October 6, 2024

Anak Pertama- Permata Pertama

Petikan daripada perkongsian di Facebook.

Apabila isteri hamil anak kedua dan seterusnya, maka anak pertama akan jadi sasaran kemarahan kita. Letih melayan macam-macam karenah yang menyakitkan hati. Maka kita tengking tengking dan marah, cubit dan pukul.

Kemudian di malam hari kita mula sebak melihat wajah si kecil, mula menyesal dan taubat, lalu berharap dan berjanji kita tak buat lagi. Namun di lain hari, kita lupa dan mengulangi…

Ingatlah yang pertama itu yang paling istimewa. Dialah tempat kasih pertama tercurah. Dialah peneman tatkala sunyi dan lara. Dialah penghibur tiada pengganti. Dialah yang pertama menghuni di rahim isteri.

Sudah-sudahlah kita marahkan dia kerana kita yang tersilap mendidik. Kita yang salah. Kita yang belum pandai.

Ingatlah sentiasa, si kecil ini adalah ujian untuk membawa kita ke syurga mahupun neraka. Dialah permata hati yang pertama, pengikat kasih sayang, melaluinya Allah salurkan rezeki tak putus-putus. Allah kuatkan semangat dan sabar kita. Allah buatkan kita rajin berusaha dan yakin dengan janji Allah.

Sayangi dia sepenuh hati. Sayangi dia kerana Allah. Sayangi dia bukan kerana dia baik dan dengar kata.

Tapi sayangi dia kerana dia permata pertama, anugerah terindah daripada Allah swt, melaluinya kita belajar mengenal kasih Allah.

Taubat dan teruslah taubat kerana kita ibu/bapa yang penuh kasih sayang, bukan kasar dan bengis…

Sekadar perkongsian untuk peringatan kita bersama.

JMR (anak pertama)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Anak Pertama- Permata Pertama

  1. Pingback: Kelebihan Aktiviti Mewarna Kepada Anak |
  2. Rasa macam nak menangis pun ada baca artikel ni..serius pas ni tak nak marah teruk2 lagi kat anak pertama…insaf terus ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *