Stuff Crab Kemaman. Menu unik dan sedap untuk dicuba.
Stuff Crab..satu menu yang jarang aku jumpa kat restoran-restoran biasa. Dan aku tak pasti, kat Lembah Klang ni kat mana ada sediakan menu stuff crab yang sedap.
First time aku makan stuff crab ni masa stay Jepun 10 tahun lepas. Then, last 2 years, aku pernah makan di satu restoran di Bandar Chukai, semasa perjalanan pulang ke KL selepas site visit ke loji minyak dan gas di Kertih. Last 2 weeks, sekali lagi aku berkesempatan singgah di Restoran Stuff Crab Kemaman yang terletak di Bandar Chukai, Kemaman semasa perjalanan pulang dari Besut ke KL.
Restoran ni terletak tak jauh dari stesen bas/berhadapan dengan sungai kemaman. Dari simpang Hai Peng Koptiam, belok ke kiri, then terus je singgah korang terjumpa Restoran Stuff Crab Kemaman yang terletak di sebelah kanan bahu jalan. Ada macam-macam menu lagi selain daripada Stuff Crab seperti steamed fish, garlic prawn, sharkfin with crabmeat soup etc. Kami just order 4 ekor stuff crab dengan minuman, sebab baru lepas makan tengahhari sebelum bertolak pulang.
Kalau ada yang tak tahu macam mana rupa Stuff Crab, ni la rupanya. Ada kulit ketam je, tak de kaki dan sepit ketam. Isi ketam dah dikeluarkan dan dimasak terlebih dahulu dengan campuran bawang etc. Then isi ketam tu disumbat dalam kulit ketam tu sebelum dibalut dan digoreng. Tu pasal agak berminyak jadinya. Jadi, sebelum makan, terpaksa aku lap guna tisu untuk serap lebihan minyak. Stuff crab ni enak dimakan dengan nasi goreng/nasi putih. Kami just ratah gitu je, cicah dengan sos pedas tu. Sedap..
Overall, not bad la walaupun aku rasa, yang aku makan sebelum ni lagi sedap..hehe..total harga termasuk kopi ais+cham ais, lebih kurang RM38..agak mahal bagi aku dengan rasa dan kuantiti. Mungkin next time aku patut ke kedai lain atau sama je harga kat kedai sebelah?
Tips: Hati-hati bila order stuff crab ni sebab ada kes, kulit ketam yang digunakan adalah yang recycle/ guna semula..euww..kalau rajin, boleh tengok sendiri cara penyediaan stuff crab ni kat dapur diorang..
huish kulit ketam pun boleh dia buat recycle noh
BOLEH..sebab ada kes yg buat gitu hehe
kalau sedap..dia letak kulit ketam pun gua rembat gak. haha
Isi ketam kalau fresh memang sedap.
betul tu..kalau lagi fresh lagi sedap
pernah try skali..tapi mungkin tidak utk kali kedua sbb sy was-was 🙂
Tak pernah makan lagi stuff crab ni. Macam mana rasa ek?
Tengok cenggini …. ratah pun sedap nie bro….tapi kalau makan dengan nasi kena order ikan sekali baru lengkap… hehehehe
Nampak sedam masakan ketam ni.. Belum pernah lagi saya merasa makan ketam macam ni..
sedap.. nk try restoren sebelah plk nnti.. 🙂