October 1, 2020

Pok Dee Murtabak, Jerteh – Sekali raso nok sokmo..

Aku, kalau balik kampung, aktviti utama ialah Jalan-jalan Cari Makan. Sebabnya ialah, makanan kat kampung lebih sedap, paling penting lebih murah..hehehe..

Besut memang banyak tempat makan sedap. Lokasi Besut di sempadan Kelantan-Terengganu memang strategik dan tempat terbaik nak cari makanan yang sedap-sedap. Mungkin sebab pertembungan budaya Kelate-Ganung kot..hehehe

 

Balik kampung, Restoran Zul Ikan Bakar Kuala Besut dan Pau Jertih antara lokasi yang wajib aku pergi. Tapi kali ni, hasrat nak pekena pau ayam sedap tak tercapai. Gi kedai Pau Jertih, kedai tutuppppppppppppppp.. Alang-alang dah sampai depan Maybank Jerteh ni, ushar la makanan lain. Ok dah jumpa. Pok Dee Murtabak dengan tagline “Sekali Raso…nok sokmo..”. Katanya dah ada cawangan yang ke-6 di Kuala Besut. Ini pengalaman pertama aku makan murtabak Pok Dee ni. Siapa Pok Dee???

 

Murtabak ayam dua keping. RM2.50 sekeping. Sedap sebab ni murtabak ayam bukan murtabak ‘telur’ yang biasa dok jual di Bazar Ramadhan kan.hehehe..murtabak daging dah habis. Laku keras gak rupanya murtabak ni.

Jemput singgah di Pok Dee Murtabak Jerteh, lokasi di depan Maybank/Tabung Haji Jerteh..

Meleleh air liur lak aku tengok gambar murtabak ayam nih…burpppp..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Pok Dee Murtabak, Jerteh – Sekali raso nok sokmo..

  1. Nampak sedap Murtabak ni… Tiba-tiba teringat Murtabak yang dijual dekat Kota Bharu… Boleh tahan juga harga dia, sebab Murtabak tu memang besar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *