October 12, 2024

Supertree Grove Singapore, ohsem giler!

Kesinambungan kisah di negara jiran.

Malam terakhir sebelum hari terakhir menjalani latihan di sana. Hari terakhir ada ujian kemahiran. Dah lama tak ambil ujian, agak nerves. Nak hilangkan nerves, habis je kelas terakhir sebelum hari ujian, letak nota-nota kat bilik hotel, terus je menuju ke Orchard MRT Station..sambil berdoa, ujian esok lulus dengan cemerlang, nasib baik partner aku meng’amin’kan ajer doa tu..haha..

Plannya nak cuci mata di OCBC Skyway di Supertree Grove area Gardens by The Bay. Tapi memandangkan hari masih cerah, kitorang singgah di Merlion Park. Jadi, turun di Raffles Place MRT Station dan berjalan kaki lebih kurang 10 minit ke Merlion Park..next entri aku tempek gambar kat Merlion Park ni ye.

Dari Merlion Park, agak jauh gak kitorang berjalan kaki ke area Marina Bay Sands Hotel sebelum melalui overhead bridge ke area OCBC Skyway. Alternatif lain ke sini, korang boleh stop di Bayfront MRT Station, ambil exit B dan ikut underground linkway.

 

Waktu siang, nampak biasa-biasa je tempat ni. Kat Supertree Grove ni nampak unik bila tiba malam.

Apa itu Supertree Grove?

Kat sini menempatkan pokok-pokok besar/Supertree yang dibina menggunakan 4 bahagian; asas konkrit, trunk, kepingan panel untuk kulit pokok dan kanopi. Ada lebih kurang 12 batang Supertree Grove. Salah satu sebab Supertree Grove ni dibina tinggi supaya menyamai ketinggian bangunan di sekitar Gardens Bay. Nampak tak jambatan tergantung di antara dua batang Supertree? Itu adalah OCBC Skyway yang dibina di ketinggian 22 meter sepanjang 128 meter.

 

Masuk ke area Supertree Grove ni adalah PERCUMA. Cuma untuk menikmati pemandangan dari OCBC Skyway, bayaran SGD 5 dikenakan. Alang-alang dah sampai ke sini, kitorang beli tiket dan sanggup beratur lebih kurang sejam sebelum naik ke OCBC Skyway ni..Fuhh, hari biasa pun ramai orang. BTW, kaunter tiker tutup lebih kurang jam 8.00 malam sebab sesi terakhir untuk naik ke OCBC Skyway pada jam 8.30 malam. OCBC Skyway ni akan ditutup sekiranya cuaca tidak mengizinkan.

 

 

 

Series cantik pemandangan kat sini. Sesuai sangat untuk peminat fotografi cityscape atau architecture. Dari OCBC Skyway, korang boleh nampak jelas keunikan pemandangan di sekitar Marina Bay Sands. Nak syok lagi, untuk kaki gambar, jangan lupa bawa tripod untuk dapatkan sudut-sudut menarik di Supertree Grove ni. Kena timing cun beberapa minit selepas mentari tenggelam, boleh dapat natural lighting yang terbaik.

Lebih kurang jam 7.45 petang, ada satu pertunjukan ‘sound&light’ dinamakan Garden Rhapsody. Lampu-lampu di Supertree ni akan on-off mengikut irama dan melodi muzik bertemakan Singapore. Best. Boleh tengok video Garden Rhapsody yang sempat aku rakam.

CARA KE SKYTREE GROVE/OCBC SKYWAY SINGAPORE.

MRT & Bus

Via the Circle Line or Downtown Line:

  • Alight at Bayfront MRT Station (CE1/DT16)
  • Take Exit B and follow the underground linkway
  • Exit and cross the Dragonfly Bridge or Meadow Bridge into Gardens by the Bay

Via the North South / Circle Line: 

  • Alight at Marina Bay MRT Station (NS27/CE2)
  • Take Exit B and head towards the bus stop 03531 located at Marina Bay Financial Centre Tower 3, Central Boulevard before Marina Way
  • Hop onto bus service 400 and alight at the bus stop 03371 along Marina Gardens Drive
Operating Hours:
  • Opens 9:00 AM – 9:00 PM daily
  • Last ticket sale at 8:00 PM daily
  • Last admission at 8:30 PM daily

Tickets can be purchased at the Ticketing Hub or near the entrance of the OCBC Skyway (cash only).

Admission Rates:

Adult – Singapore Dollar $5

Child – Singapore Dollar $3

** Child (3 – 12 years old)

For More Info : Gardens By The Bay

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Supertree Grove Singapore, ohsem giler!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *