July 5, 2020

Dari Kota Damansara ke Heritage Hotel, Ipoh..

12Januari2013||Ipoh..

#KotaDamansara ke Heritage Hotel Ipoh.

 

Cerita pada awal hujung minggu lepas..panggilan telefon daripada umi aku sebelum aku sempat buka mata, agak mengejutkan. Yelah, pagi-pagi dah call kan. Tak pernah-pernah, ingatkan ada emegency apa la plak kan. Rupa-rupanya umi mintak tolong belikan laptop untuk adik bongsu aku yang sedang menuntut di Kolej Kesihatan Bersekutu di Ulu Kinta, Ipoh dan hantar ke sana, C.O.D kot..aiyoo..dipendekkan cerita, since ada sebijik lagi laptop Puan Nunu yang jarang digunapakai, better bagi yang tu untuk kegunaan sementara dia..dan belum sempat lagi nak amik towel mandi pagi, aku lontarkan ayat ” Yang, jom kita gi jejalan Ipoh, tido sana je la malam nih, bley terus jumpa adik pagi esok…”

Puan Nunu: *senyumsambilterusmandi..

Well said, since berbadan dua memang senang nak jaga makan minum bini aku ni..takde ngidam pepelik, just nak mintak berjalan & travel je slalu..*peliktapiunik.

Bila tiba time nak travel since jadi suami isteri ni, secara automatik, Puan Nunu akan menjadi manager+planner untuk sesatu agenda. Segala lodging, schedule aku serahkan kat dia untuk propose..dan of kos, aku lah yang jadi peng’approve’..hahaha..mestilah, kalau tak, overlimit credit card ku..kahkahkahkah…

Dalam masa sejam, semua setel..lodging, route & jadual perjalanan Puan Nunu yang setelkan. ThumbsUp!

Here wo go..

Selepas perjalanan lebih kurang dua jam lebih..taraaa…check in luh…di Heritage Hotel Ipoh. Senang ajo nak cari, sebab dekat je ngan KPJ Specialist Hospital Ipoh. Banyak je signboard nak ke sini. Rate pon not bad RM150++ untuk superior room yang sebesar deluxe room ok, dengan facilities yang boleh dipuji.

 

Lepas setel urusan check in, leh dapat Welcome Drink free..dan juga sarapan pagi secara buffet pada keesokan paginya..

Welcome Drink-Air Jambu..nasib baik bukan kaler merah jambu..hehehe

Pemandangan dari Room 403. Guess what?? Ladang kuda okkey..mula-mula aku ingatkan penjara ke apa. Zoom in, sekali tengok ada kuda ngah berjogging..

Since kami sampai lebih kurang jam 4 petang, dan malas dah nak kuar sebab masih panas, terus lepak-lepak kat dalam bilik sementara nak tunggu waktu makan malam.  Oh ye, wifi sini FREE tapi kena mintak password le dari reception. Alang-alang sampai Ipoh, mula la menggoogle menu yang patut dicuba di Ipoh nih..ada yang suggest nasi ganja vanggey, mee rebus ramli, nasi ayam hainan etc…banyak lak kan, padahal untuk dinner je nih..cuba teka apa pilihan menu malam nih??

**next entri le plak…

Potret bertiga tapi hanya nampak dua..kihkih..eh eh tengok kusyen sofa tu, sama berat okkey! kahkahkah..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Dari Kota Damansara ke Heritage Hotel, Ipoh..

  1. Pingback: Set Roti Bakar Sedap @ Kopitiam Junction |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *