December 13, 2024

Hari Jadi Mak Mertua

Tahun ni, terlewat beberapa hari untuk aktiviti rutin tahunan sejak bergelar ‘menantu’.

Setiap tahun, pasti aku dan wifey akan mencari peluang untuk sambut hari jadi Mama/Mak Mertua. Yang bestnya, setiap tahun pasti ada penambahan ahli baru..daripada seorang menantu, ada seorang cucu dan tahun ni bertambah lagi seorang cucu..Alhamdulillah..

 

Eh..mana cucu paling bongsu, Danish Hayyan? Ada..tengah lena dalam stroller. Tahun ni, aku open table di TGI Fridays The Gardens. Open satu table je. Table-table lain aku tak pasti lak sapa yang ‘open’kan..haha

 

Menu kitorang order mengikut citarasa masing-masing. Termasuklah Abang Long Ayyan ni. Order Nachos Kid Meal untuk dia. Rezeki hari ini, dapat F.O.C je Set Kid ni. Ayyan suka betul dengan Nachos ni. Bersungguh dia makan. Separuh gak dia makan, separuh lagi bapak dia yang makan..

 

Tak pasti Kids Meal ni memang free setiap hari atau sebab aku inform krew yang hari ni Hari Jadi Mak Mertua. Selain itu, dapat gak dessert/brownies cake F.O.C , siap dengan Birthday Song daripada krew-krew TGIFridays ni.

 

Cucu sulung kesayangan Mama Wan ni.

 

South West Mac & Cheese.

 

Fridays Burger.

 

Double Stack Quesadillas.

Sebenarnya aku tak pasti nama menu-menu yang kitorang makan hari tu..aku main letak je tu. Jangan percaya bulat-bulat. Tapi gambar tu, ori daripada D750 ye..hehehe..meleleh ke idok?

 

Adik Danish Hayyan dah bangun! Makin bising tempat tu, makin nyenyak dia tidur. Reverse psychology. Bangun bangun je, mata dah tenung makanan. Rilex dik, lagi 2 bulan nak masuk 6 bulan. Lepas tu, dah boleh mamam ye..

 

Mama Wan punya birthday, Aayyan yang lebih lebih kena suap bagai..haha..Semoga Mama Wan Ayyan terus dikurnikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rahmat juga dipanjangkan usia..amin..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Hari Jadi Mak Mertua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *