December 14, 2024

TeddyPrank Ada Cara Buat Suprise Untuk Yang Tersayang.

Bukan semua lelaki romantik.

Tak bermakna diorang taknak jadi seorang yang romantis. Cuma tak tahu cara dan bagaimana. Segan. Malu, semua rasa ada.

Contoh paling dekat, aku.

Seorang lelaki yang macho dan nampak garang. Tapi dalam hati ada taman. Nak tengok aku pimpin tangan isteri di luar, memang susah. Masa nak melamar buat bini dulu pun, takde la cakap manis-manis, melutut hulur cincin bagai. Aku terus gi jumpa parents dia, cakap nanti rombongan meminang nak datang. Tak ikut adat? Ada setengah boleh ikut, ada setengah boleh skip..haha..

Apa aku melalut ni?

Nak cakap aku tak reti nak suwit suwit suprise ni. Mujur bini aku dah faham. Jadi, dia anggap je laki dia tak romantik.

Tapi…

Sekali kena, pasti cairrr…hahaha

Terima Kasih kepada team TeddyPrank yang assist aku meng’surprise‘kan isteri sempena anniversary kami yang ke-4.

surprise-anniversary

3 sebab aku pilih servis surprise planner TeddyPrank;

1- Ambil order last minutes pon OK.

9 Mac adalah hari ulangtahun perkahwinan kami. Dan 9 Mac tahun ni, aku ada meeting penting yang memustahilkan aku untuk ambil cuti. Mati akal tak tahu nak buat something untuk hari tu, aku teringatkan servis surprise planner dari Teddyprank. Walaupun aku order malam sebelum hari kejadian, diorang masih terima dan sanggup diskas untuk sebuah kejutan ni.

2-Harga Berpatutan

Teddyprank ada pakej diorang dan customer pun boleh customize sendiri pakej macam mana yang dikehendaki. Bajet juga boleh diskas. Pendek kata, servis diorang ni sangat fleksibelllll.

3-Servis cekap dan tepat pada masanya.

Untuk memastikan servis diorang ni cekap, customer pon kena bagi detail yang tepat. Macam aku, aku akan konfemkan dulu yang isteri aku ada di ofis pada jam 11.30 pagi. Tak konfem kan, staf Teddyprank datang buat kejutan, diorang lak yang terkejut sebab ‘target person’ takde di tempat yang sepatutnya. Ternyata servis diorang cekap dan tepat pada masanya. Terkejut bini aku dengan kejutan yang dirancang oleh aku & TeddyPrank!

Serius. Tim Teddyprank terer giler merancang untuk sebuah kejutan. Memang aku rekemen untuk mereka yang tak reti nak plan surprise, boleh gunakanĀ servis suprise planner terbaik di Kuala Lumpur/Selangor ni!

TeddyPrank- Your Secret Surprise Planner.

Terbaikkkkkkk!!!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “TeddyPrank Ada Cara Buat Suprise Untuk Yang Tersayang.

  1. Agaknya boleh tak dikembangkan sampai ke Kedah huhu.. mau hantar dekat crush.. mau tak tido malam fikir sapa yang hantar hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *