September 20, 2020

Dolly Dim Sum dan Potongan Istimewa 15%

Lamanya aku tangguhkan cerita ini. Tak kisahlah, janji aku postkan. Lagi pun ada sentimental value pada aku. Ye la, ini pertama kali aku dapat merasa keenakan dim sum di restoran terkenal Dolly Dim Sum. Lagi pun, isteri aku yang belanja sempena hari jadi aku. Ye, hari jadi aku 10 Februari yang lepas, bermakna hampir 2 bulan aku peram post ini. hikhik..

Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina.

Sebelum ini, kami pernah menikmati keenakan dim sum secara buffet di China Treasure, Sime Darby Convention Centre. Memang terasa lagi keenakan dim sum di sana.

Cantik hiasan dalaman Dolly Dim Sum Sunway Pyramid.

Kali ini, kami mencuba menu dim sum di Dolly Dim Sum Sunway Pyramid. Bezanya, di sini bukanlah hidangan secara buffet tetapi dihidangan secara ala carte, harga untuk setiap satu menu adalah berbeza.

Dolly Dim Sum ada banyak cawangan di sekitar Lembah Klang. Cawangan di sini antara cawangan yang terbaru mereka.

Buku menu. Boleh belek-belek mencari menu. Ada yang bergambar, ada menu yang tiada gambar.
Bab menu, aku serahkan kepada isteri. Dia lebih memahami. Dah ada menu yang berkenan, boleh tandakan di kertas menu kaler pink tu.
dolly dim sum sunway pyramid
Makan dim sum, sangat secocok dipadankan dengan teh Cina panas.

Kalau masakan Jepun seperti sushi, mungkin nama-nama menu dah ada dalam kepala aku. Tetapi untuk dim sum, aku memang tak pakar. Jadi, aku serahkan kepada isteri yang lebih biasa dengan nama-nama pelik dim sum ini. Mungkin kalau aku tengok gambar menu, aku tahu mana satu aku suka, mana satu aku tak boleh telan..hik hik

dolly dim sum sunway pyramid
Salted Fish Fried Rice

Salted Fish Fried Rice a.k.a nasi goreng ikan masin ini serius sedap. Sebenarnya nasi goreng ini untuk Dayyan & Danish. Aku sekadar menjamah sesudu, eh sedap la pulak. Aku tambah lagi sesudu, dan tambah sesudu lagi..jadinya bersudu-sudu jugalah aku telan. Serius sedap.

Selang beberapa minit, dim sum dim sum yang dipesan mula beratur atas meja kami. Panas-panas. Paling panas tu ha, pau/egg custard bun. Berasap lagi isi dalam tu.

Rasanya tak perlu aku berceloteh lebih panjang. Aku tampal gambar dim sum di sini sudahlah kan. Nak tengok nama-nama menu dim sum lain, boleh tengok di website Dolly Dim Sum. Nak tahu lain-lain lokasi Dolly Dim Sum pun ada di website tu.

menu dolly dim sum
dim sum sedap
menu dolly dim sum sunway pyramid
dolly dim sum sunway pyramid

Burp alhamdulillah. Terima kasih kepada isteri yang sudi belanja. hik hik..

serius dim sum di Dolly Dim Sum ini sangat sedap. Suasana di Dolly Dim Sum Sunway Pyramid ni pun sangat selesa, cantik dan krew-krew pun mesra & cekap. Dua jam di sini, satu perkara yang tidak memuaskan hati aku tak jumpa. Tip top servis.

Diskaun 15% Sempena Hari Lahir.

Dah la tempat best, makanan sedap, dapat pula diskaun 15% daripada total bill sempena hari jadi aku. Eh, bukan untuk aku sahaja, semua pelanggan yang menyambut hari lahir (5 hari sebelum/selepas) layak menikmati diskaun 15% ini. Hanya perlu tunjukkan Kad Pengenalan sahaja!

Hari lahir isteri aku pada bulan 5 ni nanti. Bulan Ramadhan. Tengah berfikir sama ada hendak menyambut hari lahirnya di sini, sekaligus sebagai iftar kami bersama? Ok juga, setidak-tidak dah boleh jimat 15%..

hik hik

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Dolly Dim Sum dan Potongan Istimewa 15%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *