March 28, 2024

Salam Aidiladha 2018. Korban Lembu Ke Kuda?

Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan kepada rakan-rakan Muslim. Semoga semua ibadat dan pengorbanan yang kita lakukan menjadi saham akhirat yang tidak ternilai untuk manfaat di alam sana nanti.

Memandangkan cuti Hari Raya Korban tahun ini jatuh pada hari Rabu, tambahan pula isteri aku baru sahaja beralih arah ke syarikat baru, aku redha dan pasrah untuk tidak pulang ke Besut. Ini pun dikira sebagai pengorbanan juga, kan?

hehe..

Sebenarnya, bila tidak balik kampung ni, mood untuk beraya pun kureng sikit. Kemeriahan raya korban di sebelah pantai timur, memang berbeza dengan kemeriahan di sini. Nak kata di sini tak meriah pun, tak juga. Malam raya hari tu pun kami berkumpul beramai-ramai di rumah saudara isteri aku untuk sama-sama bertakbir dan bertahmid. Kemudian makan-makan sambil membawang sehingga ke tengah malam.

Syoknya di majlis ini, ada saudara-saudara yang sama baya dengan aku yang boleh dibawa berborak pasal dunia digital dan cara buat duit zaman sekarang ni.

Kalau dengan pakcik makcik isteri aku yang lebih veteran, susah gak aku nak hadam cara borakan mereka..berhuhuhu je la..;-p

Natijah balik lewat, Dayyan & Danish termasuk aku pun tak sempat ke masjid untuk bersolat sunat Aidiladha..lepas Subuh, isteri aku pun bantai tidur, nasib baik rendang ayam dan nasi himpit dah siap masak awal-awal..haha

Ibadat Korban

Bila dengar je pengumuman dari masjid yang ibadat korban dah nak start, cepat-cepat aku ajak Dayyan & Danish untuk bersiap. Pakai baju raya pergi tengok lembu~lah!

ibadat korban
Kenapa pejam mata Danish?

Danish panggil tempat ni ‘ZOO’..walhal parking masjid nak oi! Kat masjid dekat rumah aku ni ada 17 ekor lembu sedang menunggu giliran untuk dikorbankan. Besar ganjaran pahala ko lembu.

Bila berjumpa dengan 17 ekor lembu dok dalam satu ‘kandang’ besi, memang teruja la si Danish. Abangnya Dayyan tetap ‘cool’ sebab tahun lepas pun dia ada join korban di kampung. Masa tu umur Danish baru 2 tahun, tak faham apa sangat. Tahun ni dah 3 tahun, tu yang seronok sangat dapat bermain-main lembu sebelum kena korban..

Korang seronok je kan, apa ntah rasa dan perasaan lembu yang bakal disembelih nanti tu?

ibadat korban

Proses korban 17 ekor lembu ini mengambil masa yang agak panjang. Ye la, nak tumbangkan lembu lagi, nak sembelih, then nak melapah lagi, bukan satu kerja yang cepat dan senang. Aku pergi ambil agihan daging lembu pada jam 12.130 tengahari, masih ada 3 ekor lagi yang sedang menunggu giliran. Ingat nak join melapah gak, tapi macam dah penuh je..hehehe..

Sepanjang hidup aku ni, ada la 3,4 kali aku tolong melapah daging lembu korban, tu pun tak cantik sangat hasilnya. Kena tegur dengan pakcik aku, last-last aku tolong timbang kilo daging lembu untuk diagihkan saja..senang!

ibadah korban

Lembu ke Kuda?

Aku yakin, lembu ni Dayyan & Danish dah kenal sangat sebab selalu je jumpa lembu setiap kali balik Besut. Cuma yang menjadi persoalan kepada aku, bila isteri aku tanya Dayyan, “..tadi abang tengok orang korbankan apa?”

Dayyan jawab, “Kuda..” .. isteri aku macam kepelikan tapi angguk-angguk.

Pagi esoknya baru isteri aku tanya aku balik, ” Masjid ada korbankan kuda juga ke selain daripada lembu semalam?” *tepuk kepala.

Aku saspek Dayyan sengaja main-main mommy dia. Hmm..ke dia masih konpius, mana sekor lembu, mana sekor kuda!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Salam Aidiladha 2018. Korban Lembu Ke Kuda?

  1. nasib pergi tgok korban pakai baju melayu hijau, kalau pakai warna merah, mau bangun lembu tu dok kejarrrr dua ketul budak tu hehehhehehe.. Selamat Hari Raya Aidiladha abg jamar sekeluarga!!!

Leave a Reply to encikhafiz.my Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *