April 17, 2024

Tips Mencegah & Mengurangkan Kesan Jerebu pada Kesihatan

Sejuk 2 minggu lepas, penduduk di beberapa buah negeri di Malaysia terpaksa menghirup udara yang ‘sangat berisiko’ terhadap kesihatan individu. Antara sebab utama adalah pembakaran hutan oleh negara jiran yang hampir setiap tahun berlaku, minta maaf, bakar lagi dan terus berlaku lagi.

Ramai menyedari risiko udara berjerebu yang mengandungi bahan pencemar udara seperti;

  • Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
  • Ozon
  • Gas karbon monoksida
  • Gas nitrogen dioksida
  • Sulfur dioksida

dan boleh memberi kesihatan buruk kepada kesihatan individu. Tapi ramai masih belum tahu tips-tips mencegah dan mengurangkan kesan-kesan jerebu terhadap kesihatan.

TIPS MENGURANGKAN BAHAYA JEREBU.

1- Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, terutama di kawasan terbuka. Janganlah masa berjerebu ni la yang tiba-tiba bersemangat nak berjogging.

2- Banyakkan minum air. 8 gelas sehari. Seeloknya air kosong, bukan neskepi. Lain lak penyakit yang datang.

3- Jika terpaksa keluar dari ruma, pakai topeng pernafasan/penutup hidung & mulut..Bukan yang nipis tu, seeloknya beli yang berkualiti ie: jenis 3pls/3M brand/N95.

4- Individu berisiko tinggi jika terdedah seperti pesakit asma, paru-paru, jantung, bronkitis yang mempunyai kesan-kesan tidak sihat, seeloknya ke klinik/hospital dengan segera.

5- Sentiasa membasuh muka atau bahagian kulit yang terdedah dengan udara berjerebu dengan air bersih.

6- Pastikan persekitaran dalam rumah sentiasa bersih dan sihat. Tak guna gak kalau ye ye taknak keluar rumah tapi dalam rumah penuh berdebu, berhabuk dan sebagainya..hehehe

7- Sentiasa dapatkan perkembangan Indeks Pencemaran Udara(IPU) terkini terutama di kawasan-kawasan yang didiami.

8- Gunakan kemudah ‘aircond’ sekiranya menaiki kenderaan. Setting kat aircond tu jangan lak set kat mode sedut udara dari luar tu..guna yang ‘ventilate’ udara dalam kereta sahaja.

9- Kurangkan aktiviti tidak sihat seperti merokok, terutama di tempat-tempat terbuka..Vape pun sama, mohon Vape-Off untuk seketika..hehehe..

10- Sekiranya kawasan kediaman berjerebu tahap kritikal dalam jangka masa panjang, segera berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Boleh check kemaskini Indeks Percemaran Udara(IPU) oleh Jabatan Persekitaran di http://apims.doe.gov.my/apims/hourly2.php .

Sama-sama kita berdoa agar bahana JEREBU ni berlalu pergi dengan segera..amin~

Siapa cakap masa jerebu ni tak boleh Buat Duit Dari Rumah! ??

Pesanan kesihatan ini dibawa khas oleh 1 JMR untuk rakyat 1 Malaysia!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Tips Mencegah & Mengurangkan Kesan Jerebu pada Kesihatan

  1. Terima kasih di atad tips yg diberikan.. di harap sempena hari Malaysia ni masalah jerebu kembali pulih swperti sediakala…

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *