December 7, 2024

Tempat Menarik Untuk Dilawati di Kuala Lumpur dan Selangor

Tempat Menarik Untuk Dilawati di Kuala Lumpur dan Selangor

Cuti sekolah hujung tahun tiba lagi. Bukan hanya anak-anak sahaja yang suka dengan cuti hujung tahun, ibu bapa juga turut mengambil peluang untuk turut sama bercuti. Tambahan pula, bulan 12 banyak cuti awam. Bagi yang menetap di sekitar Lembah Klang tetapi tidak dapat bercuti panjang, jangan sedih. Banyak tempat menarik untuk dilawati di Kuala Lumpur dan Selangor ni. Boleh bawak anak-anak ke sini untuk pendedahan mereka kepada ilmu-ilmu baru.

#1 Kidzania

Terletak di Damansara. Berkonsepkan edutainment theme park. Sesuai untuk anak-anak berusia 4 tahun ~ 17 tahun.

Anak-anak akan didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar, dengan sut bekerja yang sebenar dan melakukan aktiviti seperti mana pekerja sebenarnya. Pengalaman Dayyan ke Kidzania dari pagi sampai ke petang memang puas hati dan menjadi kenangan manis untuk dia.

Harga tiket untuk anak-anak berusia 4-17 tahun – RM76.50 (Online Purchase) & Dewasa – RM36.90 (Online Purchase)

Website Kidzania: https://www.kidzania.com.my

Alamat Kidzania: Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya.

Waktu Operasi: 10 pagi ~ 7 petang

kidzania kuala lumpur

#2 Aquaria KLCC

Aquaria KLCC berkonsepkan taman dalam air yang terletak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sebelah KLCC. Akuarium terbesar di Kuala Lumpur yang menempatkan hidupan laut yang unik. Aquaria KLCC menjadi tempat tumpuan untuk dikunjungi semasa cuti sekolah, sentiasa penuh dengan pengunjung. Anak-anak pasti tertarik dengan hidupan marin. Tak kisahlah anak masih kecil atau pun dah remaja, pasti akan tertarik dengan hidupan laut yang dipamerkan di sini.

Last aku bawa Dayyan ke Aquaria KLCC, 3 tahun yang lepas. Sampai ke hari ini, kalau tengok gambar-gambar di Aquaria KLCC, pasti dia minta ke sana lagi.

Tiket Aquaria KLCC:

Admission Ticket Admission Rate MyKad Admission Rate
Adult RM69 RM49
Child* RM59 RM39
Senior Citizen** RM49 RM39

*Entrance is free for children below 3 years old

*Child: 3 – 12 years old

**Senior Citizen: 60 years old and above

Website: http://aquariaklcc.com

Alamat Aquaria KLCC : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10 pagi ~ 8 malam

Aquaria KLCC

#3 Farm In the City

Farm In The City terletak di Seri Kembangan. Farm In The City berkonsepkan ‘zoo’ tetapi haiwan di sini jinak-jinak dan boleh dibelai-belai. Tidak seperti di zoo biasa yang kebanyakan haiwan diletakkan di dalam kurungan, hanya boleh ambil gambar dari jauh.

Bunyi macam seronok je kan. Aku tak de peluang lagi untuk bawa anak-anak ke sana. Tetapi ada gak baca review. Majoriti cakap Farm In The City ni sangat menarik dan patut letak dalam list tempat menarik untuk dilawati ketika cuti sekolah.

Harga Tiket:

Normal Rate:
RM48.00 per adult
RM38.00 per child

MYKad Discount Rate:
RM32.00 per adult
RM27.00 per child

Notes:-
*Child denotes below 11 years old
**Child below 90cm in height is FOC.
***Senior Citizen above 60 years old will enjoy child rate.

Family Package is at RM116 for 2 adults and 2 children below 11 years old. Package Includes:
– 2 souvenir gift
– 1 box of animal feed
– 2 Complimentary Child Ticket to KL Tower Mini Zoo
– 2 certificate for children.

Antara review menarik yang aku baca ialah review daripada MamaLutfi. Terus rasa nak pergi hari ini juga!

Facebook: Farm In The City

Alamat Farm In The City: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300  Seri Kembangan.

Waktu Operasi: 10 pagi ~ 6 petang

Farm In The City Seri Kembangan

#4 Sunway Lagoon

Sunway Lagoon ialah sebuah taman hiburan di Petaling Jaya yang dibuka pada 29 April 1993. Sunway Lagoon terletak di Bandar Sunway, berjiran dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid di utara, tempat penginapan Indah Villa di barat laut dan Sunway Hotel di timur laut. Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak- Wikipedia.

Tak ingat dah bila kali terakhir aku ke Sunway Lagoon. Rasanya 10 tahun lepas!

Memang ada niat nak bawa Dayyan & Danish ke Sunway Lagoon, tapi belum tiba masanya. Tunggu diorang besar sedikit masa lagi barulah syok!

Untuk korang yang nak bersanti-santi mandi, main permainan air dengan anak-anak, bolehlah masukkan Sunway Lagoon ni dalam list tempat untuk dilawati masa cuti sekolah ni.

Tiket Sunway Lagoon:

Admission Ticket Rates (MYR)
Adult (13 years old and above) RM170
Child (12 years old and below) RM140
Senior Citizen (60 years old and above) RM140

Juga boleh check di Pricing & Rentals untuk lebih lanjut.

Website Sunway Lagoon: https://sunwaylagoon.com

Alamat Sunway Lagoon: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 10 pagi ~ 6 petang.

sunway lagoon

#5 Zoo Negara Malaysia

Zoo Negara Malaysia (disingkatkan sebagai Zoo Negara) ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysiayang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. –Wikipedia.

Harga Tiket Zoo Negara

Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM) Warga Emas (RM)
Warganegara 44 16 21
Pelancong Asean 63 33 63
Pelancong Asing 85 43 85
Rombongan Sekolah 15 10 15

Website Zoo Negara: http://www.zoonegaramalaysia.com

Alamat Zoo Negara: Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 9.00 pagi ~ 4.30 petang

animal show

#6 I-City Shah Alam

Satu lagi tempat yang boleh dikunjungi untuk aktiviti cuti sekolah ini. I-City terletak di Shah Alam. Di sini, pokok-pokok tiruan diletakkan lampu-lampu pelbagai warna. Jadi, kalau korang pergi siang, memang takde maknahehe..pergi ke I-City pada waktu malam, baru nampak gahnya.

Kat sini, bukan sekadar ada pokok-pokok yang dihiasi lampu pelbagai warna, ada juga Snowwalk, Waterworld, Trick Art Museum, House of Horror, Ferris Wheel dan 2,3 aktiviti lagi.

Boleh ke website I-City untuk lihat detail dan harga tiket yang bagi aku, sekali-sekala pergi bolehlah..haha..

Kalau sekadar nak ke i-City untuk lepak dan lihat pokok-pokok berlampu ini sahaja, tiada cas dikenakan. Cuma kena bayar parkir kereta sahaja.

#7 Planetarium Negara

Planetarium Negara merupakan planetarium negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Ia merupakan bangunan berkubah biru yang terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Fasiliti yang boleh didapati di Planetarium Negara adalah :

– Taman Replika Balai Cerap Purba
– Kawasan Rekreasi bertemakan angkasa
– Galeri Pameran
– Galeri Pemandangan (dilengkapi Binokular)
– Teatret
– Teater Angkasa
– Balai Cerap Planetarium Negara

Tikat Planetarium Negara:

bayaran planetarium negara

Website Planetarium Negara: http://www.planetariumnegara.gov.my

Alamat Planetarium Negara: Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9.00 pagi ~ 4.30 petang

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

#8 Lost In Chinatown Kuala Lumpur

Lost In Chinatown KL merupakan satu lagi tarikan terbaru di Petaling Street. Antara aktiviti yang disediakan di sini ialah Cultural Maze. Selain itu, infu-info tentang “China Town” yang belum kita tahu pun boleh didapati di sini. Nak bergambar atau selfie dengan figura-figura selebriti terkena seperti Jacking Chan pun boleh di sini.

Tiket Lost In Chinatown:

Dewasa – RM15, Kanak-kanak – RM8

Website Lost In Chinatown: https://www.lostinchinatownkl.com

Alamat Lost In Chinatown: 22, Jalan Petaling, 50000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 10.00 pagi ~ 10.00 malam.

Lost in Chinatown

Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

37 thoughts on “Tempat Menarik Untuk Dilawati di Kuala Lumpur dan Selangor

  1. wah..menarik..memang nak bwk nak gi zoo and farmcity tp sekrg ni cuti sekolah..ramai sgt org…kena tunggu ari biasa baru blh pegi ni huhuhu

  2. cuti sekolah la nie… baru sempat bawa anak ke Genting je..

    Sunway Lagoon ada juga dalam plan.. Tapi tengah nk dapatkan date yang sesuai…

  3. Percaya atau tidak dalam banyak-banyak list yang Jamar bagi ni saya pernah pergi satu jer iaitu Sunway Lagoon yang lain tu nak pergi tapi tak pergi2 lagi wakakakaka kelakar kan..

  4. Wah tak paernah lagi bawak anak pergi masuk tempat-temapt ni. Nak tunggu dia besar dan faham sikit baru nak bawak. Sekarang kecik sangat lagi, nak main pun tak best sebab tak banyak mainan boleh main lagi

  5. Sekarang tempat fav ruby adalah di Farm in the city. Memang seronok dapat pegang haiwan dan bagi mereka makan. Dari kura-kura besar, burung-burung, racoon dan rusa. Jinak betul. Hehe

  6. kidzania dgn planetarium je tak masuk lg. yg lain alhamdulillah dah pernah sampai. skrg dah ada lost in china town dan river of life di masjid jamek. cantik sgt pada waktu malam.

  7. Sis dah lama tak round KL, lgpun anak-anak dah besar,itupun sis dapat jln2 KL ikut trip gaya travel barulah merasa pegi tempat-tempat di KL, sebenarnya banyak lg tempat menarik kita blh pegi cuma xda masa..

  8. Setakat ni baru no. 1, 2 dan 6 sahaja tempat yg dah pernah pergi bawa anak2… yang lain belum pernah pergi lagi..

  9. Menarik betul tempat-tempat ni. Qiss teruja nak bawa anak sedara ke sini. Planetarium Negara bagus untuk bagi pendedahan mengenai sains dekat dorang.

  10. Banyak juga tempat menarik ni. Boleh bawak anak-anak sedara berjalan sambil belajar. Teruja nak pergi Aquaria KLCC dan Farm In The City tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *