9 Mei Pilihan Raya Umum Ke-14
10 April, Suruhanjaya Pilihan Raya sudah pun mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 yang jatuh pada hari Rabu, 9 Mei 2018. Tarikh penamaan calon pula pada 28 April 2018. Pengundian awal pula adalah pada 5 Mei 2018 manakala tempoh berkempen pula ditetapkan selama 11 hari.
Ini bermakna demam Pilihan Raya Malaysia sudah bermula!
Kenapa Rakyat Perlu #PulangMengundi ?
Sebaik sahaja Pilihan Raya kali Ke-14 diumumkan, kecoh seketika Media Sosial dengan status-status yang mempertikaikan sebab musabab hari Rabu dipilih sebagai hari mengundi. Majoriti tidak berpuas hati dengan tarikh yang ditetapkan.
Ada juga seakan sudah berputus asa untuk keluar mengundi disebabkan 9 Mei 2018 jatuh pada hari Rabu, iaitu hari bekerja. Di sebalik dugaan ini, ada yang terus memberi kata-kata semangat untuk rakan-rakan lain keluar mengundi, ada yang sanggup keluarkan duit poket sendiri untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk #PulangMengundi. Ada yang jadikan alternatif #CarpoolGE14 sebagai usaha untuk memilih pemimpin yang lebih baik untuk tempoh 5 tahun akan datang.
Ada 2 Sebab Utama Kenapa Rakyat Perlu Keluar Mengundi?
#1 – Tanggungjawab sebagai Rakyat Memilih Pemimpin.
#2- Hak Rakyat untuk Memilih Pemimpin.
Jadi, siapa yang aku dan kau orang akan pilih? Undi kita adalah rahsia. Janji, kehidupan rakyat akan lebih baik untuk 5 tahun akan datang..berdoalah!
Alhamdulillah saya dah lama mendaftar. Menggigil nak pangkah kotak mengundi kerana tak tahan sabar
Kalau Mrs. A term pulang mengundi tu tak sesuai sebab Mrs. A sekarang tinggal di Seremban so kena pergi mengundi ke K.L AU3 untuk kerusi “Parlimen Setiawangsa”.
Those were the days kerja kat K.L so daftar tu kat K.L. Rasa macam dah tukar tempat mengundi tapi bila check masih tempat yang sama.
Jangan salah pangkah ha nanti dapat taik! bak kata DUKE. Hahahaa…
Rugi betul tak balik mengundi sebab undi kita tak di kira
Selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia. Semoga hikmah tetap ada
Kerana berbeza parti pun boleh memutuskan silaturahim. Kena bezakan mana lebih utama.
Susah susah pun keluarga juga yang tolong
Selamat mengundi !
Yang mengundi jauh tu…kalau susah sebab cuti hanya sehari, mintalah cuti 2-3 hari. 5 tahun sekali gunakan cuti tahun untuk balik mengundi.
Saya mengundi sebelah rumah je. Lainlah kalau SPR gila, tiba-tiba gila tukar tempat peti mengundi jauh.
Bestlah tuan mngundi sebelah rumah jer..saya punya kena naik kereta gak ni hehe
ya.
mengundilah kalau mampu.
tak mampu, undi pos.
itu aje.
bukan susah mana pun.
undi pos tu sesapa je boleh ke tuan? Macam seronok gak tu
Relaks jangan kerana beza pendapat kita bertelagah. Hari mengundi dapat cuti boleh rehat.
Sambil mengundi, sambil berehat kan hehe
apalah sangat korban kan beberapa cuti demi masa depan yang lebih baik..yeahhh!!!
Salam jumaat penghulu segala hari dari Ibu kepada Tuan.
Semoga apa saja yang berlaku adalah baik untuk kita semua yang beriman kepada Allah swt.
Amin
Satu undi adalah penting untuk menentukan nasib rakyat 5 tahun seterusnya. Moga kita dpt menjalankan tugas dgn baik
undi adalah rahsia sperti kita merahsiakan Payslip..
cuma ramai yang nak menghebohkan kerana nak mempengaruhi orang lain untuk berbuat demikian