April 6, 2020

Anniversary Dinner 2016: Rezeki Datang Dalam Pelbagai Bentuk.

Assalamualaikum wbt dan Salam Hujung Minggu.

Apa bikin hari ini? Pasti ramai yang meriah menghadiri jemputan perkahwinan atau majlis-majlis lain. Maklumlah sekarang ni kan cuti sekolah. Jalan pasti sibuk. Aku? Ada ni ha..masih di rumah. Masih kepenatan selepas selesai company event aku sempena 10th & 5th anniversary.

Sebelum majlis, penat dok memikirkan perjalanan majlis ok ke idok sebab kali ini, aku yang menjadi Organising Chairman untuk event 10 tahun sekali ini. Kalau jadi apa-apa masalah, konfem-konfemlah aku yang kena menjawab nanti. Alhamdulillah, segalanya berlangsung dengan lancar dengan kerjasama yang baik daripada staff. Tahniah untuk kita semua, yeah!

Penat tetapi seronok dan bersyukur kepada-Nya dengan segala rezeki yang tidak diduga semalam. Alhamdulillah.

Antara committee members yang menjaga pintu masuk. Yang muda-muda tu, anak-anak kakak kat ofis aku. Serius cakap, ofis aku ketandusan awek-awek. Yang ada, semua ‘mak-mak dara’ je..haha..Jadi secara automatik engineer-engineer lelaki akan fokus dengan kerja 98%, 2% lagi tu untuk update fesbuk..

Terima kasih kepada team badut yang berjaya mengawal kelincahan anak-anak semasa majlis. Aku terfikir, tak penat ke badut ni dressing macam tu, macam seksa jer..haha..tapi masyuk gak, RM400 untuk 2 jam punya job..hehe..

Panjang lagi aku nak cerita pasal event semalam. Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan..kira menang besar gak. Selain setiap staff membawa pulang Luminarc Dinner set, isteri aku berjaya membawa pulang sebiji Kenwood Blender bagi kategori lucky draw guest, aku pula berjaya mendapat voucher AEON RM200 lucky draw untuk staff..paling terperanjat, nama aku diumumkan untuk Award of Excellence..dapatlah sekeping sijil dan 999.9 GoldBar 5gram. Rezeki jangan ditolak..bertambah koleksi emas isteri aku. Aku dedikasikan sekeping goldbar itu buat isteri tersayang tanda penghargaan aku kepada pengorbanan seorang isteri.“Behind every successful man, there is a woman?”

Aku tak tahu macam mana bos-boss aku pilih, sebab aku bukan jenis kaki bodek, masuk awal pagi, tapi akan balik tepat pada jam 6.00 petang. No one can stop me, itu prinsip aku. Kalau tengah meeting pun, aku akan minta izin keluar dari bilik meeting pada jam 6 petang, sebab kalau lewat, kesian kat anak aku kena tunggu aku. Jadi, jangan start meeting lewat petang. Lagi satu, pasal kerja, kalau aku tak setuju, aku cakap tak setuju. Kalau bos nak gak, suruh macam mana pun, aku takkan ikut/buat, lagi teruk kalau nak paksa-paksa, aku akan ambil cuti..hahaha..aku syak sebab untuk award ini, mungkin sejak dua menjak ni, aku berjaya dapatkan payment daripada client yang liat nak bayar (dah macam ah long), berjaya dapatkan order 6,7 angka sebulan.

Kalau ada projek luar pada hujung minggu, kalau aku ada mood, aku akan rela nak join, tapi kalau aku cakap tak nak, memang akan keluar 1001 alasan..haha..Ok la, setakat itu je tips untuk dapat award 10tahun sekali ni..haha..

ok ok, yang sebetulnya, dalam bidang kejuruteraan minyak&gas, semasa zaman ekonomi tengah teruk, bagaimana cara ko handle setiap situasi untuk survive sehingga ekonomi kembali pulih, bagaimana ko ‘care’ perjalanan syarikat seperti syarikat tu bapak ko yang punya, bagaimana usaha ko untuk dapatkan cashflow terbaik untuk syarikat. Usaha tu yang bos nak tengok, result positif itu satu bonus, result negatif tak kisah, janji ko tak give up. Terukan lsgi, terima rejection sebagai satu motivasi. Bagaimana cara tu, itu kena fikir sendiri, aku nak explain lebih pun aku tak reti sangat, tapi aku akan sentiasa ingat, “Love your job, but dont love your company because you may not know when your company stops loving you”. So, be prepared!

Panjang lak, sorry guys!

Wrap up! Terima kasih kepada semua ‘committee members’ & colleagues yang bersengkang mata dalam memastikan event 10 tahun sekali ini berjalan dengan jaya. Pengalaman yang indah. Serius. Dah lama aku tak bagi ‘speech’ depan orang ramai, dapat award of excellence walaupun aku rasa aku tak layak pun dan dapat menang lucky draw (jarang aku menang cabutan bertuah bagai ni..haha). Ini semua kenangan manis untuk tahun ini. Doakan aku terus gigih berusaha tanpa penat, dalam setiap bidang industri yang aku ceburi.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

17 thoughts on “Anniversary Dinner 2016: Rezeki Datang Dalam Pelbagai Bentuk.

  1. Tuan ni orang oil and gas rupanya
    .
    Rezeki dapat gold bar 5g tu kan
    .
    Nilainya naik saja
    .
    Apa apa kerja masa zaman gawat ni pun memang kena kuat
    .
    Macam tuan ada prinsip
    .
    Balik tepat jam 6 untuk anak
    .
    Kalau kita ada karekter dan memang boleh tambah income syarikat tak ada siapa yang boleh pertikai
    .
    Alhamdulillah rezeki tuan

  2. alhamdulillah.. rejeki datang pasai duduk bertapa depan mustang tu.. hahaha… kidding..

    itulah janji Allah.. rejeki ada dimana2. tahniah.. ada sikit tips kalau naknsimpan emas kat umah. baca status kak no

  3. Syukur Alhamdulillah.. rezeki jangam ditolak.. musuh jangan dicari.. banyak juga hadiah yang bro dan isteri dapat pada malam tu..

  4. bagus sebenarnya paling kerja tepat pada waktunya…

    kalau paksa tapi kerja tak jalan asyik teringat rumah dan anak bini…baik balik saja esok pula memerah idea dan tenaga

    tahniah atas award dan lucky draw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *