Dah lama aku tak ke Johor Bahru. Rasanya kali terakhir aku ke sana semasa cuti pendek kami ke The Little Big Club di Puteri Harbour, 2 tahun lepas. Bila tengok blogpost tu, rasa cepatnya masa berlalu. Abang Dayyan pun masih kecil waktu tu, adik Danish lagi la baru beberapa bulan. Berjalan pun tak lagi rasanya. Kali ini (awal tahun 2018), aku ambil kesempatan untuk bercuti pendek dan menginap di Hotel GBW Johor Bahru semasa appointment dengan pelabur aku di sana.
Sambil menyelam, sambil minum air, ye dak?
Aku ada 2 business trip pada awal tahun ini. Dua-dua trip aku menginap di Hotel GBW Johor Bahru. Alasan aku menginap di hotel yang sama adalah ringkas sahaja, sebab kami selesa dengan bilik penginapan dan kemudahan yang ada di sini. Lagi best, rate yang aku dapat lebih murah berbanding rate daripada Online Travel Agent (OTA) lain. Aku tempah secara terus daripada website mereka- www.gbwhotel.com.my.
Sebelum ini, Hotel GBW (GBW Hotel) dikenali sebagai Grand BlueWave Hotel Johor Bahru. Kiranya ni rebranding nama je kot.
Rate aku dapat pada masa tu ialah RM260 untuk 2 malam, bilik Deluxe Twin. 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Danish masih belum dikira sebarang cas. Rate ni termasuklah 2 pax sarapan pagi. Perkara pertama yang buat aku berpuas hati adalah keluasan dan kebersihan bilik yang kami dapat. Walaupun bangunan hotel ini agak lama, tetapi kebersihan bilik masih terjaga. Karpet yang dipasang penuh di dalam bilik kelihatan masih baru dan tidak berbau hapak.
Kemudahan di dalam bilik pun cukup lengkap. Paling penting, sambungan internet sangat laju..haha..ada pula meja untuk aku buat kerja pada waktu malam, itu sudah mencukupi. Sambil anak-anak bermain di setiap ruangan bilik yang luas, aku selesa selesaikan kerja yang patut aku selesai sebelum keluar jalan-jalan di sekitar bandar JB.
Serius aku suka gila dengan buffet sarapan pagi yang disediakan di Hotel GBW Johor Bahru ini. Nak kata simple sangat pun tak, nak kata meriah sangat pun tidak juga. Sedang sedang sahaja dengan selera makan pada waktu pagi. Paling aku suka bila ada section yang masakkan omelette panas-panas, aneka roti dan jem/coklat dan mesin bancuh kopi.
Kegemaran Dayyan dan Danish setiap kali bersarapan pagi di hotel semestinya cereal dan telur! Bermangkuk-mangkuk dan berbiji-biji juga dua orang ni boleh setelkan. Cumanya, bila diorang dah kenyang, diorang mulalah minta nak naik bilik atau mandi di swimming pool walhal aku baru nak habiskan pinggan pertama.
Oh ye, swimming pool di Hotel GBW pun not bad. Ada area berasingan untuk kanak-kanak dan dewasa. Kolam pun besar dan banyak seat yang available untuk just rileks sambil monitor anak-anak mandi kolam.
Swimming pool best tak bermakna Dayyan dan Danish boleh berendam sehingga 3,4 jam..memandangkan swimming pool terletak di tingkat yang agak ke atas, which is ko boleh tengok permandangan sekitar bandar JB dengan angin sepoi-sepoi bahasa sekali gus badan diorang lebih cepat kesejukan. hehe..jadi tak perlulah aku menunggu diorang dalam tempoh masa yang panjang. Yey!
Jadi, berbaloi atau tidak untuk menginap di Hotel GBW Johor Bahru ini?
Jawapan aku, YA, berbaloi dengan nilai yang dibayar dan kemudahan yang pelanggan akan dapat. Ya, untuk trip aku ke JB nanti, pasti aku akan menginap di sini lagi.
Assalamualaikum.. Saya plan nak stay hotel ni jugak.. Kawasan parking ok tak?
Bestnya! Staycation mmg salah satu activiti paling seronok kan. Hotel ni pun nampak cantik and bersih je.
Kak pun dah lama tak ke Johor, klu Pg sana pasti sesat, time masa muda2 selalu blk Johor dgn mak, dah kawin zpg dahhj…rate hotel dia Kira oklah Tu Dan tempat ya pun npk selesa
Jauh ke johor bharu tuan, mungkin atas urusan kerja kan. Boleh menyelam sambil minum air. Bawa keluarga sekali kan
Kerap juga tuan pergi melawat johor untuk bersiar siar dengan keluarga kan. Hotel pun dah banyak cuba. Alhamdulillah rezeki
Bawa anak anak pergi melancong masa cuti sekolah ya tuan. Best tu. Terbaiklah. Hotel pun macam baru lagi
Lama tak turun JB lah. Kalau pergi sana boleh lah stay kat hotel GBW. Suka tengok suasana dan dekorasi bilik hotel ni. Pool mesti tempat favorite kanak-kanak punya.
tak pernah stay di hotel ni, tapi lepas baca review, berbaloi juga dengan harga dan kemudahan bilik yang lengkap dan selesa.
Apa dong artinya BERBALOI tu? Abby gk ngerti hehee. Tp lihat picture di gambar nih terlihat hotelnya bagus ya. Lihat anaknya mandi di kolam juga seru banget
Every year I got bk to JB, this hotel looks comfy and spacious, plus there a pool for my kids to enjoy, will try this place next time.
Oh berbaloi ya. Tak pernah lagi menginap kat sini kalau ke JB. Bolehlah cuba bila datang ke Johor
Pemilihan hotel yang bagus untuk short vacation. ika rasa tertarik tengok kolam renang. Boleh datang sini bercuti sambil menginap sini.
Confirm sejuk sangat swimming pool tu. Pernah jugak menginap dekat Melaka. Swimming pool kat tingkat atas. Memang indah nampak pemandangan sekitar semua tu tp sejuk dia tak leh bawak bincang. Hahaha
Kalau tempat ni best, mesti dapat review yang bagus kan. Dan waktu cuti sekolah mesti penuh sebab jadi pilihan ramai
Duduk hotel memang best, tapi pada Ibu sebelum duduk hotel baca dulu review pengunjung lepas. Kalau bagus baru duduk
tengok gambar pun seronok
letak bookmark hotel ni, ade rezki leh cube, tq bagi review
menarik. Harga pun agak affordable sebab sekali dengan sarapan. Boleh try nginap sini bila2 melawat johor nanti.
Murah dan menarik. Swimming pool pun clear je. Syiok betul!
Not bad! Can try this place next time to Johor. Nowadays book direct to hotel website is cheaper because OTA get some comission from them.
Berdasarkan review ini nampaknya memang sesuai bawa anak kecil menginap. Terutamanya kemudahan kids pool tu. Bagus diasingkan, selamat dan senang pantau.
Hospitality looks very good and conducive! Price pun worth the money along with the facility given kan.
tempatnya menarik bilik pun besar..lagi2 tengok kolamnya woww best akan di masukan dalam buku simpanan hihii tq your sharing
Macam best plak kan. Rawlins pun tak kisah dalam pemilihan hotel asalkan luas, bersih dan tidak berbau hapak.
Paling suka nak menginap kat hotel bilik besar macam ni. Dahla harga murah je, anak pun happy.