February 26, 2020

Stuffed Crab Kemaman Menu Wajib Cuba.

Stuffed Crab Kemaman Menu Wajib Cuba.

Bila ada kawan-kawan yang beroutstation ke Terengganu dan tanya kat mana tempat makan sedap di Terengganu. Pasti aku akan rekemenkan menu makanan popular di Bandar Chukai, Kemaman, Stuffed Crab!

Tahu tak apa itu Stuffed Crab?

Ketam sumbat la. Ye, seekor ketam, akan dikeluarkan isi daripada kulitnya, dicampur-campur dengan sayuran, disumbat kembali dalam kulit ketam tadi, dan dibalut dengan gorengan tepung&telur.

Kat Bandar Chukai ni, ada beberapa restoran Cina yang menyediakan menu Stuffed Crab ni, antaranya Restoran Tong Juan & Restoran Kemaman.

 

Seekor Stuffed Crab berharga RM7.50. Dah naik 50sen, sebab seingat aku, tahun lepas aku datang baru je RM7.00 seekor..sekali-sekala takpe la kan. Lagi pun, kali ni aku bawa engineer baru aku yang pertama kali datang ke negeri Darul Iman ni..teruja dia pertama kali dapat makan menu unik dan sukar didapati di KL.

 

Dua ekor Stuffed Crab dengan sepinggan nasi goreng cina dah cukup untuk memberi tenaga sepanjang perjalanan pulang kitorang dari Terengganu ke Kuala Lumpur..

Burppppp……

Ada sesiapa tahu Resepi Masak Stuffed Crab / Ketam Sumbat ni?

Tips Makan Stuffed Crab: Hati-hati bila memilih restoran yang menyediakan menu Stuffed Crab ni sebab ada kes, kulit ketam yang digunakan adalah yang recycle/ guna semula..euww..kalau rajin, boleh tengok sendiri cara penyediaan Stuffed Crab ni kat dapur diorang.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Stuffed Crab Kemaman Menu Wajib Cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *