Dah menjadi amalan mingguan kami, waktu makan malam di hari Jumaat, akan dijadikan sesi lepak-lepak sambil try menu sedap di mana-mana pilihan kedai makan/restoran. Sambil-sambil tu, boleh la berchitchat dan diskas tentang rumahtangga, mana yang perlu ditambah rencah dan rasa untuk menjadikannya lebih sedap&sebati…
Lately, malas nak drive jauh-jauh semata-mata menjadi lokasi makan malam. Alasan utama, kesian kat Puan Nunu dok membawa perut lama-lama atas seat kereta. Nampak sangat dia tak selesa ok..hehehe..so, last Friday, restoran cina muslim menjadi pilihan kami, HOMST..menjadi pilihan sebab paling dekat dan sedap…
Pilihan menu biasanya aku serahkan pada si ibu mengandung..
Tertunai hajat dihatinya kali ni. Lemon Chicken. Oh ye, yang cecair kuning tu bukan minyak ye, itu adalah sos lemon. Eh yeke sos lemon? Ye la kot, sebab memang rasa dia lemon, bukan rasa minyak.:-p
Buttered Prawn..ni lepas aku belek semak-samun tu. Rupanya banyak gak udang yang menyorok di sebalik tu. Rasa memang 8/10 boleh aku kasi. Paling utama, butter dia tak muak dan bermiyak sangat. Menu sihat la kiranya ni..
Kailan Oyster Sauce-menu sihat ni..heheh..tapi kalau ko hirup oyster sauce tu banyak-banyak pun tak sihat gak, sebab masin okkey. Sekadar makan ngan nasi tu, ok la rasanya. Ngam-ngam.
Semua saiz menu ni aku amik yang paling kecik. Cukup untuk hidangan dua orang.
Paling mabeles, dessert pilihan malam ini. Aku dah bajet, dengan portion yng agak besar, kongsi untuk dua orang pun belum tentu boleh habis.. Tapi, sangkaan awala meleset. Aku sempat testing dua tiga suap je, yang selebihnya laju je Puan Nunu habiskan..katanya, “baby suka……..”..
Mango Sogo Lolo..terbaik antara terbaik!:-0
Sempoi la bro…. next time boleh belanja gua makan CHILI CRAB….hehehehe
kalo dpt mango sogo lolo lgi mlm ni pun sedap kan.. 🙂
Ya Allah!! Syedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee la tgk semua lauk2 tu exspecially tang udang butter prawn ngan kailan tuh!!
Perkh..perkh..perkh..*Tekan kotak ‘X’ smbil lap ailio*
lap air liur tu cpt2 mak..hahaha