December 3, 2020

Suami layan isteri..

Aku tertarik dengan pesanan dari HotFM pasal kaum lelaki pun patut membantu kaum wanita dalam urusan rumahtangga. Ala, yang Tomok sedang menyalin pampers/lampin baby dia, then ditegur dengan si FBI pasal lelaki tak sepatutnya melakukan tugasan sebegitu..

Nice message…

Sangat-sangat bersetuju dengan mesej yang cuba disampaikan itu. Mungkin bagi mereka yang belum mendirikan rumahtangga, tidak akan sedar/buat-buat tak sedar, betapa penatnya seorang ibu/isteri untuk memikul tanggungjawab di dalam sesebuah keluarga. Kalau nak tahu macam mana beratnya tugas tu, acu cuba lakukan tugas seorang isteri/ibu dari bangun tidur sampailah ke waktu tidur di malam harinya..:-)

.. nak-nak kalau isteri itu adalah seorang yang berkarier. Contoh terdekat, isteri aku sendiri. Bangun pagi, solat subuh, iron baju, buat brekpes tuk laki(aku le tu), drive kete gi keje, buat kerja, reply sms suami, drive kete balik umah, masak makan malam, lipat baju bla bla bla..ZZzzz..semua ini dilakukan sambil membawa perut yang makin membulat(5 bulan dah) dan memberat..

Jadi, bila aku tersedar betapa mulianya seorang isteri ni..mulalah timbul kesedaran untuk aku berusaha..maka, bertungkus lumuslah aku kat dapur dan…..siaplah yang dibawah ini untuk waktu makan malam semalam..hehehe..

Ikan kembung goreng kasih sayang bersambal.

Daging korban cintaku untukmu.

Tempu goreng rindu dendam.

Terubuk semasin&semanis cintaku.

Amacam?? Tengok jam tu..lagi 4 jam nak lunch kot..kihkihkih…

**bini gua makan bertambah 3 kali okey…*kagumgiler

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

18 thoughts on “Suami layan isteri..

  1. bab tolong menolong ni memang kunci kasih syg bro.. paling isteri suka kalau kita buat kerja2 dia tanpa dia suruh.. semoga hang sekeluarga terus berbahagia ye.. 🙂

  2. Keje seorang isteri mmg x kan habis. Ade je yang tak kena kat mata nih ha. Haihhhh penat. Hahaha mengeluh kat sini plak. :p

  3. nasib le laki saya rajin juga nak menolong buat keje umah. walau tak lepas QC saya tapi takleh banyak bunyik. nanti langsung dia mogok taknak buat ape langsung pulak. =P

    tapi geram le juga kdg2 ikan goreng itam, sayur terlebih masak sampai lunyai. tawar meleleh pulak tu. nasik tak pernah lulus lagi. sama ada terlembik/keras lagik. sapu mana depan mata je. celah2 almari bwh kusi tak usik. sabo je la haku. again. takleh komplen.

  4. heheh..aku igtkn ko kasi entri kt aku nye komen nih..ehehe.. bru ko tahu cam suami sygkan ko kan.. tp bila laki wt keje umah ni, nmpk lg macho kan..kihkih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *