September 22, 2020

Burp@ HOMST Chinese Muslim Cuisine

Restoran HOMST Chinese Muslim Cuisine

 

 

Dah lama sedar tentang kewujudan restoran Cina muslim ni, tapi belum pernah tertarik untuk cuba menerai masakan kat situ. Sehingga Puan Nunu tetiba request nak merasa masakan Cina, barulah terhegeh-hegeh nak menggoogle kedai makan Cina muslim yang terdekat dengan rumah. 

 

 

 

Menu malam tu sekadar masakan goreng-goreng panas dari dapur, dengan harapan biarlah amoi muslim yang masak. hehehe.. pilihan aku pada malam tu, Ginger Beef Kuew Teow, ala-ala Beef Noodles di Madam Kwan tempoh hari. Komen pasal menu ni, hirisan daging memang boleh diberi pujian tang kelembutan dan kesegaran dan rasa ginger tu toksah cakap la, memang kentut je manjang pastu..hehehe..patut dicuba sebab masih berbaloi dengan nilai RM8.50 dan potion yang banyak.:-)

 

 

 

Dan seperti biasa, Kuew Teow Goreng ni memang menjadi pilihan Puan Nunu kalau dah tak tau nak pilih menu apa.  Tapi, mungkin masa dan cara masakan tak kena, katanya Kuew Teow Goreng ni rasanya seperti terlebih kicap. Dah hilang rasa asli masakan Cina muslim. Harapnya next time, rasa menu ni akan lebih menerujakan.

 

 

 

Pujian melangit patut diberikan kepada menu ini, Deep Fried Wantan sebagai pembuka selera. Dalam tu, ada isi udang dan dua tiga menda lagi, lupa lak apantah namanya. RM4.80 untuk dua orang makan, not bad…~

 

 

Muka teruja dengan kuew teow goreng..iskh iskh..

HOMST Kota Damansara Branch

No: 16-1, Jalan PJU 5/17, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Selangor.
Tel : 03-6140 9134

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Burp@ HOMST Chinese Muslim Cuisine

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *