March 29, 2024

Kenali Blogger MohdZarin.com

Subj: “Kenali Blogger MohdZarin.com”

Dear Readers,

Merujuk kepada subjek di atas, sesiapa yang dah kenal siapa itu Mohd Zarin, bagus. Kepada yang belum kenal, apa kata dok rapat-rapat, kita berkenalan dengan seorang lagi blogger otai atau aku gelarkan sifu foto ni. Kitorang pernah berjumpa di satu food review di Kota Damansara (ingat lagi tak bro?), dari situ mula kenal dan aku mula menjadi pembaca setia blog MohdZarin.com. Series.

Kenapa aku jadi pembaca setia blog dia? Ada banyak sebab dan aku rasa korang patut terjah & kenali sendiri kebestan blogger Mohd Zarin ni.

GAMBAR CUN HOI

Ya, ini sebab utama aku ke blog MohdZarin.Com. Gambar gempak. Baik dari segi brightness, sharpness dan diambil dari sudut yang boleh mendatangkan keghairahan. Yes ghairah aku bermaksud, dia ambil gambar makanan dengan penatacahayaan yang betul, tajam dengan sudut yang betul, lalu air liur aku meleleh-leleh, terus aku Whatsapp bini aku, “Sayang, tengok blog Zarin, kita gi makan teppanyaki kat Ippin Halal Teppanyaki ye petang ni, oishii so!!“..tanpa aku sedar, restoran tu kat Shibuya, Japan! Dem..susah gak gambar cun sangat ni, tak sempat habis baca, nafsu nak makan kat situ dah membuak-buak..

JALAN CERITA + GAMBAR = MELELEH HOI

Selain gambar yang cun, jalan cerita di setiap entri sangat SEMPOI. Setiap ayat yang disusun Mohd Zarin mudah difahami dan dihadam. Terasa seperti aku yang menjadi watak utama dalam cerita di entri. Lagi syok, sambil baca entri, disokong pula dengan gambar cun yang lebih menghidupkan lagi imaginasi korang. Jadi, takat Universal Studios Los Angeles, aku dah tahu macam mana bestnya ke sana kan.

MOHD ZARIN SEORANG YANG GIGIH.

Korang terjah blog MohdZarin.Com ni, mesti ada yang bermonolog, “bestnya gambar dia, aku pun nak gambar macam ni gak..”. Secara jujur, korang boleh dapat seperti tu, tapi korang kena GIGIH seperti Mohd Zarin. Aku dah tengok cara dua bekerja untuk dapatkan satu gambar yang ‘hidup’. Skillfull+Equipment yang power! Gempak seyhhh..semoga satu hari nanti, aku berpeluang bekerjasama dengan bro!

HIDUP PENUH DENGAN AKTIVITI

Aku suka tengok Lifestyle brader Mohd Zarin ni. Ada je aktiviti-aktiviti sihat yang dia dan wife lakukan setiap minggu. Bab travel takyah cakap la, ke sana ke mari. Jalan-jalan cari makan rasanya memang aktiviti feveret diorang. Betul tak bro? Semoga korang terus kekal sebagai ‘Sweet couple’ hingga ke Jannah.

HENSEM & SADO.

…ni point penting untuk melayakkan aku mendapat sehelai T-Shirt “Trust Me I’m A Professional Blogger. Kan bro?

Jujurnya, Tak Kenal Maka Tak Cinta kan..kepada anak-anak dara, kalau terasa nak kenal dan nak jatuh cinta dengan Abang Zarin ni, lupakanlah je. Jangan cari pasal, sebab kakak Siti Zarith Iylia adalah bidadari di hati dia..cewaah..untuk mengenali lebih dekat tentang pemilik asal MohdZarin.Com, silalah ke blog dan baca satu demi satu entri di situ. Selain dapat cuci mata dengan gambar-gambar cun, boleh gak membaca pengalaman Mohd Zarin mengelilingi dunia tips-tips dan review review tentang hotel, restoran, makanan. Yang penting, Mohd Zarin adalah penyokong setia PRODUK TEMPATAN !

 

Siap!

Oh ye, blog MohdZarin.Com sedang mengadakan Give Away #3 Tshirt “Trust Me I’m A Professional Blogger” untuk para blogger tempatan. Sebagai tanda sokongan, entri ni aku dedikasikan khas untuk Give Away ini.

Jom korang, masih sempat untuk sertai GA ni.

Best of Luck semua!

Regards,

JMR (Blogger Malaysia)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Kenali Blogger MohdZarin.com

  1. tak kenal blogger ini mungkin kalau saya rajin pi event atau balas kinjugan blog baru mungkin saya akan kenal beliau dna blogger lain luar sana tu kan..

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *