3 Menu Wajib Pesan di Hai Peng Kopitiam, Kemaman
Setiap kali kawan-kawan yang berkunjung ke Terengganu bertanyakan kedai makan sedap di sana, pasti aku akan mencadangkan Kopitiam Hai Peng. Kopitiam ini terletak di bandar Chukai, Kemaman, kira-kira satu jam setengah pemanduan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan persekutuan K.T-Dungun-Kemaman.
Hai Peng Kopitiam terkenal dengan kopi premium menggunakan biji kopi yang dibakar secara istimewa dan juga kepelbagaian roti bakar. Selain itu, terdapat pelbagai menu istimewa Terengganu yang sometime, aku pun tak tahu apa nama makanan itu. haha..
Bagi aku, ada 3 menu wajib pesan di Hai Peng Kopitiam ini:
#1 Kopi
Kalau datang Hai Peng ni, tapi sekadar minum air suam sebab nak jaga badan, rugilah weh! hehehe..apa salanya sekali-sekala pekena kopi panas istimewa ni kan. Rasa kopi dia memang special. Macam aku, biasanya akan pesan kopi susu dan untuk isteri aku, cham panas. Ada banyak lagi pilihan kopi di sini. Eh teh tarik, milo dan air suam pun ada, tapi ini kan ‘kopitiam’, bukannya ‘milotiam’..:-p
#2 Roti Bakar
Bagi mereka yang nak makan berat-berat di pagi hari, bolehlah pesan menu roti bakar Hai Peng Kopitiam. Kunjungan kali ini, aku pesan menu Bun Bakar. Roti bun yang dibakar di atas api dan disapu dengan kaya+mentega. Dicicah pula dalam kopi panas. Ada manis, ada pahit, ada lemak-lemak sikit. PErghh…
#3 Nasi Dagang
Ini wajib cuba. Bagi first timer datang Terengganu, pesanlah nasi dagang ini. RM2.80 sebungkus. Kuantiti tak banyak mana pun, memang portion untuk sarapan pagi. Kalau sedap dan nak tambah lagi, bolehlah ambil sebungkun lagi. Dibungkus dengan daun pisang. Sedap aroma bau nasi dagang ini. Kuah nasi dagang ini boleh sesuka hati diambil sebanyak mana. Nak buat nasi dagang banjir pun boleh, asalkan tidak membazir ye. Aku memang suka makan bersama cili padi tu, baru lebih syok!
Makan tiga menu sedap ni pun dah kenyang untuk sarapan pagi. Ikut hati, banyak lagi menu sedap di Hai Peng ni yang aku nak telan tetapi memandangkan ada lagi 4 jam perjalanan sebelum sampai di Besut, terpaksalah hadkan. Kang tak pasal-pasal mengantuk masa memandu.
Oh ye, aku memang selalu singgah di Hai Peng Kopitiam setiap kali balik kampung menggunakan LPT2. Aku ambil Exit Chukai menuju ke bandar Chukai. Terus ke parking besar bersebelahan Maybank Chukai. Hai Peng Kopitiam ni terletak betul-betul di seberang jalan dari parking.
Kalau tak tahu nak singgah makan di mana, bolehlah ke sini. Jangan lupa pesan cadangan 3 Menu Wajib Pesan di Hai Peng Kopitiam ini ye:-)
Burppp alhamdulillah.
Hai Peng Kopitiam memang legend kat Terengganu! Roti bakar dia, nasi dagang, semua sedap gila. Tambah dengan kopi panas, perfect sarapan pagi. Kalau ada peluang singgah Chukai, mesti nak repeat lagi makan kat sini! 🤤☕🍞
Assalamualaikum, maaf tumpang tanya, Kedai Kopitiam Hai Peng ni ada tak Sijil Halal Jakim?
Kopitiam Hai Peng memang kegemaran saya!! And ya the coffee and roti bakar best!
Kadnag-kadang datang kopitiam macam ni order kopi/ teh dengan roti saja pun dah sedap kan. Fav saya tu.
Takde pulak tujuan nak ke sebelah timur ni. InsyaAllah ada masa dan kelapangan boleh singgah, mana tahu lepas ni rajin nak ke Tranung
Sedap bwtul klau dpt bfast nasi dagang…
Mmg kalau ke ganu mesti bfast nasi dagang..
Org ganu ngn org kedah pnya persamaan..pagi2 da cari nasi
Salam perkenalan tuan, dah 9 tahun sejak kali terakhir saya makan di sana
Kopi dia memang sedap
Roti bakar dia pun best
Wah senanglah tuan nak balik kampung ke pantai timur boleh singgah sekali
Anak anak pun mesti suka
Astaga. Time nie la terlihat nasi dagang dan roti bakar tu. Terus perut memohon diisi. Dasar perut tanpa penghujung la perut #RawlinsGLAM nie. Hahaha.
Fav tu nasi dagang… nampak sedap tu hah… Kalau ke Kemaman bolehlah singgah
nasi dagang terlihat sangat lezat
Hai peng ..mmg popular..klu cuti mmg pnuhhhhh…
Tp xpnh lg sggh wpun hari2 lalu g kerja?
All 3 of them looks so good, I can’t wait to taste it myself!
ehhh finally a place that i have been before too! haha
i think i blog about it too! roti bakar yum yum!
Perghh…nasi dagang mengancam sungguh, sis kalau ke Terengganu tak pekena nasi dagang memang tak sah…rasanya tak sama cam kat KL. Kalau x jumpa mmg pusing sekampung mencari..hehehe
Kawan saya pun selalu post di IG tentang Hai Peng Kopitiam ni. Nasi dagang tu nampak sedap. Saya agak cerewet kalau makan nasi dagang. Kena betul2 kena pada citarasi baru saya akan tambah makan. Roti bakar tu pun nampak kelainannya. Memang popular ya? Bilalah saya akan sampai ke Terengganu.
Setuju sangat tu tuan
kali terakhir ibu pergi singgah sana tahun 2009
Lama sangat dah
ya ampun !! kopi ittew ~~~ hee~ memang syok pekena kopi dan roti bakar pagi pagi.. hilang mengantuk..
Jika kopitiam ni, kopo dan roti bakar agak sinonim. Yang menarik di Hai Peng Kopitiam ni ada Nasi dagang. Tak sangka betul.
Hari tu baru pergi Hai Peng. Roti bun tu kan, kena makan panas panas baru sedap. Bila dah sejuk rasa meh sikit
ha’ah kalau dah sejuk kureng la sikit.. panas-panas memang terbaik.
I really miss the food there. Sudah lama tak pergi sana and hope to be there soon.
Makanan sarapan Pagi memang wajib kalau ke kemaman. Ruby sejak trip sekolah ke Terengganu, Ruby mesti nak sarapan nasi. Kemudian lunch tak heavy. Hehe. So bleh fokus kerja.
Ini sebenarnya cara yang bagus untuk diet sihat
Bila sarapan makan berat, automatik selera seharian akan menurun
Sedapnya.. Dan-dan teringin air kopi susu tu. Nak buat la kejap
Kalau dah kepakaran kedai ini buat kopi dari dulu sampai sekarang, sampai meniti di bibirm memang kaww lah
Sedapnya!! Dan-dan mengidam air kopi susu. Nak buat la kejap
Roti bakar dan kopi tak dapat dipisahkan di Kopitiam. Rare kalau ada nasi dagang sekali…
Pagi-pagi dah tayang makanan. Terliur tau tengok nasi dagang tu. Nampak sedap. Air kopi tu pon sama jugak.
Kopi dan Roti Bakar tu tak dapat dipisahkan di Kopitiam. Uniknya ada nasi dagang pulak. Rare kalau ada kat Kopitiam.
pekena kopi dengan roti bakar pagi- pagi ni memang best