July 2, 2020

Hari Kopi Sedunia 29 September

Siapa tahu, 29 September adalah Hari Kopi Sedunia (International Coffee Day)?

Kalau baru tahu, aku ucapakan Selamat Hari Kopi Sedunia!

Walaupun aku peminum kopi tegar, aku pun baru tahu gak tentang ini. Rupa-rupanya di Jepun, sejak 1983 dah  ada sambutan Hari Kopi ni. Sekitar 2005 barulah Amerika memperkenalkan Hari Kopi Sedunia dan disambut bersama dengan negara-negara antabangsa lain.

Kopi Free! Ada sesetengah negara meraikan Hari Kopi Sedunia dengan mengagihkan kopi free sebagai tanda sokongan kepada industri kopi tempatan. Aku ada perasan di timeline Facebook aku, ada brand kopi di Malaysia, mengadakan promosi dengan harga rendah untuk jualan kopi mereka.

Memandangkan sejak dua menjak ni, peminat kopi di Malaysia ni makin bertambah seiring dengan pembukaan banyak kedai kopi hipster (coffee house), lagi meriah kalau cafe-cafe ini turut serta mengadakan promosi best untuk pelanggan mereka.. Lagi best, Free Free Flow Coffee untuk pelanggan setia mereka. Syok!

Aku memang peminum kopi tegar. Bukan hanya kopi-o , tapi kopi-kopi lain gak ie: Cappucino, Latte, Mocha etc. Kalau dulu, nak syok sket, lepak di Starbucks/CoffeeBean je, tapi sekarang lebih banyak variasi coffee Shop yang boleh diterjah dan lagi best, sesekali boleh lepak di warung kopi tempatan. Pun syiok!

Jom tengok koleksi travelog kopi dalam hidup JMR…

Garage 51, Bandar Sunway

Cosans Coffee, Sunway Pyramid

Coffea Coffee @ Sunway Pyramid.

Illy Coffee @ Bergamo Milan, Italy.

Cappucino @ Megan Avenue 11.

Kopi Susu @ Vung Tau, Vietnam.

Cappucino @ San Francisco Paradigm Mall.

Kopi Kaw @ Hai Peng, Kemaman, Terengganu.

Mocha & Baulu @ KUEH, Shah Alam.

Jadi, mana satu kopi pilihan korang. Aku memang jenis tak tetap, bergantung kepada mood, cuaca dan persekitaran. Untuk makluman, ada banyak manfaat minum kopi ni asalkan tidak berlebihan. Selamat minum kopi!

A Cup of Coffee solves Everything, but I LOVE YOU more than Coffee.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Hari Kopi Sedunia 29 September

  1. Dah minum kopi bertahun2…tapi saat ini baru ku tahu ada hari kopi sedunia..hehe Apapun kopi minuman wajib saya untuk setiap pagi dan awal malam…kopi moganna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *