March 29, 2024

Anak Demam Sebab Gunting Rambut.

Rambut abang Dayyan yang agak kerinting nak tak nak tu memang selalu menjadi perhatian ramai. Ramai yang tanya, rambut tu buat kat mana. Moyang dia sendiri pun tanya mana buat rambut tu..haha..sebenarnya, itu rambut asli abang Dayyan. Mungkin ikut genetik arwah atok (ayah aku) yang memang kerinting rambutnya.

Selalunya aku trim sendiri kat rumah sikit-sikit. Tapi biasalah, kalau dah takde bakat jadi ‘hipster barber‘, memang ke laut la hasilnya. Senget sana sini. Alang-alang kali ini rambut abang Dayyan dah panjang & tebal, aku pujuk dia potong rambut kat salun yang pernah aku bawa dia, awal tahun lepas tak silap.

 

Seingat aku, ini kali ke-3 abang Dayyan potong rambut di kedai. Pertama di salon yang selalu mommy dia pergi. Yang kedua kalinya di AEON Bukit Tinggi. Ah sou yang potongkan. Trip kali ini dia ok. Cuma masa nak clearkan rambut tu, maybe terkejut dengan bunyi mesin penyembur rambut, dia menangis. Abang Dayyan ni, memang sejak kecil agak fobia dengar bunyi ‘enjin’ yang kuat. Menyesal pula aku takutkan dia dengan vacuum cleaner masa dia tengah aktif merangkak dulu. Hmm..

Aku perhatikan, setiap kali abang Dayyan potong rambut ( bukan trim..potong pendek..) dia akan demam. Dah beberapa kali. Yang paling aku ingat, masa aku nak trim rambut dia tahun lepas. Ingat nak nipiskan jer, sekali terbotakkk..haha..esoknya demam.

Kali ini pun sama. Potong rambut pada petang Ahad, Isnin membawa ke Rabu ni, on off demamnya. 2,3 kali gak muntah. Mujur hari ini dah ok. Dok berborak dengan Umi aku, katanya sebelum ini pun memang Umi pernah dengar tentang anak-anak kecil selepas dipotong rambutnya. Sebab kenapa dan mengapa, itu aku takde jawapan yang tepat. Ada aku terbaca, katanya sebab angin masuk dalam badan..Wallahualam..

Ada sesiapa tahu sebab yang logik dan boleh diterima akal, sebab anak demam selepas gunting rambut?  Atau mungkin ada pengalaman yang sama dengan aku?

Kalau ada, mungkin boleh share di sini.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Anak Demam Sebab Gunting Rambut.

  1. Slmt ptg .. Anak sy sndri pun bgitu trus demam lepas kena botak .. Bilang mama masuk angin .. Selain demam ,badan anak rasa panas ..

  2. Pingback: Cabaran Gunting Rambut Danish - 2 tahun - JMR
  3. Salam. Pernah dengar juga ada budak yang pening (pening tu demamlah kot) bila rambutnya dipotong terlalu pendek atau botak. Jadi mungkin ini perkara biasa bagi sesetengah anak kecil. Biasanya akan hilang bila besar sedikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *