Trend sekarang, nak tahu restoran menarik, Google, menu sedap apa nak makan, Google, restoran harga murah mana satu pun, Google. Senang.
Bukan apa, apabila Google, akan keluar review-review daripada mereka yang dah berkunjung ke restoran tersebut, akan tahu makanan sedap di restoran tersebut, harga makanan berpatutan atau tidak, semua details boleh didapati dengan hanya di hujung jari.
Haa..meh aku nak kenalkan kalau korang masih belum tahu, tentang satu laman web pasal makan makan ni…THERESTRON.COM !
THERESTRON.COM – WEBSITE TEMPAT MAKAN BEST.
Salah satu website yang mengumpulkan tempat-tempat makan best di Malaysia. Aku ada ‘go thru’ TheRestron.Com ini. Sangat tertarik dengan idea yang menyenaraikan lokasi untuk menjamu selera sedap mengikut negeri-negeri di Malaysia. Dan dalam folder negeri, disenaraikan pula lokasi mengikut daerah/area tertentu. Lebih mudah bagi pengunjung yang berkunjung ke sesuatu tempat untuk mencari lokasi menjamu selera yang terbaik.
MAKLUMAT LENGKAP TEMPAT MAKAN.
Dah tahu lokasi tempat makan sedap, mesti nak tahu lebih lanjut lagi kan? Yang bestnya, Therestron.Com ada segalanya. Alamat restoran, no.telefon waktu operasi, harga, kemudahan di restoran (wifi, parking, credit card etc) dll. Jadi, lebih senang pembaca nak buat keputusan nak ke restoran mana satu yang sesuai dengan mereka. Koordinat/maps juga disediakan kot-kot ada yang tersesat kan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN THERESTRON.COM
Jujurnya, laman web/blog bernichekan makanan/food mempunyai potensi yang besar untuk pergi lebih jauh. Bagi aku, ada dua perkara asas yang perlu dijaga atau diambil berat untuk memastikan pengunjung sentiasa ada rasa ‘nak bukak’ blog makan-makan ni ialah;
- GAMBAR MAKANAN KENA CUN.
Setiap gambar ada 1001 cerita. Jangan takut untuk melabur dalam peralatan/kamera yang mampu memberi output ‘dari mata jatuh ke perut’. Sharpness, fokus point, angle tu semua nak kena tahu. Gambar yang menarik di setiap entri juga mampu membuatkan pengunjung ada hati untuk menerjah ke entri-entri lain, walaupun sekadar mencuci mata..hehehe..
2. SELALU UPDATE & AYAT MESTI CUN.
Olahan ayat mesti nak kena cun. Biar pembaca yang baca, dapat berimaginasi betapa sedapnya makanan dalam gambar yang sedang mereka tengok tu. Entri jangan terlalu ringkas, dan jangan terlalu panjang. Sesedap rasa je. Dan semestinya, entri terbaru tentang tempat makan best mestilah sentiasa update. Kalau boleh, hari-hari nak kena ada entri terbaru tentang makanan/restoran menarik.
InsyaAllah, apabila dua perkara asas ni dijaga, Therestron.Com akan terus maju dan menjadi pilihan ramai sebagai laman rujukan bila ‘perut terasa lapar’.
Semoga team TheRestron.Com terus maju dan memberikan yang terbaik kepada ‘food hunters’ di Malaysia. Time by time, senarai akan terus bertambah dan menjadi laman web no.1 sebagai rujukan mencari tempat makan menarik di Malaysia. Kepada mereka yang sedang mencari tempat makan sedap untuk dicuba, apa kata belek-belek senarai tempat makan sedap di TheRestron.Com atau Facebook: Therestron.com.
Jom cekidaut!
wahh makin sentiasa lapar la perut aku lepasni hahahaha
Ha lagi mudah nak jenjalan lepas ni sebab ada website macam ni..
bagus ada website macam ni.. senang orang nak cari tempat makan.. tp sayang takde list utk melaka yet.. points for improvement!
banyak sungguh org nak buat aplikasi melibatkan makanan…hehehe