October 2, 2020

Bulan baru merubah perwatakan anak?

Anak adalah anugerah yang tak ternilai daripada-Nya. Tanyalah pada sapa-sapa yang bergelar ibu/bapa akan bersetuju dengan kenyataan ini. Peluang membesarkan anak daripada sebesar tapak tangan membawak ke sebesar mesin basuh, adalah satu memori indah yang akan dikenang sampai mati. Biar pun susah dan perit macam mana pun fasa ini, satu hari nanti tetap akan manisnya

Telatah anak kecil tidak pernah memenatkan, malah menggembirakan. Dalam ‘life’ aku dan wife, Dayyan memang merapat dan menguatkan lagi kasih sayang kami dengan kepelbagaian telatah dan perwatakannya yang berubah setiap bulan. Mencuit hati dan comel.

Orang tua-tua selalu cakap, anak kecil ni berubah mengikut perubahan bulan. Maksudnya, kiraan bulan pada umurnya bertambah, bermakna ada perubahan sikap dan perilaku oleh anak ini. Betul ke?

 

Mungkin ada betulnya berdasarkan pengalaman membesarkan anak sulung kami ni. Dayyan lahir pada 23.04.2014. Sejak bulan pertama sehingga berusia 1 tahun 4 bulan, memang ada saja perubahan perwatakan dan telatah hariaanya. Dan terbaru bila mencecah usia 1 tahun 4 bulan dua hari lepas, Dayyan makin petah bercakap, walaupun satu patah perkataan pun kami tak faham. Tapi lagak dan responnya seperti memahami setiap patah bicara kami.

Memang seronok melihat perkembangan bulanan dia. Semoga kami terus diberi kekuatan dan petunjuk untuk mendidik dia menjadi insan yang lebih cemerlang untuk umat.

23.8.2014 – Dayyan is 1 year 4 month.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Bulan baru merubah perwatakan anak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *