October 5, 2024

Blogger tembak Blogger di Laser War Zone, Wangsa Walk Mall

Laser Tag, satu pertempuran generasi baru. Itu yang aku boleh katakan secara ringkas pasal permainan ini. Pernah main? Pernah masuk Laser Tag Tournament?

Apa itu Laser Tag?

Laser Tag adalah satu permainan ala-ala di medan tempur, dimainkan dalam satu kawasan dan pertempuran antara dua pasukan, ie: pasukan Merah vs pasukan Biru. Pemain disediakan satu sut ala-ala ‘safety vase’ dengan 4 point sasaran (di dada, belakang, bahu kiri dan bahu kanan) dan juga satu ‘Laser Gun’ sebagai senjata. Senjata laser ni mempunyai dua fungsi tembakan, ‘phaser’ dan ‘blaster’. Dua pasukan ini akan bertarung dengan strategi masing-masing untuk jumlah mata tertinggi dengan menembak laser di 4 point tersebut. Kebiasaannya, 7 minit diperuntukkan untuk satu pertarungan. Hanya tembakan laser dibenarkan, tidak dibenarkan sama-sekali untuk sentuhan badan. Oh ye, jangan risau, laser yang digunakan tidak mengandungi sebarang sinaran yang berbahaya, tiada sinaran alpha, beta mahu pun gamma.

 

Ini kali ketiga aku join Laser Tag tournament. Kali pertama bermain di arena Laser War Zone Wangsa Walk Mall. Masih dalam episod pertarungan sesama blogger. Terima kasih buat Rakan Blogger, Puan Nadia atas jemputan yang ohsem ini. Seramai 6 pasukan blogger berentap untuk gelaran juara. Setiap kumpulan disertai oleh 6 orang Rakan Blogger. Ada yang aku baru kenal, ada yang bertahun-tahun aku dah kenal.

 

Sesi pertarungan dimulakan dengan pendaftaran pasukan dan sedikit taklimat ringkas tentang peraturan dan cara bermain Laser Tag di arena Laser Warzone ini. Aku ditempatkan bersama kumpulan 5 – JMR, Ujang suaminya Yana, Syafiq suaminya Nadia, Rahmad suaminya Ida Baharum, seorang suami blogger(lupa nama..nnt aku update) dan juga Puan Jeneral Bersara Mila Ahmad.

 

Sebelum pertarungan bermula, kitorang dibawa ‘site visit‘ ke ruang Arena di mana pertarungan sengit antara blogger akan terjadi. Wow, kawasan kat sini yang paling luas pernah aku main. Konfem pancit. Nak elak pancit, aku kena fikir strategi, daripada guna kerahan fizikal, baik bermain guna akal..hahah..

 

Di hujung ruangan Arena ni, ada satu platform setinggi 4 meter. Haa kat sinilah feveret port aku. Dari sini, korang boleh shoot hingga ke hujung sana. Tips dari aku, kat sinilah paling senang nak kutip point paling tinggi dengan syarat, korang kenalah jadi ‘sharp shooter’ kan.

Setiap kali main laser tag dalam arena, pegang senjata, gerak andrenalin makin kencang, mesti aku imagine aku berada dalam situasi seperti filem The Hunger Games. Cuma bezanya, korang tembak banyak mana pun, aku still hidup dan tak dibenarkan korang tumbuk atau pun jentik pasukan lawan. It’s a safe game! Dan tak sesakit paintball..hahaha

 

Dalam arena ni gak, ada tong-tong kosong, dan ruangan tersorok untuk ko berlindung dan serang hendap. Oh ye, tempat ni akan digelapkan, samar-samar je cahaya dalam ni dan ditemani muzik rancak yang akan menaikkan lagi keghairahan korang untuk menumpaskan pasukan lawan. Yang kelihatan hanya LED light di 4 point ‘vase’ itu. Bila tengok LEd light kaler lawan korang, shoot je, jangan ngengada nak bagi salam ke apa. Aku lagi suka shoot on taget di sasaran dada sebab kat situ point paling tinggi (100) berbanding point belakang (80).

So, bila serang hendap lawan dari belakang, aku bagi salam luh supaya dia berpaling tubuh&jawab salam aku dengan sasaran point di dada terdedah, then baru SHOOT! 100 point senang-senang je kan hahahahahhaha…tapi ada gak yang tak jawab salam aku!

Dipendekkan cerita, siapa CHAMPION tournament pada hari tu?

Tahniah kepada Team 5 yang berjuang berhabisan setiap kali pertarungan dan berjaya membawa pulangan medal, voucher LaserWarZone berjumlah RM1200, dan wang tunai RM10000..haha ok wang tunai tu aku tambah je. Tapi series, havoc giler suasana pertarungan hari tu. Ye la kan, orang ingat blogger ni, kerjanya mengadap laptop dan tulis entri. Tapi sebenarnya komuniti blogger ni sentiasa bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti luar yang sangat best!

 

Baca pengalaman aku main laser tag je pun tak best gak, korang kenalah cuba sendiri kan. Korang yang berminat untuk cuba pertama kali, boleh la ke mana-mana branch Laser War Zone, boleh refer di media social page diorang ni;

Yang dah main berkali-kali pun, bolehlah pergi lagi sebagai aktiviti riadah yang menyihatkan. Yup, menyihatkan sebab konfem korang berpeluh giler lepas main.
Harga untuk main laser tag di Laser War Zone? Series berbaloi..

Party Package

RM50/person – minimum 15 person, 4 games, food & drinks, 2 hours usage of function room.

Normal Price

RM20/game || RM32/2games || RM42/3games || RM60 Unlimited.

Student Price

RM17/games || RM27/2games || RM37/3games || RM55 Unlimited.

SELAMAT BERTEMPUR!!!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Blogger tembak Blogger di Laser War Zone, Wangsa Walk Mall

  1. Assalamualaikum. wahhhh wahhh sempat fikir strategik ye. sheila masuk first game dah semput macam nak putus nyawa. hahaha tiap kali masuk bertempur mesti lupa diri ni mengandung. best betul tembak2 orang, kenal ke tidak belakang kira, janji score. muahhaha. salam perkenalan ya :)))

  2. hai…salam perkenalan jamar… ke ‘abang’ ngeeeee sorry takpe yang penting ikatan ukhuwah sesama blogger, *blogger sgt, saya ditepian je….*…

    yg sorang lgi dalam group jamar tu azim, hasben saya.. hehehhe tu je nak bgtau… okbai

  3. Aku pun dapat gak invitation tapi dah ada aktiviti lain pulak aritu…. tapi disebabkan ko penah dan biasa main mesti relaks je la kan.Tapi confirm , bila tengok battle field yang besor nie boleh agak camne ko dengan ujang mengah dan tercungap-cungap…. keh3x

  4. heh menarik giler tapi takde mase nak pegi ler pulak dgn askar ramai nie..askar jenis semua memaut leher plak tuh T___________T hahahahaa…

  5. Tak pernah lagi merasa main Laser tag ni.. Kena cuba main juga satu hari nanti… Mungkin tunggu bila anak-anak dah besar sikit kot…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *