Semalam, Sabtu, 13 Jun 2015 selesai sudah ‘Blogger Event‘ yang ditunggu-tunggu oleh majoriti blogger di Malaysia. Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 (SBB2015) anjuran Denaihati Network telah diadakan dengan jayanya di Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya dengan dihadiri lebih daripada 100 orang penggiat aktiviti blog&media sosial dari Malaysia, Indonesia dan juga Turki.
Gambar oleh mohdrasul.com
Ini adalah tahun ke-4 SBB diadakan dengan objektif mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli komuniti Blogger Malaysia dan bertukar-tukar ilmu&pengalaman dalam aktiviti menulis blog. Berkemungkinan, tahun ini adalah tahun terakhir SBB diadakan. Agak rugi bagi mereka yang tidak turut serta dalam SBB tahun ini.
SBB 2015 sedikit berbeza dengan edisi sebelum ini. Kali ni, aktiviti dibahagiakan kepada dua, sesi pagi untuk Treasure Hunt dan Perkongsian Blogger pada sesi petang.
TREASURE HUNT
Cabaran Treasure Hunt menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5000, dimulai dengan sesi pembahagian kumpulan yang telah dilakukan dengan ‘bijak’ oleh Bro Eizil. Adil dan memberi kesan positif agar blogger boleh saling mengenali blogger lain tanpa berada dalam kelompok yang sama. Aku ditakdirkan berada di dalam Kumpulan 10 yang turut disertai oleh 7 orang blogger yang hensem dan comel-comel belaka. Diketuai oleh brada sado, Fairiz, Ayu The Cicakgirl, Nyna, Aten Kuat Makan, bro Amir, Izzudin dan Encik Titan.
Dimulai dengan sesi ‘warming up’, seterusnya peserta SBB dikehendaki melengkapkan tugasan-tugasan wajib & bonus dari Checkpoint 1 hingga Checkpoint 6. Tidak dibenarkan berlari dan perlu sampai di Checkpoint 6 selepas jam 11.30 pagi.
Semasa Treasure Hunt, peserta perlu melakukan tugasan seperti yang diarahkan. Ada yang mencabar minda, ada yang mencabar fizikal. Meniarap di atas jalan tar, ini antara kenangan manis aku semasa SBB 2015. Encik Titan siap boleh tidur lagi sambil tunjuk ‘peace’!
Markah diambil kira daripada keseluruhan tugasan yang berjaya diselesaikan dan juga tugas-tugas bonus yang dilakukan bagi setiap kumpulan. Bukan mudah, bukan senang. Masing-masing bersemangat nak selesaikan setiap cabaran hingga ke Checkpoint terakhir sambil menikmati keindahan Taman Cabaran Putrajaya ni.
Bukan rezeki kumpulan kami untuk jadi pemenang pada edisi SBB 2015 kali ini. Nampak macam boleh menang, tapi tak menang haha. Apa-apa pun aku saaangat ‘had fun’ dengan group ni. Pertama kali berkombinasi dengan mereka, macam dah lama mengenali. Gigih dan sporting semuanya.
Selesai sahaja Treasure Hunt, kami dihidangkan juadah makan tengah hari oleh Bakarlah BBQ. Ada butter rice, grilled cicken, grilled lamb, coleslaw dan juga mashed potatoes. Sedap sangat grilled lamb yang diimport dari Australia.
SESI PERKONGSIAN BLOGGER.
Pada sebelah petang, Sesi Perkongsian Blogger dibarisi oleh ahli panel yang penuh dengan pengalaman dalam niche masing-masing. Aqif Azizan selaku panel pertama berkongsi pengalaman beliau dalam ‘copy writing’ dan bagaimana blog boleh dijadikan ‘produk’ untuk menghasilkan jualan yang amat berbaloi. Panel kedua ialah blogger Anazkia dari Indonesia, berkongsikan pengalaman beliau daripada bawah sehingga mampu menjadi blogger yang disegani dan sentiasa dijadikan rujukan di Indonesia.
Tuan Hj Masrukhin selaku panel ketiga, berkongsikan cerita beliau mengembara dari satu negara ke satu negara lain untuk mencari ‘sesuatu’ dalam perjalanan hidupnya sehingga ke tahap sekarang.
Walaupun sesi ini hanya seketika, tapi banyak ilmu dan cerita ahli panel yang boleh dijadikan panduan dan panduan untuk blogger mengharungi dunia yang makin mencabar. Bukan mudah untuk berjaya dan bukan mustahil untuk berjaya, apa yang penting, perlu SABAR dan istiqamah dalam berusaha.
PEMENANG TREASURE HUNT DAN CABUTAN BERTUAH.
Tahniah kepada semua pemenang Treasure Hunt dan juga blogger Halim Brothers (pemenang cabutan bertuah Iphone 6 64G) dan Kak Rokiah (pemenang cabutan bertuah Samsung Note Edge).
Sepetang Bersama Blogger 2015 melabuhkan tirainya sekitar jam 5 petang. Aku pasti, setiap peserta berpuas hati dan mendapat pelbagai manfaat dan ilmu baru daripada edisi SBB kali ini. Paling tidak, dapat saling mengenali selepas sekian lama hanya berkomunikasi di alam maya.
Tahniah dan terima kasih kepada team Denaihati, semua penaja, semua AJK yang bertungkus-lumus dalam memastikan perjalanan ‘event’ kali ni berjalan dengan lancar dan selamat.
Dari sudut hati aku, aku masih berharap ini bukanlah SBB yang terakhir.
Sempat berselfie dengan kak Redmummy dan suami. Lama tak jumpa, tapi sekali jumpa, rindu lak nak dengar dia ‘pot pet pot pet’, ngalahkan mak nenek..hahaha..
Ada waktu terluang + taknak kasi terlelap, selfie dengan Bro Izzudin. Macam stress je bro Reezluv kat belakang tu. Sabar bang, bukan rezeki kita nak menang Treasure Hunt mahupun Iphone 6.
Mengenali bro Hilal Azmi sejak tahun 2010 di Sharing Session bersama Eyriqazz. Kagum dengan kejayaan dan pencapaian beliau hari ni. Semoga terus berjaya bro!.
Dak kecil tapi kuat makan. Antara penyeri dalam kumpulan 10. Aten a.k.a Fatin Bella sentiasa ceria dan happy go lucky. Tak penat ek?
Inilah The Cicakgirl dalam kumpulan 10, Ayu. Pantas giler rock climbing di awal perlumbaan. Berjalan pun pantas dari satu checkpoint ke checkpoint lain. Tak cramp ek kaki?
keren keren nih, andai saya ada di sana dan bisa mengobrol bareng
salam aja dari weldan507 blogger indo. he
alahai bestnye tengok gambo..kalo join lagi best
Seronok nampak SBB2015, kalau dekat teringin juga nak join
Memang seronok bro, sekali-sekala jumpa di alam realiti
Salam dari Indonesia.
Senang bisa jumpa kawan2 blogger dari Malaysia di SBB. Semoga kita bisa berjumpa lagi, ya. 🙂
Iya, sangat senang kami dari Blogger Indonesia bisa hadir di SBBYeos2015 . Senaaaaaang eh seronoooook banget 🙂
sALAM..insyaAllah kita akan ketemu lagi ye
memang meriah habis
meriah ngn gelak tawa ye..penat dok bergelak lag dr dok treasure hunt
blogger bertemu rakan blogger dengan niche masing-masing, ada tak yang buat niche kesihatan? 🙂
arghhh mne gambo kite hihihihi
haha xdo gambo ekau
tak sempat nak bergambo kita..
kalo ade lgi SBB nex year nk join jgk la.. 🙂
boleh je..
Hahahaahahahah…..
Cicak pun cicak lah…..
Tak cramp! Seronok…..
Bagus kitorg pilih team kan…. Eh eh eh… =P
tu la..sampai hari ni dok terfikir, macam mana team 10 boleh kalah ..haha
Aku pun harap ada lagi SBB tahun-tahun mendatang….Saper tahu mungkin boleh menang lagi..heh.heh
hahah kasi aku menang la plak bro hehe
Jauh di sudut hati…. aku nak satu team dengan ko…. tapi si Eizil pulak main setting pemilihan ahli kumpulan kan…. tapi itulah tujuan event macam ni – untuk kita bergaul dengan kawan baru kan….Apapun aku rasa memang semua orang kagum kejap tengok si Ayu selamba cicak je panjat Wall Climbing tu….
tahniah.pasti akan ada event lain yang akan ganti
Tahniah.pasti ada event lain yang akan ganti
meriah juga SBByeos2015 ni. hehe..
bab selfie tu yang paling mahal! hehe.. kualiti camera terbaik! 🙂
Memang meriahlah SBBY2015. Harap² tahun depan ada lagi ☺
cicakgirl tu tak tahan..ahaha..aku ceria sikit dalam team tu sebab ada Aten..ahahaa
rajin betul korang bergambar kannn.
hehe..
terbaik bro! moga berjumpa lagi di masa akan datang
Seronok tengok gambar event2 ni… Tahniah kepada semua yg sertai
lagi seronok kalau bro Zarin pun datang sekali..hehe
Memang sempoi la, tapi kan nak tanya, memang anak-anak kecil tak boleh join ibubapa ka dalam event macam ni?
Ini pasukan legend ni.. Semua terdiri daripada otai-otai belaka… Memang best first time saya join SBB 2015… harap ada lagi tahun depan… 😉
seronokm tengok korang seronok… tengok lah tahun depan apa majlis yang ada… 🙂
please adakan majlis tersebut