March 29, 2024

3 Menu Wajib Pesan di Hai Peng Kopitiam, Kemaman

3 Menu Wajib Pesan di Hai Peng Kopitiam, Kemaman

Setiap kali kawan-kawan yang berkunjung ke Terengganu bertanyakan kedai makan sedap di sana, pasti aku akan mencadangkan Kopitiam Hai Peng. Kopitiam ini terletak di bandar Chukai, Kemaman, kira-kira satu jam setengah pemanduan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan persekutuan K.T-Dungun-Kemaman.

Hai Peng Kopitiam terkenal dengan kopi premium menggunakan biji kopi yang dibakar secara istimewa dan juga kepelbagaian roti bakar. Selain itu, terdapat pelbagai menu istimewa Terengganu yang sometime, aku pun tak tahu apa nama makanan itu. haha..

Bagi aku, ada 3 menu wajib pesan di Hai Peng Kopitiam ini:

#1 Kopi

Kalau datang Hai Peng ni, tapi sekadar minum air suam sebab nak jaga badan, rugilah weh! hehehe..apa salanya sekali-sekala pekena kopi panas istimewa ni kan. Rasa kopi dia memang special. Macam aku, biasanya akan pesan kopi susu dan untuk isteri aku, cham panas. Ada banyak lagi pilihan kopi di sini. Eh teh tarik, milo dan air suam pun ada, tapi ini kan ‘kopitiam’, bukannya ‘milotiam’..:-p

#2 Roti Bakar

Bagi mereka yang nak makan berat-berat di pagi hari, bolehlah pesan menu roti bakar Hai Peng Kopitiam. Kunjungan kali ini, aku pesan menu Bun Bakar. Roti bun yang dibakar di atas api dan disapu dengan kaya+mentega. Dicicah pula dalam kopi panas. Ada manis, ada pahit, ada lemak-lemak sikit. PErghh…

#3 Nasi Dagang

Ini wajib cuba. Bagi first timer datang Terengganu, pesanlah nasi dagang ini. RM2.80 sebungkus. Kuantiti tak banyak mana pun, memang portion untuk sarapan pagi. Kalau sedap dan nak tambah lagi, bolehlah ambil sebungkun lagi. Dibungkus dengan daun pisang. Sedap aroma bau nasi dagang ini. Kuah nasi dagang ini boleh sesuka hati diambil sebanyak mana. Nak buat nasi dagang banjir pun boleh, asalkan tidak membazir ye. Aku memang suka makan bersama cili padi tu, baru lebih syok!

Makan tiga menu sedap ni pun dah kenyang untuk sarapan pagi. Ikut hati, banyak lagi menu sedap di Hai Peng ni yang aku nak telan tetapi memandangkan ada lagi 4 jam perjalanan sebelum sampai di Besut, terpaksalah hadkan. Kang tak pasal-pasal mengantuk masa memandu.

Oh ye, aku memang selalu singgah di Hai Peng Kopitiam setiap kali balik kampung menggunakan LPT2. Aku ambil Exit Chukai menuju ke bandar Chukai. Terus ke parking besar bersebelahan Maybank Chukai. Hai Peng Kopitiam ni terletak betul-betul di seberang jalan dari parking.

Kalau tak tahu nak singgah makan di mana, bolehlah ke sini. Jangan lupa pesan cadangan 3 Menu Wajib Pesan di Hai Peng Kopitiam ini ye:-)

Burppp alhamdulillah.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

30 thoughts on “3 Menu Wajib Pesan di Hai Peng Kopitiam, Kemaman

  1. Assalamualaikum, maaf tumpang tanya, Kedai Kopitiam Hai Peng ni ada tak Sijil Halal Jakim?

  2. Takde pulak tujuan nak ke sebelah timur ni. InsyaAllah ada masa dan kelapangan boleh singgah, mana tahu lepas ni rajin nak ke Tranung

  3. Sedap bwtul klau dpt bfast nasi dagang…
    Mmg kalau ke ganu mesti bfast nasi dagang..
    Org ganu ngn org kedah pnya persamaan..pagi2 da cari nasi

  4. Perghh…nasi dagang mengancam sungguh, sis kalau ke Terengganu tak pekena nasi dagang memang tak sah…rasanya tak sama cam kat KL. Kalau x jumpa mmg pusing sekampung mencari..hehehe

  5. Kawan saya pun selalu post di IG tentang Hai Peng Kopitiam ni. Nasi dagang tu nampak sedap. Saya agak cerewet kalau makan nasi dagang. Kena betul2 kena pada citarasi baru saya akan tambah makan. Roti bakar tu pun nampak kelainannya. Memang popular ya? Bilalah saya akan sampai ke Terengganu.

  6. Makanan sarapan Pagi memang wajib kalau ke kemaman. Ruby sejak trip sekolah ke Terengganu, Ruby mesti nak sarapan nasi. Kemudian lunch tak heavy. Hehe. So bleh fokus kerja.

Leave a Reply to henrytan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *