Dua minggu jugalah hidup aku tanpa kamera selepas aku membuat Exit Plan untuk Nikon D750. Bagi yang tak tahu apa itu Exit Plan, bolehlah baca post aku tu. Kamera dan hidup aku dah sebati sejak zaman persekolahan aku lagi. Maksud aku, bukan kamera iPhone, tetapi kamera yang seketul tu. Dulu-dulu guna ‘filem’ tetapi sekarang era teknologi. Dengar sekeping kad memori, aku dapat merakam dan menyimpan beribu gambar!
Sebelum aku melepaskan Nikon D750 tu, aku dah mula survey kamera baru. Bukan ‘habis madu sepah di buang’, tetapi ‘yang tumbuh, hilang berganti’~lah kan. Matlamat aku untuk memiliki kamera yang lebih kecil, senang hendak di bawa ke mana-mana. Tak besar. Ringan. Tapi kualiti macam DSLR. Masuk beg pampers Danish pun muat.
Jadi, kamera mirrorless~lah yang perlu aku beli. Kalau ikutkan senarai senarai kamera mirrorless terbaik 2018, Canon EOS M50 yang paling dekat di hati.
Adakah aku akan menjadikan kamera mirrorless Canon EOS M50 sebagai pilihan aku kali ini?
Untuk seketika aku bingung sama ada untuk memilih Sony Alpha6300 atau Canon EOS M50. Spesifikasi lebih kurang sama. Kualiti gambar dan video ada pro & co. Lebih di sini, kurang di sana. Tidak semua perfek. Cuma, Sony Alpha 6300 dikeluarkan pada tahun 2016, dan Canon EOS M50 sekitar awal tahun ini. Jangkaan aku Canon M50 mempunyai spesifikasi yang jauh lebih bagus daripada Sony A6300, tetapi ternyata tidak.
Sony Alpha 6300
Bandingkan Harga di LAZADA!
Walaupun harga Canon EOS M50 lebih murah daripada Sony A6300, tetapi dalam keputusan akhir aku, aku memilih jenama Sony sebagai kamera kegemaran aku untuk tempoh seterusnya.
Sebab utama aku memilih Sony A6300 adalah kerana model ini dilengkapi ‘weather seal‘, di mana kamera mirrorless ini akan lebih dilindungi daripada risiko yang disebabkan oleh faktor cuaca seperti hujan. Sejauh mana keberkesanannya, aku pun tak pasti.
Nikon D750 sebelum ini turut dilengkapi weather seal. Aku lebih yakin untuk ‘bermain’ di dalam hujan renyai-renyai dan juga di tempat yang lebih sejuk.
Di Mana Aku Beli Sony A6300?
Aku bandingkan harga di kedai online dan juga offline. Dan seperti pengalaman aku membeli DSLR Nikon D750 sebelum ini, Camera Valley menawarkan harga yang lebih menarik berbanding seller lain.
Harga Terkini Sony A6300
Kalau ikutkan harga terkini Sony A6300 di laman web rasmi Sony, RM3961.32 untuk harga rasmi. Biasalah, harga kedai rasmi, memang lebih tinggi. Pada aku, banyak tempat lagi yang boleh offer better price. Ysng penting, kena pastikan waranti oleh Sony Malaysia.
Selepas survey harga daripada seller, ya Cammera Valley gak yang boleh tawarkan pakej menarik untuk pembelian model Sony ini.
RM2999 untuk pakej Body 6300 bersama kit lens Power Zoom 15-50mm, 64G Sony Memory Card dan juga extra Original Battery.
Memandangkan aku pengguna baru Sony, aku dimaklumkan oleh Seller, untuk setiap pakej kamera mirrorless jenama ini, Charger tidak termasuk bersama. Tak kisahlah model apa, termasuk A7III, charger tidak diberi bersama. Pada awalnya, aku seakan “WTH”, tetapi apabila melihat spesifikasi kamera jenis ‘mirrorless’ ini, amp yang digunakan tidaklah bergitu tinggi. Pengecasan menggunakan powerbank pon mampu memberi voltage untuk kamera ini berfungsi.
Jadi, aku topup lebih kurang RM50 (Purchase with Purchase) untuk satu 3rd party charger dan RM80 untuk LCD screen protector.
Bye-bye Nikon, Hai Hai Sony Club.
Selepas ini aku kena berguru dengan sifu Sony Abe Hoq yang dah power handle kamera mirrorless Sony Alpha.
Teringin nak ada kamera seperti yg lain.. so far mmg AM capture moment guna HP jer.. once day, mmg AM akan beli juga satu kamera sendiri.. masa nie boleh terjah lagi blog jmr utk ketahui lebih info ttg kamera..
wah kamera baru. mudahlah nak bawa kemana mana dengan kamera compact macam ni. saya punya olympus dh rosak. so nak kena cari baru jugak ke macaman? hehe
Haaa tak pro lg guna camera, cuma guna phone jer amik gbr…
Ehhh kamera kita sama lah..:D, awal tahun lps sis beli kamera ni, tahun ni dah crack sikit..nasib baik leh pakai lagi, tapi kan..sis banyak guna phone je, kamera tersimpan dalam beg
terfikir juga nak amik kamera, tapi dah ade kamera dslr husband..hahaha..masing-masing kamera ada eklebihan dia kan..jadi pandai-pandaila pilih
Pernah berhasrat untuk ada camera seketul tu. Tapi bila tengok harga, emmm kena menabung lebih sikit. Takpe lah,camera handphone pun ok
Haritu pun confuse which one camera nak beli same ada Canon atau Sony. Dua2 brand memang minat. Last sekali Lia pilih canon sebab banyak lagi function.
Sekarang ni makin ramai orang suka tangkap gambar lawa lawa pakai hp dan share di fb dan insta
Ada beberapa orang kawan guna kamera model ni, cantik-cantik gambar yang diorang ambil. ok dah tu pilih kamera ni
Untunglah selalu tukar-tukar gadget ni hehehehe kita pakai yang ada tu dah bertahun-tahun wakakak tak terfikir nak tukar walaupun ramai orang kata DSLR ni berat tapi dah biasa hehehehe mungkin tengok kalau ada orang nak sponser hehehe…
Kamera di hand phone pun dah canggih kan. tak perlu pakai dslr pun dah boleh dapat gambar yang gojes. asalkan pandai setting
Tengah mencari jugak kamera baru untuk blog dan social media ni. A630 ni one of the camera yang ada dalam list. Sekarang tengah pakai g7x tapi second hand punya
perghhh kamera baru…harga not bad la..mungkin mmg harga pasaran..paling penting kecik dan sangat praktikal nak bawa ke mana sahaja…
Kamera dari handphone sony ni memang berkualiti. Sangat bagus sehingga sampai sekarang ramai yang setia dengan jenama ni.
sony ni lg senang nk bw kecik compare ngan canon tu….dh lama tk guna camera camni..dlu ada nikon tp yg mini je tp sbb skarang smua gmbr snap thru camera hp je..tu yg tk guna dh camera mcm ni
huarghhh jealous tengok orang beli kamera ni.kita duk kumpul cuit lagi tsktsk
Wah cantiknya siap ad fungsi weather seal lagi. Kita pakai je la Nikon ni smp rosak . hehehe. Tapi kalau nk cari pengganti sony ni mcm menarik
Bestnya dah join gerup Sony 🎉🎉
Bila laaaa kita nak ada kumira gak… Sana sini snap ngan henpon jer.. Huhuu
Doakan impian kita tercapai yaa… Aamiin
Right choice abg jamar!
Syirah pun pengguna sony alpha6300 ni hahaha.Video tip top!
Gambar super terbaik lah! hahaha
Pilih kamera sony je.
Kata orang gambar daripada kamera Sony lebih jelas. Saya guna compact camera je..
time bujang kalo berjalan memang bergaya ngan camera sony. last2 rosak anak sedara buat
sedih…rindu gambar2 lawa2 amik ngan camera tu
pinjam nak bwk g Melaka. hehe
ambil sendiri dalam bilik tu haaha