Kelas FBads Asas 9.0 anjuran Denaihati Network
Perasan tak, sekarang ni sana sini orang dok promot kelas pemasaran menggunakan Facebook atau lebih dikenali dengan FBads. Orang-orang yang buat kelas ni pun biasanya memang dah pernah pergi ke kelas FBads yang dikendalikan oleh ‘cikgu-cikgu’ lain.
Macam mana aku tahu?
Aku main agak jer. Sebabnya, ‘main point’ dia sama.
Jadi aku boleh buat kesimpulan, ASAS berpromosi atau bermarketing di Facebook atau FB ads ni adalah sama. Ko pergi kelas Cikgu Janna Nick akan ajar Ilmu A, ko pergi kelas Cikgu Amyra Rosli pun akan ajar Ilmu A.
Kalau tak percaya, sila pergi ke beberapa kelas asas FB ads, pasti ko akan temui persamaannya.
Sama ye sama..cuma bukan 100% sama..
Memang kelas asas FB ads ni mempunyai ASAS yang sama. Aku memang suka pergi kelas asas. Beberapa kelas asas dah aku join. Kenapa? Sebab ianya PERCUMA! :-p
Aku ringkaskan, sebuah rumah yang besarrrr, kalau asas/tapaknya kukuh dan kuat, datanglah ribut sehebat mana pun, pasti tidak akan bergoyang, dengan izin-NYA. Tapi kalau asas pun ko dah bercelaru dan teruk, lama mana je binaan itu akan kekal bila berhadapan dengan halangan di masa depan?
Tepuk dada, tanya minda.
Terima kasih kepada pihak Akademi Denaihati yang bermurah hati menganjurkan Kelas Asas FBads secara PERCUMA! Alhamdulillah, aku berjaya mencuri masa sibuk aku dengan menghadiri kelas FB ads 9.0 semalam yang dikendalikan oleh Tuan Hadieizil, seorang webdeveloper yang mempunyai pengalaman lebih daripada 12tahun. Ada jam 8.30 malam hingga 11.30 malam.
Selama 3 jam, ada ilmu baru yang aku belajar. Ilmu asas, nampak ringkas tapi ini yang paling penting dan selalu orang terlepas pandang. Sesi yang santai. Refresh apa yang terlupa.
Biasanya, kelas asas dihadiri oleh beratus-ratus orang tetapi kali ini peserta tidak melebihi 10 orang, aku nampak satu keunikan di sini, seperti kelas advance!
Apa-apa pun, terima kasih team Denaihati!
Bagi korang yang nak tahu asas pemasaran menggunakan FB ads, bolehlah check it out update di fanpage Denaihati Network. Biasanya, Kelas FB ads asas ini diadakan pada setiap malam hari Selasa.
Hebat, sebab boleh pergi kelas sifu yang dah lama berkecimpung dalam dunia media sosial…good luck jmr
mencari ilmu tak pernah habis..hehe
wahhh bertuahnya. Mudahan ada rezeki lah join kelas yang macam ni, dengan sifu2 terbaik. Jangan lupa share2 tips ye hehehe
bestnya dapat pegi free class..hhuu..
terbaik.. teringin juga nak pergi kelas macam ni.. tapi masa selalu tidak mengizinkan…
terima kasih bro sebab sudi hadir, semoga cemerlang dengan produk bedazzle bro… 😀