Ada sesiapa peminat kopi tegar kat sini?
Kalau ya, kita boleh geng.
Nak kata aku dah ‘ketagih’ kafein, macam tak gak. Tapi setiap minggu terutama waktu ‘kusut’, lepak kat ‘coffee house’ sambil tengok ragam manusia di sekeliling, memang best.
Biasanya aku lepak dengan ‘soul partner’, tapi memandangkan dia dalam tempoh berpantang, aktiviti ni aku teruskan dengan ‘project team mate’ dan member yang lain sama ada rakan blogger atau ex-schoolmate. Ada gak aku lepak sorang-sorang, sambil mencari idea untuk ‘sustain’ dalam kehidupan yang serba mencabar zaman sekarang ni 😉
Minggu lepas, minggu yang agak sibuk & penat. Aku sibuk dengan dokumentasi dan tender yang nak kena submit, sementara team mate aku yang lain sibuk dengan persiapan teknikal untuk ‘inspect&testing’ pada minggu ni. Muka masing-masing nak ketat. Masa untuk ‘coffee’. Yes, coffee time!
Pilihan minggu ini di Garage 51 by Coffee Societe, Bandar Sunway. Lokasi di depan Universiti Sunway. Tak jauh dari ofis kitorang. Pergi masa ‘rush hour’ (6 petang), agak susah nak dapat parking. Aku park kete kat lorong belakang Garag 51.
Credit pic: eat.drink.kl
Interior deco dalam cafe ni menarik perhatian aku. Basically, guna tong drum sebagai hiasan dalaman pun dah cukup unik. Warna konsep, hitam putih, ringkas tapi menawan.
Menu kat sini ada pelbagai, daripada snack membawak ke menu ‘berat’ seperti ‘lunch set’ atau ‘dinner set’. Since kitorang ke Garag 51, untuk ‘coffee time’ , semestinya we go for ‘societe blend’. Ada pelbagai pilihan kopi sejuk&panas. Tak suka kopi, boleh order chocolate drink atau tea.
Untuk aku yang agak ‘kusut’ petang tu, aku pesan ‘hot mocha’. One shot memadai. Rileks santai-santai kan. Sambil borak-borak dengan team mate, sambil ushar student Sunway U sambil bahan-membahan. Coffee time, masa gini, kurangkan bercakap soal kerja/projek. Tukar kepada topik yang lebih ringan tapi berfaedah. Ie: how to generate more income walaupun makan gaji…hahaha gittewww…
Hot mocha + Hot Caramel Cappucino. Salah satu ke’syok’an mengopi di ‘coffee house’ sebegini, artwork diorang. Sampai sekarang, kalau bancuh kopi sendiri, tak menjadi artwork gitu. Yang jadi, nak buat bunga, jadi cendawan..haha. Orang kata, sayang nak minum cantik cantik gitu kan..aku pedulik apa, sebab ‘i need more caffein!‘..haha
Ok, sesapa nak mengopi, leh ajak aku gak ye. Jangan lupa tu deh #caffeinaddict.
yeayyy sep!! coffee mesti harus wajib pekene walaupun bukan setiap hari tapi setipa minggu harus sunat wajib…
sepp!! so bila nak belanja saya secawan coffee ni?
saye suke gak minum kopi tapi lepas tahu yang caffeine buat berat susah nak turun, terus kupuasa minum kopi ke nescafe ke habis-habis teringin minumla seteguk due itupun orang punye huhuhu…
yeke huda..patutla berat badan ni tak turun-turun…nak kena pencen gk la ni..hehehe
aku guna kopi nenek je.
tu pun sedap gak.
kopi nenek ke kopi nenen bro? haha
macam best je, bila nak ajak aku? hehe
deq noor pun seorang #caffeinaddict huhu
bila tu bro..makan beger skali la hehe
hehe set time and date (mohon bukan hari kerja dan waktu malam) gua on je 😀
tu maknanya hanya di hujung minggu siang ko available kan?
yezza 😀
mcm2 jenis kopi ada…
yup..macam2 ada..boleh tahan pilih ikut selera anak tekak hehe
Aku memang peminat coffee. 😀 teruja tengok tempat tu macam best.
best bro..chill je..nnt ada chance leh dtg & belanjan aku kat sini gk.haha
Untunglah mereka yang peminum tergar kopi. 🙂
takde untung sgt bro..hehehe