Betul ke filem terbaru watak animasi kegemaran ramai, Upin & Ipin tidak menepati citarasa ramai ibu bapa? Aku ulangi, ibu bapa. Anak-anak mungkin suka jer..hehe
Pengalaman Menonton filem Upin&Ipin Jeng Jeng Jeng.
Sebelum aku meneruskan perkongsian pengalaman menonton filem terbaru terbitan gabungan produksi hebat Malaysia- KRU Studios & Les’ Copaque, suka cita aku nyatakan di sini bahawa aku beli sendiri tiket wayang hoi! RM35 + RM1.50(online booking) untuk aku laki bini & DH.
- Memang benar seperti viral, lebih kurang 15 minit menunggu baru watak Upin & Ipin muncul. Tetapi tiada pula ibu bapa yang keluar sebab anak-anak dah mula mengamuk/bosan menantikan kemunculan Upin&Ipin. Tenang je. Sebaik Upin&Ipin muncul dan terjatuh disebabkan Aqish, abang Dayyan dah gelak kaw-kaw, walaupun aku rasa scene tu takdelah lawak pun.
- Jalan cerita untuk animasi Upin&Ipin kali ini agak berat. Ditambah pula dengan kemunculan watak Upin&Ipin yang bukan sentiasa ada seperti siri TV. Jalan cerita kali ini mengenai perjalanan Aqish, Awie, Kak Nor & Upin Ipin dalam misi menyelamatkan Rumah Anak Yatim daripada dijual kepada pemilik asal & ditutup. Pendapat aku, susah anak-anak di bawah usia 3 tahun untuk hadam jalan cerita ini. Abang Dayyan pun terpaksa kami terangkan apa yang sedang berlaku, itu pun aku tak pasti dia faham ke tak.
- Memang benar, ada masa-masa tanpa watak Upin&Ipin, anak-anak dalam theatre hall akan bosan. Jadi, anak-anak ini mula rimas dan keluar ke bahagian tangga untuk join budak-budak lain. Biarkan. Biarkan mereka bersosial dengan kawan-kawan yang baru mereka kenal. Masa ini, ibu bapa bolehlah enjoy the movie..haha..ada sesetengah scene yang boleh buat korang sebak. Serius. Melainkan korang hati batu.
- Ada yang tanya aku, best ke filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! ni? Lain orang lain citarasanya. Jawapan aku, aku tak terasa rugi pun beli tiket untuk menonton filem yang ada sesetengah orang kita mendakwa filem ini adalah filem ‘sampah’. Mungkin daripada tajuk filem, korang akan membayangkan kemeriahan geng-geng Upin & Ipin. Tetapi harus betulkan balik pemahaman, filem ini adalah cerita Upin Ipin & Aqish. Geng-geng Upin Ipin (Raju, Kak Ros, Mei Mei, Ehsan etc) memang tak de. Bukan dimatikan tetapi filem ini tidak perlukan mereka. Ini adalah cerita fantasi seorang anak yatim bernama Aqish. Filem Upin&Ipin akan datang konfem akan ada geng-geng lain. heheh..tapi serius, ini bukan filem sampah, ada poin-poin positif yang boleh ibu bapa ambil dan diserapkan dalam diri anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita bukan sekadar ingin mereka berhibur kosong, tetapi perlu pastikan mereka menikmati sebuah hiburan yang mempunyai moral untuk kehidupan akan datang. Setuju?
- Ada yang tanya, patut ke pergi menonton filem Upin&Ipin ini? Jawapan aku, tepuk dada tanya selera. Yang nyata, abang Dayyan seronok menonton filem ini. Terutama scene semasa konsert. Awie perform lagu ‘Jeng Jeng Jeng’ dan Upin&Ipin muncul secara realiti di atas pentas. abang Dayyan dan budak-budak lain bukan main berjoget & bertepuk sakan ikut rentak lagu…sampaikan di rumah pun dia asyik dengan ‘Jeng..jeng..Jeng….” jer..
Lain orang, lain pendapat kan. Jadi, ini hasil perkongsian aku selepas menonton filem Upin & Ipin bersama anak-anak.
Nota: Ini bukan review filem Upin&Ipin Jeng Jeng Jeng. Sekadar perkongsian pengalaman menonton filem animasi tempatan kegemaran anak-anak.
KRU pun dah komen pasal isu ni, inikan pemabaharuan, katanya.
bagus sharing ni, saye plak dah lama tak tengok wayang. pun tak terpiki nak angkut anak pergi tengok wayang, akan dtg tak pasti, terima kasih atas sharing ni
Memang best untuk mak budak macam kami ni. Tapi serius bukan filem sampah la. Ada pengisian untuk diambil bukan semata-mata nak seronok ja datang gengok wayang.
pendekatan baru. okay je klu open mind dengan cerita macam ni
kak no x tgk lagi so susah nak komen
tapi tgk trailer dia nampak menarik.
Budak2 pun nampak enjoy cerita ni..
Review terbaik! Tahniah Jamar.
kan dah cakap, ini bukan review. ini sharing..sharing is caring..caring utk awek2 je..utk mak orang, sila dok tepi..haha
Saya pun plan nak bawa anak-anak buah pergi tengok nanti.
ok dah boleh buat keputusan.. anak saya memang susah untuk hadam filem macam ni. Jadi rasa tak payah membazir beli tiket takut tak habis cerita dia bosan mula nak berkenalan dengan semua orang & benda dalam pawagam tu. Almaklum la anak akak ni low attention so fokus dia pada sesuatu amat la singkat.. Nak2 lagi filem cereka manusia ni. Kalau filem 100% animasi upin ipin maybe dia boleh duduk sehingga habis cerita. Komen dari HH selepas menonton pun nampak mengambarkan.. sesuatu jugak. Terima kasih kerana review yang jujur. senang sikit nak buat keputusan.