April 19, 2024

Aku berada di tempat tinggi bukan untuk terjun ke bawah..

Seingat aku, perkara yang paling aku takut atau gayat di zaman kanak-kanak adalah KETINGGIAN. Tidak kiralah, panjat pokok ke, naik tangga ketinggian 2meter ke atas, naik dari tingkat 3 bangunan sambil pandang ke bawah ke, naik kapal terbang ke, pasti rasa gemuruh atau gayat keterlaluan akan timbul. Sampai satu tahap, tangan menggigil. Kritikal Apabila ada yang bagitahu yang aku ni ada masalah dengan ketinggian, aku menafikannya. Aku yakin aku bukan penghidap Acrophobia (takut pada ketinggian), cuma masa belum tiba untuk aku buktikan aku tidak takut dengan ketinggian.

Acrophobia Penyakit Takut Tinggi.

Semasa bermain dengan kawan-kawan di sekolah rendah,aku selalu mengelak untuk bermain di tempat tinggi. Jangan harap aku nak panjat pokok mangga, jauh sekali pokok kelapa. Biasa aku yang jadi ‘supervisor’ apabila kawan-kawan aku memanjat pokok mangga. Lebih selamat rasanya bila aku hanya mengarah ambil mangga yang itu, ambil yang ini.

Awal tahun 1990-an zaman kegemilangan badminton negara. Zaman tu, nama anak-anak Sidek tengah ‘in’. Siap bersihkan laman tepi rumah, pacak tiang 2 batang kiri kakan, pasang ‘net’ badminton then ajak adik-adik lawan badminton. Seorang demi seorang aku kalahkan. Ye la, abang sulung kan, mana adik-adik aku berani kalahkan aku..agak tak mencabar kalau setiap petang aku merangkul title ‘champion’ ..hahaha..tapi satu je yang mencabar aku, apabila pukulan balas bulu tangkis daripada adik aku, terlalu kuat dan tinggi dan bulu tangkis tersangkut di atas atap rumah. Bajet dah la terhad. Satu bulu tangkis, main sampai berbulu.

Sebagai abang, nak tak nak aku kena panjat naik atas atap. Ambil tangga, parking kat tepi atap, langkah demi langkah aku panjat anak tangga. Elok je 4,5 langkah, tangan aku menggigil. Aku pandang bawah, lagilah menggigil. Muntah!

Apa yang aku fikirkan bila berada di tempat tinggi? “Tinggi-Jatuh-Mati”.

…..pandangan aku berubah bila aku dicabar oleh seorang senior aku yang dah tamat belajar dan mempunyai kerjaya yang bagus. Orang panggil dia si ‘Pendek’. Sebabnya, ketinggian tubuh badannya agak luar biasa rendah, tapi wawasan dia tinggi. Satu je ayat yang dia bagi aku bila aku bercerita kisah gayat aku.

“ Kalu mung takot tinggi, doksoh oyat mung bulih mencapai cita-cita mung yang tinggi, dok kappung, jago lembu!”

[Translation: “Kalau kau takut tinggi, kau tak akan berjaya mencapai cita-cita yang tinggi, duduk je di kampong, jaga/ternak lembu”]

Berasap telinga aku. Terasa tercabar. Mana tidaknya, apabila seseorang yang mempunyai ketinggian 1.51 meter bagi statement mencabar kepada aku yang bertinggian 1.81 meter. Sebenarnya, masa dia cakap tu, aku tak faham sangat maksud ayat tu, cuma aku rasa tercabar sebab kena jaga lembu! Tak suka.

Sejak dari hari tu, aku setkan minda aku, “Tinggi-Jatuh-Belum Tentu Mati”

Cara aku atasi masalah Acrophobia.

Series aku mati akal mencari cara mengatasi masalah ini. Dah lama at that time, manalah hebat sangat teknologi internet ni, mana ada broadband Internet bagai ni. Tapi Berjaya gak aku mendapat info di internet tentang cara asas mengatasi acrophobia. Tak sia-sia aku surf internet mencari cara untuk mengatasi masalah yang sekian lama aku hidapi. Jangan tahu guna internet untuk bersosial sajakan, kat situ semua ada hanya di hujung jari.

Kawal Pernafasan.

Bila berada di tempat tinggi, aku hanya fikirkan itu. Aku beranikan diri, berdiri di tepi koridor tingkat 3 (tiga tingkat je pun), pandang ke bawah, Tarik dan hembus nafas 30 kali.pastikan nafas yang disedut tu sampai ke perut dan tahan selama 7 saat sebelum hembus keluar.b.dah Berjaya untuk kedudukan 3 tingkat, aku ‘up’kan lagi ke tempat lebih tinggi..sampailah aku yakin, aku boleh atas masalah Acrophobia..

Sematkan kata positif.

Browse Internet, Google je kata-kata semangat untuk menghilangkan rasa takut pada ketinggian, pelbagai variasi kata-kata semangat yang keluar. Bagi aku, satu ayat power ini je yang aku pegang dari dulu sampai sekarang.  “Aku berada di tempat tinggi bukan untuk terjun ke bawah..”

 Agak-agak berjaya ke tidak aku dalam game-changing ini?

Jawapan-jawapan ada kat bawah..

——————————————————————————————————————————————————————————–

Selepas tamat SPM, aku melanjutkan pelajaran ke negeri matahari terbit..kalau aku masih takutkan ketinggian, tidak mungkin aku menaiki kapal terbang untuk ke sana.

Selepas menamatkan zaman pelajar, aku bekerja dalam bidang kejuruteraan yang memaksa aku ‘fit’ untuk semua keadaan..kalau aku masih takutkan ketinggian, tidak mungkin aku berada lebih 100 meter atas permukaan air di tengah-tengah lautan.

…akhirnya aku faham maksud yang cuba disampai oleh si ‘Pendek’..kalau aku masih takutkan ketinggian, tidak mungkin untuk aku terbang tinggi ke destinasi-destinasi yang pastinya akan memberi 1001 pengalaman, pelajaran dan panduan untuk aku menjadi seorang insan yang lebih baik daripada hari semalam.

Ekspedisi mendaki di Kagoshima, Jepun.

Atas permukaan ais sungai yang membeku di Seoul, Korea.

Panjat bukit di satu tempat pelancongan di Vungtau, Vietnam.

Aktiviti snorkelling di kawasan berkedalaman melebih 4 meter di Krabi,Thailand.

Kalau aku masih takutkan ketinggian, tidak mungkin aku mampu merenung ke luar jendela di dalam pesawat semasa menuju ke benua Eropah. Indahnya ciptaan Tuhan.

Kalau aku masih takutkan ketinggian, tidak mungkin aku berjaya sampai ke kota metropolitan London ini.

Testing di Breda, Holland.

Kalau aku masih takutkan ketinggian, tidak mungkin aku akan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa asing.

Milan, Italy.

Kalau aku masih takutkan ketinggian, tidak mungkin aku boleh menikmati keindahan malam di kota lama Bergamo, Milan, Italy dalam suhu -2 darjah Celcius!.

—————————————————————————————————————————————————————————-

Jawapannya, tiada yang mustahil dalam hidup ini. Setiap orang berhak untuk berjaya. Cuma, terpulang kepada individu, bagaimana untuk mereka menjadi game-changer dalam perjalanan hidup.

Kini, dengan internet berkelajuan tinggi, dah tu siap dah ada mobile internet, di mana-mana je korang boleh google sahaja perkongsian daripada mereka yang dah berjaya sebagai sumber inspirasi. Jadikan cerita mereka yang dah Berjaya sebagai contoh dan panduan untuk kita turut berjaya.

Paling penting, tidak berputus asa dan sentiasa memberi yang terbaik seperti syarikat telekomunikasi pilihan pengguna di Malaysia, P1.

Dengan teknologi canggih sekarang ini, lebih mudah untuk mencari sumber inspirasi supaya korang lebih motivated. Nak-nak dengan adanya capaian internet pantas. Dengan P1, pelanggan tak perlu susah-susah menyediakan bayaran pendahuluan. Pelanggan boleh berdaftar dengan sebarang pelan ForHome®, ForBiz®, atau ToGo® dengan kontrak selama 24 bulan, dan akan diberi broadband Internet atau mobile Internet percuma selama sebulan untuk semua pelan #P1 .

Promosi #ReadyToP1ay masih berjalan dan mereka boleh berdaftar di website #ReadyToP1lay untuk penghantaran percuma ke rumah beserta diskaun online tambahan. Jangan lepaskan peluang ini ya!

Psstt..aku baru tahu, setiap bulan P1 ada buat giveaways dengan hadiah-hadiah best! Kalau tak nak terlepas, jom korang follow social media diorang ni.

Facebook P1

 Twitter P1

Instagram P1

Jom #ReadyToP1ay hari ini!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Aku berada di tempat tinggi bukan untuk terjun ke bawah..

  1. kenapa ek saya rasa orang lelaki paling ramai yang takut pada ketinggian? Dalam keluarga saya, ayah dan suami yang gayat bila naik cable car kat langkawi…just sharing 🙂

  2. Boleh apply ni…aku pun takut tinggi huhu. Pernah masa praktikal sewa apartment 22 tingkat…aku duk level 20. Fuhhhh…tp nak buat mcm mana situ je lah sewa murah masa tu

Leave a Reply to nurul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *