Pagi ni aku mendapat private message(PM) dari isteri tersayang..aku di pejabat aku, dia di pejabat dia..
..aku mencari masa untuk membaca PM-Renungan Buat Lelaki Harapan Dunia.. tu, kang tak baca kang, kecil hati pula.
Renungan Buat Lelaki Harapan Dunia..
- Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone, jauhkan iPad.
- Jika anda lelaki berkhawin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri dan anak-anak. Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya.
- Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut.
- Jangan terlalu sibuk/gila mencari wang kerana mahukan kehidupana yang senang pada masa hadapan, percayalah rezeki itu di tangan Allah. Berusaha tapi bukan sehingga mengabaikan yang sepatutnya.
- Sentiasa peluk cium anak-anak, pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan.ciuman terakhir buat mereka.
- Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula-mula mungkin rasa macam rimas, isteri queen control dll. Pedulikan jika kawan menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara pengikat kasih sayang…
…rasanya ada banyak lagi tips untuk menjadi yang terbaik kan? Tapi nak buat yang 6 tips ni pun agak mencabarkan. Terutama dengan situasi kehidupan zaman sekarang ni.
InsyaAllah masih belum terlambat untuk kita tukar ‘lifestyle’ ke arah yang lebih baik.
Jom share sama kalau korang ada tips yang lain…
OMG!!! Kena bagi future husband baca ni..! Hahaha…
Tapi kadang2 eina yang asyik berkepit dengan phone.. Camne tu?? Huuu
Perkongsian terbaekkk walaupun kami sehari nak call nak sms nak wasap pun boleh dikira dgn jari..kdg2 sehari xde contact lgsg..hehehehe…
Terima kasih… Dalam kesibukan tugas seharian, ada kalanya kita terlupa untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, mengikut cara yang sepatutnya….
Bagi yang bujang, rajin-rajin teman emak di dapur. Sembang-sembang + bonus tolong masak sekali.
Hehe, tak kurang status lelaki apabila tolong buat kerja di dapur. 🙂
haha.. xbca rugi.. sebab info yg bguna.. 🙂
point no 5 tu.. T_T
malam saya off data handphone, bagi masa pada keluarga 🙂