March 29, 2024

Kopi Hijau Alana. Lebih Kopi Lebih Rasa Dengan Pelbagai Khasiat.

Pengalaman Minum Kopi Hijau Alana

Sudah 2 minggu aku mengamalkan minum Kopi Hijau Alana pada setiap setiap pagi. Kopi dan aku memang tidak dapat dipisahkan pada setiap pagi terutama pada hari bekerja. Ye, aku peminat tegar kopi. Aku lebih sukakan ‘kopi’ berbanding ‘Nescafe’. Dua minuman ini sangat berbeza. Kopi Hijau Alana juga berbeza dengan kopi biasa yang sudah dipanggang.

Ada yang ‘claim’ kopi hijau ini dapat menurunkan berat badan dengan lebih berkesan. Ini aku tak kisah sangat. Pengalaman aku dengan Kopi Hijau Alana ini berbeza dengan kopi biasa yang lain. Selama 2 minggu aku amalkan Kopi Hijau Alana, badan aku terasa lebih segar cergas bertenaga dan lebih mengenyangkan. Rasanya pun lebih rasa kopi dengan lemak berkrim…

Sebelum ini, setiap pagi aku ambil sarapan berat seperti nasi lemak, mi goreng ayam atau roti canai banjir 2 keping, tetapi selepas minum kopi hijau ini, perut aku tidaklah terlalu lapar pada waktu pagi. Cukup sekadar biskut dan kopi hijau ini, tahan sehingga waktu makan tengah hari!

Sebenarnya banyak lagi khasiat yang terkandung di dalam secawan kopi hijau ini. Di bawah ini aku senaraikan khasiat daripada pengambilan produk iniuntuk rujukan bakal pengguna kopi hijau.

ALANA-KOPI-HIJAU
Bancuh 1 sachet dengan air panas & sedia diminum. Senang!

Apa Itu Kopi Hijau Alana?

Eh ada yang tertanya-tanya apa itu ‘kopi hijau’? Apa beza dengan kopi biasa tu? Ringkas jawab, banyak beza antara Kopi Hijau Alana vs kopi panggang.

Kopi Hijau adalah kopi yang tidak dipanggang. Kandungan nutrisinya lebih tinggi. Ia juga terdiri daripada 250 bahan kimia semulajadi yang mana separuh daripadanya berpotensi memberi kesan positif ke atas kesihatan manusia.

Kandungan Kopi Hijau Alana.

3 bahan utama Alana Kopi Hijau seperti berikut;

#1 Kopi Hijau

Kopi hijau meruapakan kandungan utama di dalam 1 sachet (20mg). Juga merupakan bahan utama untuk merangsang metabolismen badan. Mungkinkah disebabkan ini, ada pengguna mampu mengurangkan berat badan dengan kopi hijau ini?

#2 Habbatus Sauda

Antara khasiat Habbatus Sauda;

  • Bersifat antibakteria
  • Mampu mengawal penyakit diabetes atau kencing manis
  • Sangat efektif dalam menurunkan kadar gula dalam darah
  • Membantu dalam menstabilkan kadar gula di dalam tubuh
  • Dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh
  • Membantu melancarkan buang angin, ini kerana kandungan senyawa di dalam habbatus sauda dapat bersifat karminatif.
  • Membantu menghangatkan badan, sehingga dapat mencegah angin masuk.
  • Membantu mengatasi masalah pencernaan.

#3 Chia Seeds

Tidak dapat dinafikan lagi Chia Seeds turut mempunyai pelbagai khasiat seperti;

  • Berpotensi Melawan Diabetes
  • Mengandungi Serat Yang Banyak
  • Mengekalkan Kekuatan Gusi Dan Tulang
  • Kaya Dengan Protein
  • Dapat Menstabilkan Gula Dalam Darah
  • Mudah Berasa Kenyang
  • Penuh Dan Kaya Dengan Omega 3

#4 Susu Kambing

Kaya dengan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin B2, Vitamin C, Vitamin D, laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi, fosfor dan juga protein.

Sedia maklum, susu kambing bersifat alkali yang boleh membantu kelancaran sistem pencernaan. Kalsium yang tinggi di dalam susu kambing memainkan peranan penting untuk pembentukan dan kekuatan tulang. Selain itu, susu kambing juga bagus untuk menjaga kesihatan jantung (melancarkan peredaran darah) dan paru-paru serta mengurangkan risiko serangan strok.

Kopi Hijau Alana
Sarapan Lebih Lengkap dengan Secawan Kopi Hijau Alana panas.

Khasiat Kopi Hijau Alana – Royal Coffee.

  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membakar lemak yang berlebihan dengan cepat
  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Badan menjadi lebih segar, cergas bertenaga
  • Boleh mengenyangkan, mengawal selera makan
  • Tinggi antioksidan untuk awet muda
  • Buang toksin dalam badan
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Sesuai untuk lelaki & wanita

InsyaAllah kalau diamalkan minum Kopi Hijau Alana ni, bukan sahaja korang boleh turunkan berat badan, malahan banyak lagi khasiat yang diperlukan untuk hidup yang lebih sihat. Apa lagi, boleh dapatkan sekotak hari ini.

