Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada akhir bulan Zulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.
Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.
Amalan-amalan Sunat pada Akhir Tahun & Awal Muharram;
(catatan: https://shafiqolbu.wordpress.com)
1. Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)
2. Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
3. Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”
4. Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
5. Qiamullail:
a) Bersolat sunat – Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Sunat Taubat.
b) Membaca Al-Quran.
c) Berzikir.
6. Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.
Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.
Selamat beramal dan kumemohon keberkatan dariMu ya Rabbi.
Salam Maal Hijrah dengan ucapan..” Dah setel belum audit amal untuk setahun sebelum ni??”
waktu dulu time belajar memang akan baca doa ni, bila dah kerja aduhai… itula keistimewaan jadi pelajar, banyak hal-hal teratur dan pendidikan mendekatkan diri pada Allah tu sangat mudah dan praktikal sebab dah disusun dalam jadual…
perkongsian yang sangat hebat ini..bro
Salam maal hijrah..dan ia memang terbaik
Ya.
mari baca ramai-ramai.
mesti ramai yang tak hafal nih.
bagus perkongsian JMR, sama2 kita beramal doa ini, agar senantiasa allah merahmati kita semua, amin
sama-samalah kita..
Alhamdulillah..peringatan buat MV juga…salam maal hijrah buat JMR
salam maal hijrah juga utm MV..
Semakin pantas masa berlalu..sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru. Mudah-mudahan Allah hitung kerja buat kita selama ini utk memberatkan mizan kita nanti
Selamat memanfaatkan kedatangan Muharram
terima kasih kak atas perkongsian.