaAllah investment dapat membuahkan hasil
Pelaburan itu kena bijak.. jgn jadi cam AM.. gara2 salah pilih agen, segalanya lebur.. hutang jd keliling pinggang..
Baru nk belajar pasal pelaburan unit trust ni. Banyak jugak keburukan eh kalau kite silap step. Artikel ni sgt bagus untuk freshgrad mcm saya. Maklumlah ramai sgt offer suh labur dlm unit trust ni
hmmmm aida pernah ada 1 akaun.
7 thn, tutup akaun. takde untung pun 🙁
7 thn kalau invest tempat lain, like tabung haji, byk dpt untung kot.
maybe pasal dpt ejen yg salah kot ekk…
promote the wrong fund.
so, now, if friends ada yg nak invest dlm unit trust, aida la yg akan advice seikhlas hati. ikut experience sendiri.
Bab-bab kewangan ni memang failed nak paham dan tak reti. At least tulisan ni dalam bahasa, jadi bolehlah hadam perlahan-lahan. Yang penting kena berilmu juga lah nak main benda alah ni.
Info yg bagus ni.. Walaupun wawa xde buat pasal investment ni.. Tp boleh wawa bgtau kat husband.. Sbb dia suka pasal pelaburan cmni…utk msa depan juga kan..
it’s great to invest.. but must study before investing..this is a post with great info for investor..
Info yang bagus. Sis dulu ada gak join unit trust ni tapi dah lama dah tak buat..tak pandai dan agen pun tak berapa nak membantu so tak faham apa2 pun..:D
Saham company SA kerja pun x naik2…hehehe..apapun setuju..kena pandai kalau nak melabur..ilmu sikit2..fikir la dulu berpuluh2 kali kalau nak melabur
Sekarang saham banyak yang jatuh, bagi yang bijak, ini adalah peluang untuk beli saham dengan harga yang rendah.