Ada yang PM bertanyakan tentang beza ‘pre-wed photography’ dan ‘post-wed photography’. Banyak perbezaannya.
‘Pre-Wed Photography’ dilakukan sebelumnya pasangan sah dijabkabulkan. Biasanya hasil fotografi ini digunapakai semasa hari akad nikah atau majlis persandingan. Atau juga sekadar kenangan buat bakal pasangan pengantin. Pose semasa ‘pre-wed photography’ akan lebih terkawal sebagai menjaga sensitiviti atau hukum agama bagi pasangan muslim.
‘Post-Wed Photography’ pula, dilakukan selepas pasangan sah bergelar pasangan suami isteri. Sama ada pengantin baru atau dah berbulan-bulan bergelar suami-isteri. Biasanya sekadar potret famili untuk kenangan pasangan suami isteri.
Baru-baru ini aku sempat merakam potret pasangan pengantin pengantin 4 bulan kahwin di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Saja nak test gear baru, Nikon D750 aku..hehehe..
Ada banyak tempat menarik di Besut yang boleh dijadikan lokasi tangkap gambar, sama ada untuk perkahwinan, potret. landskap etc. Setahu aku, ramai Besut Photographer hebat hebat yang menawarkan pelbagai pakej menarik. Aku pun ada menawarkan pakej menarik untuk pilihan korang, PM saja..
Pakej #PotretCinta merupakan pakej murah terbaru daripada Suara Mata Photogrpahy untuk rakaman memori korang walau di mana korang berada. Boleh kontek no di bawah ini untuk perbincangan lanjut ye.
Ramai yang berminat dengan bidang fotografi tapi tidak ramai yang tahu bidang juga mampu menghasilkan pulangan yang lumayan. Dah ramai melakukan bisnes fotogradi sudah berjaya dan memiliki empayar perniagaan fotografi yang disegani ramai. Nak tahu cara berbisnes fotografi dengan betul, sila klik pautan di bawah..
nak post wed gak.. kt cameron.. blh?
zaman sy kawin belum ada pre ke post ke…hehehehe…trs nak kahwin plak lagi…tp ngan org yg samalah
nasib baik ayat last tu- dgn orang yang sama..heheh
hurm..tah bile nak buat post wedding aku nih..ehehe
aku pun belum..haha..amik gambar selfie ngn bini kira post wedding gak la bro hehhe
Bro, ada typing error dekat atas tu… ‘Pre-Wed Photography’ dua kali….. Saya rasa satu lagi ‘Post-Wed Photography’
hehe tq bro..aku pun tak perasan..bro mmg telitilah
Nak request untuk post wedding 5 tahun usia perkahwinan la juga…hihi
perghh..teringin nak sweet gaks, hehe~ baguslah kamera baru tuu, mantoppp…haruslah kan~
hehe mana mana kamera bagus gak..janji tahu asas fotografi hehe
ala nak jugak mcm kat atas nie..hahaha.thn dpn anniversary ke-10 rase mcm boleh request jek!
tahun ni pon boleh kak..jom jom..
sweet je pasangan baru kahwin tu, yang dah lama kahwin pun mesti manis sangat
Nak jadi pengantin tua buat post wedding bleh tak hahahahhaha…sebenornya tak puas bergambar time kahwin tu JMR, meroyan nak amik gambar cm kt atas tu, bestnyaaaaa….