Harga RM42.90 (Semanjung) dan RM52.90 (Sabah/Sarawak).

Testimoni Pengguna Kopi Hijau Alana.

Salah satu perkara yang aku akana selidik dahulu sebelum menggunakan apa-apa produk terutama produk lokal ialah komen-komen daripada pengguna produk. Daripada sini, aku boleh buat satu konklusi, patut atau tidak aku cuba menggunakan produk mereka.

Jadi, sebelum aku mencuba minum Kopi Hijau yang banyak khasiat ni, aku ada membaca review dan pengalaman pengguna produk Alana ini. Rata-rata berpuas hati dengan rasa, kualiti dan kesan positif pada diri mereka.

Aku letak 2 testimoni sahaja di sini. Nak baca lain-lain testimoni pengguna Kopi Hijau Alana ni, boleh ke Testimoni Pengguna Produk Alana ini.

cara minum kopi alana
Minum Kopi Hijau Alana luhhh sebelum pekena lontong Klang di hari minggu!

Minum Kopi Hijau Alana Sebelum Sarapan Pagi!

Aku amalkan minum kopi hijau sedap ini sebelum sarapan pagi. Kenapa perlu minum sebelum sarapan pagi? Tak perlu aku terangkan panjang lebar. Cukuplah aku cakap, tujuan utama pengambilan kopi hijau adalah untuk mengawal selera makan. Kalau minum secawan kopi hijau ini selepas makan nasi lemak paru sepinggan, memang tak ke manalah tujuan untuk turunkan berat badan… ada logik di sini kan? hehehe..

Eh! Tapi ok je kan kalau nak minum selepas sarapan pagi. Sebab kopi hijau ini juga boleh membakar lemak berlebihan dengan lebih cepat kan? heheh..

Oh ye, satu lagi beza ketara bila aku minum kopi hijau ini dengan kopi atau Nescafe..kopi hijau ini kurang bersifat asid. Biasanya kalau aku Nescafe/kopi lain masa perut kosong, rasa sedikit pedih atau perit di dalam perut. Tapi dengan kopi Alana ini, ok je tanpa kesan sampingan lain. Mungkin ini khasiat susu kambing yang bersifat alkali yang turut terkandung dalam kopi ini.

Dah tak sabar nak dapatkan sekotak (15 sachet) Kopi Hijau Alana ini?

Sabar.. boleh dapatkan daripada Pengedar Sah Produk Alana atau pun hubungi Alana Beauty Marketing seperti di bawah:

Website: ALANA MALAYSIA

Facebook: Kopi Hijau Alana HQ

Hubungi: +6018-3557010 (IKA) / +6018-2366332 (EMA)

Senarai Pengedar Sah

“Gundah Gulana Tanpa Alana”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

56 thoughts on “Kopi Hijau Alana. Lebih Kopi Lebih Rasa Dengan Pelbagai Khasiat.

  1. Pingback: URL
  2. Pingback: Buat Kopi Paling Enak | Nonton Movie Online Terbaru
  3. abg jamar, onie pun suka sarapan nasi lemak, hasilnya tahun ni dah naik 10kg hasil makan nasil lemak setiap pagi,kahkahkah! ada gak kopi ni, memang elok sangat! hiii

  4. famai dah blogger promote kopi alana ni, i before this memang pernah consume kopi alana ni, memang pagi pagi rasa happy je dapat minum kopi hijau ini hahaah

  5. Dah try dan mmg mengenyangkan.. bika dah minum tu badan dr lesu rasa segar dan memudahkan urusan seharian Sal. Alhamdulillah…

  6. Saya juga peminat kopi, tapi semenjak menyusukan anak ni, agak was-was sekiranya minum. Hanya berwaspada untuk mengelakkan anak terjadi apa-apa. Atau adakah hanya mitos semata-mata? Wallahuálam. Tapi sekiranya diberikan peluang, akan saya minum kopi senyap-senyap juga untuk menunaikan hajat.

  7. First time dengar kopi hijau ? biasa dengar teh hijau je. Nampak sedap. Siap ada habbastus sauda’ lagi. Boleh try la nanti.

  8. Tak pernah dengar kopi hijau ni. Gonna analyse bahan sebelum try ya…Klau turun berat byk takut ada ubat diuretic dlm

  9. Selalu dgr dekar radio je kopi hijau alana ni. Bila tgk bahan2 dia semuanya bgs2 especially habbatussauda dan susu kambing tu. Byk khasiat bahan2 ni. Ana pun prefer kopi dari nescafe. Rasa kopi lagi ori dan manis.

  10. Sedapnya tengok Alana Kopi Hijau ni.. Sebab TB peminat kopi gak, huhu.. sana sini orang dok bercerita tentang Kopi Alana ni.. harga boleh tahan tapi khasiat pun bagus.. sebab tu ramai yang beli.,.

  11. Sedapnya kopi Alana ni. Coppppp! Kita pun adaaaaa… hehe… memang tengah cari pun kopi ni sekarang.. hee..yg pentjng dapat kawal selera makan. Maklum la ..lani selera makan makin membuak2. Perut pun dah boncet haaa..haha

Leave a Reply to Nadia Johari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *