November 28, 2020

Chicken Rice Ball @ Ee Ji Ban, Melaka Raya 3

Chicken Rice Ball di Ee Ji Ban, Melaka Raya 3

Serius, ini bukan kisah makan tengah hari aku pada minggu ini. Kisah yang tertangguh, semasa trip Hari Jadi Isteri ke Melaka pada bulan lepas.

Sebelum bertolak pulang ke Lembah Klang, isteri request untuk makan tengah hari di Restoran Ee Ji Ban, salah satu kedai makan yang menyediakan nasi ayam bebola (Chicken Rice Ball) Halal di Melaka. Sekiranya ke Melaka, memang aku rekemen ke sini, salah satu tempat makan sedap di Melaka. Wajib terjah!

Kami sampai di Ee Ji Ban lebih kurang jam 1.30 tengah hari. Hari Ahad, waktu makan tengah hari, memang penuh. Kami bernasib baik, ada satu tempat kosong untuk kami sekeluarga.

 

Menu wajib pesan. 15 pcs Rice Ball & 1/2 Chicken Roasted.

Rice Ball tu 30 sen je satu. Ala-ala nasi himpit yang dibebolakan. 15 biji tu tak cukup, lagi pun sekarang ni Dayyan pun perlu dikira sekali. Jadi kami tambah lagi 10 biji dan setengah ekor roasted chicken (RM9.00) sudah mencukupi bagi keluarga kecil kami, lagi pun ada lauk lain juga. Nanti terlebig order, membazir lak kan. Tak baik.

 

Kegemaran isteri apabila berkunjung ke Ee Ji Ban. Sotong Goreng Cili Nyonya (RM16.00/pinggan). Seems like Sedikit pedas tapi sedap. Kalau pedas, bolehlah hirup sup rumpai laut!

 

Sup Seaweed&Taufu.  Juga menu wajib pesan kami sekeluarga. Serius sedap dan unik rasa dia. Biasanya, sup seaweed (miso) disediakan sebagai side dish di restoran makanan Jepun. Banyak kelebihan mengambil sup rumpai laut/seaweed ni. Sila Google..

 

Burpp..alhamdulillah.

Keunikan nasi ayam bebola ni menyebabkan selera Dayyan makin bertambah. Kalau menu nasi biasa, punyalah susah nak minta dia makan. Maybe dia tertarik dengan fizikal nasi ayam seperti ‘ball’ tu.

Fasa dia yang tengah aktif sekarang, as a result nak suruh makan pun terpaksa memaksa. Anak oh anak! Terpaksalah sentiasa mencari idea untuk dia berselera makan.

Lokasi Ee Ji Ban Chicken Rice Ball:

No.275, Jalan Melaka Raya 3.

Tel: 016-3665220

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Chicken Rice Ball @ Ee Ji Ban, Melaka Raya 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *