December 14, 2024

Bayar RM5 untuk 2 hidangan Quarter Peri-peri Chicken Nando’s

Bayar RM5 untuk 2 hidangan Quarter Peri-peri Chicken Nando’s.

Ini cerita dua minggu lepas, sewaktu Fast & Furious 7 sedang hangat tayangannya. Kebetulan aku dan wifey bercuti selepas kepenatan pulang dari Terengganu. Alang-alang cuti, curi sedikit masa ke panggung wayang di Setia City Mall for movie date- Fast & Furious 7!

 

Jangan Ketinggalan! Ini Peluang Terakhir Anda Untuk Menyaksikan Furious 7!

Selesai menonton jam 3 petang. Perut kelaparan minta diisi, lebih-lebih lagi baby dalam perut wifey. Menendang-nendang minta makan..haha..katanya mengidamkan Peri-peri Chicken di Nando’s.

Cantik sangat la tu. Baby faham-faham je daddy ngidam nak makan apa ye..haha..lewat petang sebegini, outlet Nando’s Setia City Mall memang tenang. Not so crowded jika dibandingkan masa ‘lunch hour’

 

Aku dan wifey masing-masing order Quarter Peri-peri Chicken. Untuk aku, aku lebih suka ayam yang diperap dengan sos Hot Peri-peri dengan hidangan sampingan Potato wedges dan Coleslaw.

 

Kebiasaan aku jika menjamu selera di Nando’s, amik 2,3 botol sos pilihan hati, letak atas meja depan muka..sesekali aku letak sos Hot Peri-peri, pastu sos Mild Peri-peri dan sesekali sos tomato..janji rasa lain. Dimakan bersama ayam panggang Nando’s yang diperap selama 24jam dan dipanggang sempurna. Untuk yang berdiet, sesuai sangatlah makan ayam panggang gini. Set Quater Chicken ni mengandungi 343 kalori. Dah tahu total kalori, pandai-pandailah work out nak burn kan 343 kalori tu ye…

Macam mana dia kira jumlah 343 kalori tu, jangan tanya aku..

Oh ye, pastu ramai yang nak tahu macam mana aku just bayar RM5 untuk dua set Quarter Chicken Peri-peri Nando’s ni kan. Dipendekkan cerita, sebab voucher ni la..

 

Awalnya, jumlah bil untuk 2 set Quarter Chicken + drinks adalah RM55. Since aku ada voucher yang di’redeem’ daripada point Bonuslink berjumlah RM50..so aku just perlu bayar RM5..heheh..save RM50 untuk hari tu..hehehe..berbelanjalah dengan bijak kan?

Burp alhamdulillah….

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

18 thoughts on “Bayar RM5 untuk 2 hidangan Quarter Peri-peri Chicken Nando’s

  1. terliur pula membacanya..lama dah tak makan Nando’s ni. Last pregnancy pun ada mengidam ayam Nando’s ni

  2. Suami julia pun kaki pengumpul Bonuslink, memang best sungguh guna kad tebus point ni banyak kebaikan…ritu tebus 2 tuala ngan 2 beg sekolah, bagi kt anak buah pakai…pasni balik nak tanya asben berapa point nak tebus hahahhaha nak NANDOSSSSS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *