July 2, 2020

Promosi Back To School Sunfeet – Masa Terbaik Untuk Membeli Kasut Sekolah Anak.

Tahun 2020, anak sulung aku, Dayyan akan melangkah ke alam persekolahan. Semestinya, bulan Disember merupakan bulan yang sibuk bagi aku dan isteri untuk membuat persiapan barangan keperluan sekolah Dayyan. Setakat ini, 80% persiapan dah kami lakukan. Cepat kan? Maklumlah aku dah isteri teruja untuk melihat Dayyan melangkah ke sekolah nanti.

Baju sekolah, seluar sekolah dan peralatan alat tulis lain tidak menjadi masalah untuk kami mencari dan membeli. Asalkan padan dengan saiz dan berkualiti tinggi, beli sahaja.

Cuma, yang menjadi kerisauan pada kami ialah sekiranya tersilap membeli kasut sekolah! Dayyan akan menhadapi risiko dalam jangka masa panjang! Erk?

Mesti ada ibu bapa yang tertanya-tanya, kenapa perlu risau atau pening-pening membeli kasut sekolah? Asalkan muat, cantik, murah, beli saja.

Tak betul tu! Pemilihan kasut sekolah yang terbaik bukan sahaja pada kualiti, design yang cantik atau muat tak muat, juga perlu pastikan kasut sekolah tersebut tidak memberi kemudaratan kepada anak-anak pada masa hadapan.

Pemilihan Kasut Yang Sesuai Untuk Anak

Menurut Datuk Dr Edmund Lee, Pakar Klinikal dan Ketua Eksekutif Sunfeet International Rehabilitation Center , ibu bapa perlu menitikberat ciri-ciri yang sesuai untuk kaki anak-anak sebelum membeli kasut sekolah. Sebelum itu, ibu bapa juga perlu peka dengan bentuk fizikal kaki anak.

Antara tips daripada beliau semasa memilih kasut yang terbaik untuk anak-anak adalah pastikan terdapat ruang kosong / gap lebih kurang 2 jari di bahagian hadapan kasut. Ini bagi memastikan anak-anak berasa lebih selesa. Untuk makluman, kaki juga boleh membesar atau mengecil ikut masa dan suhu semasa.

Selain itu, ibu bapa perlu pastikan kasut yang dipakai anak cukup lebar supaya tiada tekanan di kanan dan kiri kaki, ketebalan kasut sesuai dengan kaki dan berat badan pemakai, tiada geselan antara kasut dan pergelangan kaki apabila bergerak.

6 Poin Penting Memilih Kasut Yang Sesuai

Berbeza dengan tempat lain, Sunfeet International Rehabilation Centre turut menyediakan peralatan untuk mengimbas dan menganalisa keadaan kaki. Untuk makluman, di sini juga menyediakan servis ‘customized insole‘ iaitu pelapik tapak kaki (insole) kasut mengikut jenis tapak kaki kita. 2 in 1 la kan. Selepas membuat analisa kaki dah boleh terus procees dengan customize insole supaya kasut yang dipakai nanti lebih selesa dan selamat.

Pengalaman Imbas Kaki

Ini adalah pengalaman pertama aku mengimbas kaki Dayyan semasa mengunjungi Sunfeet pada minggu lepas. Lagi best, sebaik mendapat keputusan imbasan kaki, aku berpeluang mendapat khidmat konsultansi daripada Dr Edmund sendiri tentang keadaan kaki Dayyan, kasut yang sesuai dan risiko yang Dayyan hadapi sekiranya tidak memakai kasut yang sesuai.

Risiko Salah Memilih Kasut?

Sekiranya anak-anak yang bersekolah tersalah memakai kasut yang bersesuaian, mereka berisiko untuk mengalami sakit kaki, atau lebih teruk terpaksa menanggung sakit di bahagian pinggang!

Promosi Back To Back Sunfeet.

Aku pasti, selepas korang membaca info kepentingan memilih kasut yang sesuai untuk anak-anak, mesti korang akan mencari kedai kasut yang menawarkan kasut sekolah berkualiti tinggi, design cantik, harga berbaloi dan yang paling penting, ianya betul-betul sesuai dan selamat untuk kegunaan anak-anak di sekolah nanti.

Aku sangat rekemen korang untuk mengunjungi Sunfeet International Rehabilitation Centre. Sekarang pun sedang berlangsung promosi Back To School dengan tawaran harga menarik. Semasa di sana, pastikan korang melakukan pengimbasan kaki dan mendapat nasihat daripada mereka yang pakai di sana!

Sunfeet International Rehabilitation Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 013-912 2939

Waktu operasi: Buka setiap hari. Masa: 10AM- 7PM

Website: www.sunfeet.com.my
Facebook: www.facebook.com/sunfeetinternational

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Promosi Back To School Sunfeet – Masa Terbaik Untuk Membeli Kasut Sekolah Anak.

  1. Nampak cam best la kasut ni .. Betul tu pemilihan kasut sekolah yang baik utk anak2 kita bukan terletak kat kualiti, design jer kan , tapi kena tahu gak mudarat ke tak mudarat kaki anak kemudian hari. Takut pulak dengar bab2 kemudaratan ni kan. Ok gak ada Sunfeet kita boleh tahu lebih lanjut ttg pemiliham kasut sesuai .. Menarik ni boleh cuba ak la nanti. Kat Kuantan ada cawangan ke idok ni ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *